Kali terakhir kiteorang ke Ipoh, kiteorang tak berpeluang nak ke Canning Dim Sum sebab masa tu baru je lepas habis kawalan pergerakan jadi ramai orang pergi berjalan-jalan ke Ipoh macam kiteorang jugak. So nak masuk Canning Dimsum tu memang panjang la barisan, kiteorang yang tak berapa FOMO ni decide untuk makan di tempat lain sebab malas nak beratur.
Fast forward trip bulan lepas kiteorang berpeluang jugak ke Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning, Ipoh. Ni antara tempat makan yang viral di Ipoh sebab ada port bergambar yang lawa dan jugak makanan yang sedap.
![]() |
| Posing di luar restoran Canning Dim Sum |
Aku rasa mesti ramai yang dah pernah buat ulasan tentang tempat ni sebelum ni jadi aku buat ringkasan je la. Konsep buat pesanan makanan di Canning Dim Sum ni agak berbeza dari Dolly Dim Sum atau Canton Boy. Biasanya kita akan pilih dim sum dan buat pesanan baru akan dapat makanan kan? Tapi kat sini, kita duduk je pekerja akan bawak dulang berisi dim sum ke meja dan kita pilih la dim sum yang kita nak. Menu pun ada disediakan tapi memang tak sempat la nak tengok menu makanan dah sampai dulu kat meja 😅. Tengok menu air je.
![]() |
| Antara hidangan yang kiteorang pilih - jangan tanya nama sebab aku dah lupa! 🤣 Dari segi rasa not bad la. Harga standard kedai dim sum kot. |
Aku suka cara ni sebab laju je makanan sampai kat meja kita. Cuma aku terfikir jugak macamana kalau dim sum tu tak laku / tak habis, sebab konsep restoran ni bukan 'made to order' tapi buat dulu banyak-banyak lepas tu pergi dari meja ke meja untuk pelanggan pilih yang mana satu dieorang nak. Haha. Malas la nak fikir panjang-panjang, biar tauke je yang fikirkan 😜.
![]() |
| Gambar atas: Suasana dalam restoran. Gambar bawah: Muka happy perut dah kenyang 😆 |



36 Comments
Saya cemburu .. nak pegi jugak..
ReplyDeleteBest gak kalau buat trip jalan2 ke Ipoh kan? 🤭
DeleteSaya dah lama tak makan dimsum.
ReplyDeleteBeli yg frozen punya kukus sendiri lagi murah Shai. Sedap pun sedap, dapat makan smp puas 😋
DeleteWha, kalau saya datang ke resto ini, sepertinya bakalan kalap mbak.
ReplyDeleteLihat menu dimsum yang tersaji, seronok semua lah itu. Sudah pasti saya comot dan habiskan semua, hahaha
Hahaha! Asal punya uang dan sanggup menghabiskan semua, dipersilakan aja 🤣
DeleteSA pun suka cara kedai dim sum ni...x yah kita pening- pening nak pilih2 dalam buku menu kan...diorang datang kita amik je...sedap x sedap belakang kira...eh..rasa nak pi makan dim sum lagi la
ReplyDeleteTak sempat pun belek buku menu tu sebab dah sampai kat depan mata kan SA 🤣 rambang mata dibuatnya hehe
DeleteBahaya ni, kalau rambang mata semua nak dipilih hehe ... Tapi yg bestnya dapat makan cepat. Ai is suka :D
ReplyDeleteJgn dtg dgn perut lapar sgt mmg akan rambang mata dibuatnya 🤭
Deletesedapnya.. dah lama tak ber dimsum2 ni.
ReplyDeleteKiteorang pun suka dim sum. Kat sini ok la dim sum nya not bad.
DeleteLast LZ pergi pun lepas PKP memang tak dapat masuk.. Dapat ambil nombor sahaja, then terus ke tempat lain.. Next time nak pergi sini semula..
ReplyDeleteKiteorg pun sama, tengok barisan panjang malas la nak beratur bagus cari tempat makan yang lain je 😅
DeleteLama x makan canning dim sum.. Aritu g Ipoh tak sempat nak singgah
ReplyDeleteKiteorg dtg lambat sikit, pun kena beratur cuma tak ramai ada 2 orang je depan kiteorg so cepat sikit.
DeleteBetullah ramai sangat tu datang makan..nak join jika ada kat sana..menarik..bab kuih tu terasa berselera..alhamdulillah makanan yang Allah hamparkan tak pernah habis..Allah itu hebat..
ReplyDeleteYa ramai yang suka singgah makan dim sum di Canning ni kalau ke Ipoh. Semoga ada rezeki cikgu singgah makan dim sum di sini jugak 😃
Deletecie dulu pun pi ipoh lepas pkp tak sempat jugak nak datang canning dim sum ni. maybe next time boleh repeat bercuti di ipoh lagi.
ReplyDeleteJgn dtg awal sangat Cie, confirm ramai orang. Kiteorg datang pukul 11.30 gitu, dah kurang sikit crowd masa tu.
DeleteSedap betul kalau dapat makan di sini.
ReplyDeleteRasanya semua nak order hihihiii.
Kalau perut tengah lapar, memang akan rambang mata tengok pilihan dim sum kat sini Kak Amie hehe
DeletePernah nak pergi dulu tapi full house. Hhmm kena try lagi nanti.
ReplyDeleteYa Kak Mulan, tempat ni famous sangat di kalangan orang luar yang datang ke Ipoh 😅
DeleteNanti² la pergi... (Alasan kan, kalau dah dok dekat ni).. hahaha
ReplyDeleteBiasanya gitu la bila duduk dekat2 kan haha
Deletemesti sodap kan? meriah ramai juga pelanggan nampak nya kat situ
ReplyDeleteNot bad la dim sum kat sini. Yang penting servis cepat 👍🏻
Deletetiap2 tahun pergi ipoh pun tak pernah makan sini lagi. sebab tempat viral selalu sangat ramai orang
ReplyDeleteYa, mujur kiteorg smp lewat sikit pukul 11.30 pagi jadi crowd dah kurang sikit masa tu. Beratur tak lama, tak sampai 5 minit dah ada meja kosong
DeleteCara canning ini banyak dipakai di resto dimsum di Indonesia, terutama di Medan. Rata2 memang begitu. Bawa semuanya, tawarkan ke customers.
ReplyDeleteSaya pas ke Ipoh makan sini juga 😍😍. Sebenarnya Krn memang penyuka dimsum, bagi saya memang sedaplah kalau dimsum 😄.
Blm tulis lagi cerita ini. Memang sukaaa sangat. Habis banyak juga makan dengan Raka 😁🤭
Dah serupa dekat kedai nasi padang pulak cuma bezanya dieorang tak tinggalkan atas meja mana yang kita taknak makan tu kan 😅
Deletetak habis tu diorang sedekah kot hahaha
ReplyDeletepandai je sy ni hahaha
Jangan masuk peti balik pastu hidang esoknya pulak dah la hihi
Deletemy husband tak flexi bab2 mkn so tak de dlm plan lah nak mkn tempat2 gini if kami jjcm/cuti2 msia..mr hubby sure akan cari tempat utk mkn nasi dan lauk/nasi campur etc
ReplyDeleteAlamak. Susah jugak macam tu. Nasib baik my hubby jenis yg adventurous dan ikut je selera wife & anak2 hehe.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .