As someone yang pernah belajar dan bekerja di Johor satu masa dulu, makanan Johor ni among my favourite la. Teringat masa kerja di Senai dulu, setiap hari Jumaat je mesti order nasi ambeng dari kakak kawan sekerja aku sebab ketagih dengan nasi ambeng dia! 🤤
Jumaat lepas Suami Terchenta ambik leave in lieu (cuti ganti) dan aku pun ajak dia breakfast di satu kedai makan yang agak baru di Kampung Baru iaitu Seri Tanjak. Why aku beria-ia ajak dia ke sini? Semestinya la untuk ini:
![]() |
| Laksa Johor 😍 |
Selain dari laksa Sarawak, laksa Johor ialah laksa yang paling aku minat. Kalau teringin sangat memang sanggup aku merempit ke Taman Melawati semata-mata nak makan di Paktam Laksa Johor. So bila jumpa kedai yang lebih dekat dengan rumah, moh ler kita cuba!
![]() |
| Restoran Seri Tanjak Raja Alang di Jalan Raja Uda, Kampung Baru |
Kedai ni terletak di tepi jalan tapi nak parking senang je sebab betul-betul sebelah tempat letak kereta (berbayar). Kalau naik motor lagi la senang, parking je tepi jalan.
Menu special kat kedai ni ialah makanan Johor (laksa Johor, nasi ambeng, lontong darat, lodeh, kacang pool, mee rebus, satay Muar dsb.) dan ada jugak lauk-pauk Melayu. So Johoreans, boleh la serbu sini seyh!
![]() |
| Mee rebus tetel ada, laksa Johor ada lengkap ye semua bahan-bahannya 😍 Pastu boleh request nak ekstra (macam aku suka bunga kantan so aku request nak ekstra bunga kantan) |
![]() |
| Pilihan lauk-pauk di Seri Tanjak |
![]() |
| Asam pedas pun ada ye |
![]() |
| Lauk-pauk Melayu yang lain |
Selain dari tu, ada jugak nasi lemak dan roti canai. Suami Terchenta ambik nasi lemak dengan sambal telur puyuh. Sambal nasi lemak tu pedas katanya.
![]() |
| Nasi lemak pilihan Suami Terchenta |
Ruang makan dalam kedai ni pun selesa. Cuma kena datang awal je takut penuh pulak sebab tempat duduknya macam agak limited jugak la.
![]() |
| Ruang makan yang selesa |
Kesimpulannya, tempat ni aku akan repeat dan repeat lagi! Laksa Johor dia sedap, cukup bahan-bahan semua dan next time aku nak cuba nasi ambeng pulak. Syok pulak sebab dah jumpa port makanan Johor yang kena dengan tekak aku.
Alamat: 73-1, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 6 pagi - 2 petang (setiap hari)








17 Comments
menu2 nya menarik sungguh!! saya pun suka laksai johor (selain laksa kelantan)
ReplyDeleteI tak pernah try lagi laksa Kelantan sbb jarang2 jumpa. Kalau laksam pernah try sebelum ni 😄
Deletei nak beli cake kat zuss tp tak de yg menarik la (outlet zuss yg area rumah i)..so pg ni i beli breakfast menu kat zuss guna hadiah tu bagi tu ;) tq tau carneyz. moga u sentiasa dimurahkan rezeki..aamiin
ReplyDeleteHaha takpeee as long as you enjoy your breakfast menu tu 🤗 Ameen YRA 🤲🏻
Deletemenariknya menu dia.. parking senang tak?
ReplyDeleteSenang Sodep. Sebelah kedai makan ni ada tempat parking berbayar.
DeleteHarap ada peluang untuk singgah sini sedikit masa lagi
ReplyDeleteEsok cuti hari pekerja boleh la singgah breakfast sini Shai 😄
DeleteWahh meriahnya makanan!
ReplyDeleteRambang mata nak memilihnya. Mesti sedap2 kan lauk dia
Tu la meriah betul makanan kat sini. Dah target nak nasi ambeng lain kali hehe
DeleteLaama
ReplyDeleteJg x jln2 kg baru, dulu dgn bos kita rajin jga terjah sana jjcm
Laksa johor kita bkn org johor pun
Sukaa sb byk ulaman kan
Kuahnya pun sedapp
Aah Cik Nur, banyak ulam2an dan rasanya unik lain dari laksa yang lain. Orang cakap laksa Pahang ada mirip laksa Johor tapi tak pernah lagi cuba laksa Pahang.
DeleteMenarik ni... PH suka nasi ambeng 😋
ReplyDeletePaling suka sambal goreng jawa dgn ayam kicap bila makan nasi ambeng 🤤
DeleteCie dulu pun belajar di Johor. Susah nak jumpa LJ ni. Kat Lipis memang takde. Teringin nak makan.
ReplyDeleteKlu Cie pergi KL boleh la singgah sini order laksa Johor dia. Sedap 👍🏻
Deletesedap tu laksa johor..fav juga
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .