Craving Laksa Johor di Seri Tanjak Raja Alang @ Kampung Baru KL

As someone yang pernah belajar dan bekerja di Johor satu masa dulu, makanan Johor ni among my favourite la. Teringat masa kerja di Senai dulu, setiap hari Jumaat je mesti order nasi ambeng dari kakak kawan sekerja aku sebab ketagih dengan nasi ambeng dia! 🤤

Jumaat lepas Suami Terchenta ambik leave in lieu (cuti ganti) dan aku pun ajak dia breakfast di satu kedai makan yang agak baru di Kampung Baru iaitu Seri Tanjak. Why aku beria-ia ajak dia ke sini? Semestinya la untuk ini:


Seri Tanjak Raja Alang
Laksa Johor 😍

Selain dari laksa Sarawak, laksa Johor ialah laksa yang paling aku minat. Kalau teringin sangat memang sanggup aku merempit ke Taman Melawati semata-mata nak makan di Paktam Laksa Johor. So bila jumpa kedai yang lebih dekat dengan rumah, moh ler kita cuba!


Kampung Baru KL
Restoran Seri Tanjak Raja Alang di Jalan Raja Uda, Kampung Baru

Kedai ni terletak di tepi jalan tapi nak parking senang je sebab betul-betul sebelah tempat letak kereta (berbayar). Kalau naik motor lagi la senang, parking je tepi jalan.

Menu special kat kedai ni ialah makanan Johor (laksa Johor, nasi ambeng, lontong darat, lodeh, kacang pool, mee rebus, satay Muar dsb.) dan ada jugak lauk-pauk Melayu. So Johoreans, boleh la serbu sini seyh!


Seri Tanjak Raja Alang
Mee rebus tetel ada, laksa Johor ada lengkap ye semua bahan-bahannya 😍 Pastu boleh request nak ekstra (macam aku suka bunga kantan so aku request nak ekstra bunga kantan)

Seri Tanjak Raja Alang
Pilihan lauk-pauk di Seri Tanjak

Seri Tanjak Raja Alang
Asam pedas pun ada ye

Seri Tanjak Raja Alang
Lauk-pauk Melayu yang lain

Selain dari tu, ada jugak nasi lemak dan roti canai. Suami Terchenta ambik nasi lemak dengan sambal telur puyuh. Sambal nasi lemak tu pedas katanya.


Seri Tanjak Raja Alang
Nasi lemak pilihan Suami Terchenta

Ruang makan dalam kedai ni pun selesa. Cuma kena datang awal je takut penuh pulak sebab tempat duduknya macam agak limited jugak la.


Seri Tanjak Raja Alang
Ruang makan yang selesa

Kesimpulannya, tempat ni aku akan repeat dan repeat lagi! Laksa Johor dia sedap, cukup bahan-bahan semua dan next time aku nak cuba nasi ambeng pulak. Syok pulak sebab dah jumpa port makanan Johor yang kena dengan tekak aku.


Seri Tanjak Raja Alang
Alamat: 73-1, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 6 pagi - 2 petang (setiap hari)

Post a Comment

30 Comments

  1. menu2 nya menarik sungguh!! saya pun suka laksai johor (selain laksa kelantan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak pernah try lagi laksa Kelantan sbb jarang2 jumpa. Kalau laksam pernah try sebelum ni 😄

      Delete
  2. i nak beli cake kat zuss tp tak de yg menarik la (outlet zuss yg area rumah i)..so pg ni i beli breakfast menu kat zuss guna hadiah tu bagi tu ;) tq tau carneyz. moga u sentiasa dimurahkan rezeki..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha takpeee as long as you enjoy your breakfast menu tu 🤗 Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  3. menariknya menu dia.. parking senang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang Sodep. Sebelah kedai makan ni ada tempat parking berbayar.

      Delete
  4. Harap ada peluang untuk singgah sini sedikit masa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok cuti hari pekerja boleh la singgah breakfast sini Shai 😄

      Delete
  5. Wahh meriahnya makanan!
    Rambang mata nak memilihnya. Mesti sedap2 kan lauk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la meriah betul makanan kat sini. Dah target nak nasi ambeng lain kali hehe

      Delete
  6. Laama
    Jg x jln2 kg baru, dulu dgn bos kita rajin jga terjah sana jjcm
    Laksa johor kita bkn org johor pun
    Sukaa sb byk ulaman kan
    Kuahnya pun sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cik Nur, banyak ulam2an dan rasanya unik lain dari laksa yang lain. Orang cakap laksa Pahang ada mirip laksa Johor tapi tak pernah lagi cuba laksa Pahang.

      Delete
  7. Menarik ni... PH suka nasi ambeng 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling suka sambal goreng jawa dgn ayam kicap bila makan nasi ambeng 🤤

      Delete
  8. Cie dulu pun belajar di Johor. Susah nak jumpa LJ ni. Kat Lipis memang takde. Teringin nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu Cie pergi KL boleh la singgah sini order laksa Johor dia. Sedap 👍🏻

      Delete
  9. sedap tu laksa johor..fav juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la akak ajak encik suami ke sini 😄

      Delete
  10. Kita macam sama tau, selain penggemar Laksa Johor, sy jugak sangat suka Laksa Sarawak. Lain kali kalau lama menginap di KL, bolehlah sy singgah Seri Tanjak ni. Nampak sedap² menunya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kita sama ye SK 🙌🏻 Laksa Johor sini sedap, klu nak laksa Sarawak yg sedap pulak boleh singgah di Dapur Sarawak dekat Jalan Pahang 😉

      Delete
  11. boleh cuba ni. lama dah x mkn masakan johor esp lontong darat dgn kacang pool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies dah pernah pergi kacang pool haji dekat Ara Damansara? Sebijik macam yg dekat Larkin punya 😄

      Delete
  12. Yg saya suka kalau ke KL, tak payah datang ke banyak kota, tapi semua kuliner dari seluruh state Malaysia ada di sana 😄😄. Laksa Johor iniiiii yg saya belum coba lah. JD memang penasaran sangaaaat Karni. Ihhh mauuuu lah kesini nanti 😍😍😍. Penasaran dengan rasanya.

    So far laksa Malaysia yg saya suka pertama itu laksa sarawak..lalu kedua laksa Melaka.

    Krn blum coba laksa Johor, ini blm tahu akan di peringkat berapa 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nnt bawak Fanny sarapan di sini 😄 saya pun mau cuba nasi ambeng di sini tapi saya takut tak habis sbb nasi ambeng kan banyak lauknya hihi

      Delete
  13. ammi pun semakin suka laksa johor...and top of my laksa list tentunya laksa sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time cuba laksa Johor tak suka sangat. Tapi lepas makan laksa Johor di rumah Kak Retna 2 tahun lepas terus tersuka pulak 😅 skrg klu ke kedai yg ada jual laksa Johor mmg akan order laksa Johor je.

      Delete
  14. pernah makan laksa johor, tapi saya tak berapa suka sangat hihi. paling suka laksa sarawak dan laksa utara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak suka, skrg suka pulak hihi. Laksa utara suka jugak tapi ikut mood sbb tak berapa minat sangat makanan yg masam.

      Delete
  15. Nanti kalau staycation kat KL boleh la terjah ke sini plak...nampak menarik sebab banyak pilihan makanana..yang pasti my hubby mesti suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, orang Johor mesti la suka bila dapat makanan Johor 🤭

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .