Kisah dua minggu lepas.
Sebelum ke perpustakaan untuk pulangkan buku, Suami Terchenta ajak makan tengahari di Sunway Putra dulu. Tapi kebetulan minggu tu ada event apa entah, jadi banyak la kereta yang beratur nak masuk ke Sunway Putra. Aku pun suggest tukar lokasi ke Bukit Tunku untuk makan tengahari di situ. Asalnya nak ke Kenny Hills Baker, tapi bila kiteorang sampai di Bukit Tunku, ternampak ada restoran baru di sebelah Kenny Hills Baker:
 |
| Restoran Turks |
 |
| Menu nampak menarik, marilah kita cuba... |
 |
| Tempat duduk luar dan dalam yang bercirikan perhiasan Turki |
 |
| Dalam restoran Turks |
Kali terakhir makan makanan Turki ialah masa kiteorang bercuti ke Istanbul 3 tahun lepas. Jadi semua agak excited la nak menikmati makanan Turki lagi.
Untuk appetiser, kiteorang pesan mixed appetisers yang dihidangkan dengan roti flatbread (lavaş):
 |
| Mixed appetisers (RM36) dengan 5 jenis dips - hummus, babaganoush, patlican soslu (terung dengan tomato), spicy tomato dan caramelised onion & yogurt. Dihidangkan dengan roti flatbread panas-panas lagi |
Seterusnya kiteorang pesan pide, iaitu sejenis pizza tradisional berasal dari Anatolia. Rasanya sebijik macam pizza cuma bentuknya menyerupai bot. Topping pide ni, anak-anak request nak beef pepperoni with cheese.
 |
| Pide (RM34.90) |
Suami Terchenta nak makan nasi jadi kiteorang pesan jugak lamb mandy shank ni.
 |
| Lamb mandy shank (RM52.90) |
Akhir sekali untuk dessert, anak-anak pesan seorang satu tapi kiteorang kongsi la jugak:
 |
| Künefe (RM25.90) |
 |
| Pistachio baklava long slice with ice-cream (RM27.90) |
 |
| Minuman dihidang dalam cawan bentuk ni. Comel kan? |
 |
| Lukisan yang sangat 'deep' |
Overall, makanan kat sini sedap semuanya, alhamdulillah. Kiteorang suka semua makanan yang dipesan tu. Portion pun just nice untuk dikongsi berempat. My favourite ialah pistachio baklava tu. Sedap yakmat 😍. Makanan semua aku bagi rating 4 atau 5/5 sebab semua kena dengan tekak aku 🤭.
Turks KL
Unit A2, Block A, Jalan Langgak Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 8 pagi - 10 malam
21 Comments
Menarik semuanya, seronok bila makan semuanya sesuai selera kita.
ReplyDeleteFuh..harga lukisan tu 😅
Ya, mujur makanannya semua kena dengan selera kami Kak Ujie. Kalau tak mesti rasa membazir sebab harga pun boleh tahan jugak tu 🤭
Deletemenarik tgk pistachio baklava ..tmpt pn cantik..ptt la tgk view mcm kt area kenny hills baker bukit tunku rupanya cafe ni sekitar situ
ReplyDeleteSedap baklava tu kak. Kalau ke sini lagi Insha Allah akan order lagi 😄 ye tempat ni sebelah kenny hills baker bukit tunku.
DeleteMenarik ni, thanks for sharing Carneyz
ReplyDeleteSama2 Kak Mulan 😊
DeleteRating tinggi maksudnya betul - betul sedap lah ni.
ReplyDeleteKena dengan tekak kiteorg 😄
Deleteterliur lamb mandy shank tu!! lukisan dan description tu deep sgt...thanks for sharing
ReplyDeleteYes, sedap cuma rasa tak complete bila takde salatah 😅
DeleteSedapnya semua makanan tu. Tempat makan pun selesa.
ReplyDeleteSesuai dengan harganya Cie hehe. Tapi mmg rekemen la makanan kat tempat ni semua sedap2 👍🏻
DeleteRoti Flatbread tu nampak mengancam la.....
ReplyDeleteRoti flatbread makan panas2 dengan dips tu mmg licin kiteorg makan 😅
DeleteMenarik betul restoran ni... Dlm semua tu pernah makan baklava je. Mandy rice of course la kan tp bukan Turkish punya style la
ReplyDeleteBerdenyut jugak tengok harga2nya....
ReplyDeleteSubahanallah..sangat special tempat ni..baru temapt masuk pun subahanallah..bagaikan dalam taman ada keindahan alam ..
ReplyDeleteTerliur tengok Pistachio Baklava tu! Jarang nak jumpa yang betul-betul 'sedap yakmat' macam yang Carneyz cakap ni. Pide tu pun nampak unik, bentuk bot tapi rasa macam pizza. Boleh masuk dalam list must-try kalau ke Bukit Tunku..ada gak plan nak pi KHB area situ...
ReplyDeletelamb mandy shank tu besar juga ya portion nya
ReplyDeletekena sgt dgn harganya...
fuhhhh
dari luar pun restoran ni dah cantik. menu2 nampak menarik dan sedapp
ReplyDeleteSaya sejujurnya saat ke turkiye dulu, dtang ke beberapa kota, dan tak terlalu suka dengan kuliner di sana 😅😅. Kecuali aneka yoghurt dan sayur dan buah. Itu saja. Tp menu lauk tak masuk.
ReplyDeleteTp lihat menu yg ini, nampak menyelerakan pula 😍😍. Apalagi ada nasi Mandhi pula. Fav saya ...
Mungkin kalau resto turkiye yg ada di overseas, dah disesuaikan dengan lidah local, rasanya pun JD lebih sedap.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .