Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih untuk beli hadiah raya buat my mom dan MIL. Tahun lepas aku belikan baju Melayu untuk ayah dan adik-beradik lelaki, jadi tahun ni giliran mak dan MIL pulak dapat hadiah.


telekungtea
Kiri - hadiah untuk MIL; kanan - hadiah untuk mak

Untuk MIL, aku belikan telekung baru sebab masa kiteorang balik kampung bulan Disember lepas, MIL aku bagitau salah satu telekungnya kena kencing tikus dan kesan tu tak boleh hilang pulak. Aku pilih jenama Telekungtea sebab personally, aku suka kainnya yang sejuk dan lembut.


Telekungtea
Aku pilih corak Dalia in Vanilla since MIL aku suka telekung warna putih

Untuk my mom, aku hadiahkan tudung Bokitta dengan corak terbaru since my mom peminat tegar tudung Bokitta. Kemain happy dia bila aku hulur tudung Bokitta tu 🤗:


Bokitta
Aku hadiahkan tudung corak Aqua Tapestry untuk my mom 😊

Next, hadiah untuk BFF aku sebab birthday dia jatuh sehari sebelum raya. Kebetulan aku terima email jemputan raya shopping event dari Rituals Malaysia jadi aku decide nak belikan gift set Rituals untuk hadiahkan dekat BFF.


Rituals raya shopping event 

Aku pilih untuk RSVP attendance dekat outlet Rituals KLCC sebab aku prefer staff dekat KLCC berbanding dengan TRX hehe. For info, Rituals ialah produk penjagaan diri dan wangian rumah dan merupakan jenama yang berasal dari Amsterdam. Kalau korang familiar dengan Bath & Body Works, konsep dua jenama ni lebih kurang sama je. Cuma sekarang ni aku tak berapa nak sokong BBW sebab tersenarai dalam BDS list.

My favourite produk dekat Rituals ialah hand mask dan shower gel especially dari koleksi The Ritual of Jing sebab baunya yang relaxing/calming. The Ritual of Sakura pun sedap jugak baunya - floral dan menyegarkan. 


Rituals KLCC
Rituals KLCC

Rituals KLCC
Sampai je kat outlet, terus daftar nama dekat kaunter

Rituals KLCC
Dapat complimentary gift untuk pelanggan yang daftar RSVP

Lastly, ni pulak hadiah dari BFF aku 😅. Aku bagi dia hadiah birthday, dia balas pulak dengan hadiah raya 🥰. Siap personalised casing gincu tu letak nickname aku. Pandai dia pilih warna yang memang kena dengan tona kulit aku ❤️.


Lipstick YSL
TQ Donna, hadiahkan gincu YSL 🥰

Semoga tahun depan ada rezeki untuk bagi hadiah raya lagi dekat ahli keluarga dan kawan-kawan 🤲🏻. Untuk diri-sendiri pulak, takde ke? Eh, mestilah ada 🤭. Yang tu aku cerita dekat entry lain ye.