As someone yang pernah belajar dan bekerja di Johor satu masa dulu, makanan Johor ni among my favourite la. Teringat masa kerja di Senai dulu, setiap hari Jumaat je mesti order nasi ambeng dari kakak kawan sekerja aku sebab ketagih dengan nasi ambeng dia! 🤤

Jumaat lepas Suami Terchenta ambik leave in lieu (cuti ganti) dan aku pun ajak dia breakfast di satu kedai makan yang agak baru di Kampung Baru iaitu Seri Tanjak. Why aku beria-ia ajak dia ke sini? Semestinya la untuk ini:


Seri Tanjak Raja Alang
Laksa Johor 😍

Selain dari laksa Sarawak, laksa Johor ialah laksa yang paling aku minat. Kalau teringin sangat memang sanggup aku merempit ke Taman Melawati semata-mata nak makan di Paktam Laksa Johor. So bila jumpa kedai yang lebih dekat dengan rumah, moh ler kita cuba!


Kampung Baru KL
Restoran Seri Tanjak Raja Alang di Jalan Raja Uda, Kampung Baru

Kedai ni terletak di tepi jalan tapi nak parking senang je sebab betul-betul sebelah tempat letak kereta (berbayar). Kalau naik motor lagi la senang, parking je tepi jalan.

Menu special kat kedai ni ialah makanan Johor (laksa Johor, nasi ambeng, lontong darat, lodeh, kacang pool, mee rebus, satay Muar dsb.) dan ada jugak lauk-pauk Melayu. So Johoreans, boleh la serbu sini seyh!


Seri Tanjak Raja Alang
Mee rebus tetel ada, laksa Johor ada lengkap ye semua bahan-bahannya 😍 Pastu boleh request nak ekstra (macam aku suka bunga kantan so aku request nak ekstra bunga kantan)

Seri Tanjak Raja Alang
Pilihan lauk-pauk di Seri Tanjak

Seri Tanjak Raja Alang
Asam pedas pun ada ye

Seri Tanjak Raja Alang
Lauk-pauk Melayu yang lain

Selain dari tu, ada jugak nasi lemak dan roti canai. Suami Terchenta ambik nasi lemak dengan sambal telur puyuh. Sambal nasi lemak tu pedas katanya.


Seri Tanjak Raja Alang
Nasi lemak pilihan Suami Terchenta

Ruang makan dalam kedai ni pun selesa. Cuma kena datang awal je takut penuh pulak sebab tempat duduknya macam agak limited jugak la.


Seri Tanjak Raja Alang
Ruang makan yang selesa

Kesimpulannya, tempat ni aku akan repeat dan repeat lagi! Laksa Johor dia sedap, cukup bahan-bahan semua dan next time aku nak cuba nasi ambeng pulak. Syok pulak sebab dah jumpa port makanan Johor yang kena dengan tekak aku.


Seri Tanjak Raja Alang
Alamat: 73-1, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 6 pagi - 2 petang (setiap hari)