Meneroka TT5 Maze Park

Dah puas meneroka kapal korek TT5, kiteorang turun dari kapal dan berjalan ke signboard TT5 Maze Park ni. Sebelum sampai ke maze park, kena lalu jambatan gantung dulu:


Maze Park TT5
Kena naik jambatan gantung ni nak sampai ke maze park

Maze Park TT5
Ada 2 laluan dekat jambatan gantung ni, rasanya untuk memudahkan laluan 2 hala. Tapi sebab kiteorang je kat situ, jadi anak-anak pun berlumba lari siapa sampai dulu 😅. Maka bergoyang-goyang la jambatan yang aku naik tu! 😂

Maze Park TT5
OK dah sampai ke Maze Park. Seronok jugak berjalan dalam ni mencari jalan keluar. Last-last keluar dekat pameran batu dan bijih timah ni.

Kiteorang terjumpa taman buluh jugak dalam maze park ni. Sayangnya pokok buluh kat sini nampak kurang terjaga, tapi masih cantik lagi. Aku bila pergi tempat yang ada pokok buluh ni seriau sikit sebab takut ada ular menyorok bawah daun buluh. Jadi cepat-cepat ambik gambar dan cepat-cepat blah! 😜


Maze Park TT5
Suasana dalam taman buluh ni mengingatkan aku dengan Arashimaya Bamboo Forest di Kyoto

Disebabkan cuaca tiba-tiba berubah mendung, jadi kiteorang tak sempat nak meneroka maze park ni lama-lama. Jadi lepas dah sampai taman buluh ni, kiteorang terus cari jalan keluar dari maze ni. Takde la susah mana pun, Insha Allah takkan sesat punyalah 😆.

Overall tempat ni menarik untuk bawak budak-budak. Bukan je dapat belajar sejarah tapi boleh bermain-main dalam maze park ni. Anak-anak paling seronok la part naik jambatan gantung ni. Rasa nak bawak dieorang naik jambatan gantung dekat Taman Negara Pahang, biar menggigil lutut dieorang! 🤣

Post a Comment

23 Comments

  1. Yelah, jambatan gantung ni nampak tak tinggi. Bolehlah enjoy diaorang berlari.
    Kalau di Taman Negara Pahang tu mau melangkah setapak demi setapak, bergoyang kalau jalan laju 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa FRIM masih ada jambatan gantung kayu, saya lalu kat situ sambil lutut terketar2 sampai kena gelak oleh tourists mat salleh sbb melangkah setapak demi setapak 🤣 Skrg dieorg dah tukar jadi jambatan aluminium, so dah tak berapa thrill sgt 😅

      Delete
  2. Nasib baik tak sesat dalam maze!

    Jambatan tu tak cukup mencabar la tu pasal boleh berlari gitu, kena bawa ke tempat lebih mencabar lepasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah jambatan tu tak tinggi sangat pun, so boleh la berlari2 atas tu 🤭

      Delete
  3. Hahaha btul tmpt ni sesuai utk bdk² belajar sejarah kapal.korek

    ReplyDelete
  4. Terjah² blog terus nampak entry ni..jadi, tak perasan entry sebelum nya...
    So, betul lah tekaan Linda..dekat Peghak Kome.. teman pun belum sampei lagi...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya org tempatan tak sibuk nak terjah sbb boleh pergi bila2 masa je kan hehehe

      Delete
  5. Berlumba atas jambatan gantung?
    Memang idok la uncle....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah budak2 Uncle. Suka aktiviti yang thrill hehe

      Delete
  6. No no no… serik naik titi gantung… hari tu naik canopy walk kat ranau.. terus kena serangan panik… tatut…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ko tak sesuai gi sini. Aku takut ko naik kapal korek tu pastu tak boleh turun Sodep 😆

      Delete
  7. Wah, menarik sekali tu ..TT5 Maze Park.Teringat di Osaka ada Bambu Garden..pokok2 bambu tu lawa kelihatan jika rapat2hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cikgu, tu yang terus teringat dekat Arashimaya di Kyoto bila berada di taman buluh ni 😄

      Delete
  8. kak ana paling seram nak masuk maze park ni , risau tak jumpa jalan keluar dengan cepat hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, saya dok panggil2 anak-anak takut dieorang tersesat tapi dieorang berlari-lari dengan gembira je dalam maze ni hehe

      Delete
  9. 3 tahun lepas masa beraya ke utara ada singgah ke sini.. tapi waktu tu tgh hari panas ya amat terus tak jadi nak masuk ke kapal pengorek tu.. jambatan gantung tu boleh la bawa the kids suka2 kalau tak tinggi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, panas berbahang atas ni rasa macam dalam oven! Jambatan gantung tu mesti budak2 suka hihi

      Delete
  10. seram pulak nengok jambatan gantung tu.

    ReplyDelete
  11. macam menarik juga ni..taman negara ada pakej 3h2m carneyz..

    ReplyDelete
  12. saya suka taman yg ada jambatan gantung camni. kaki kita gatal nk goyang-goyangkan hahaha :p

    ReplyDelete
  13. Saya kalau naik jembatan gantung ini memang suka 😂😂. Apalagi kalau bergoyang hahahahahah..LGS naik adrenalin 🤣.

    Ish samaah lah Karni. Pohon bambu ini saya cuma takut ular. Dan kalau Orang2 dulu suka cerita, yg kuntilanak suka sangat di pohon bambu 🤣🤣. JD tak berani kalau liat ini

    ReplyDelete
  14. Menarik la taman ni...kalau SA o x course akan naik jambatan gantung tu..yg lain2 dalam family SA ni gayat ...sygnya tak habis explore ye

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .