Throwback December - Anniversary Staycation di Element by Marriott KL

Masa aku tengah clear kan gambar-gambar dalam galeri baru-baru ni, baru perasan yang aku belum buat review satu lagi hotel bawah jenama Marriott Bonvoy yang kiteorang pergi tahun lepas untuk celebrate anniversary ke-19 dan birthday anak-anak.

Kali ni kiteorang memilih untuk stay di hotel Element by Marriott KL. Kiteorang ambik bilik 2 bedroom suite. Bilik ni dilengkapi dengan 2 bilik tidur (katil king di bilik utama dan twin beds di bilik kedua), 2 bilik air (bilik air utama ada bathtub) meja makan, ruang tamu, bilik laundry dan dapur. Ala-ala serviced apartment jugak la fasiliti dalam bilik ni.


Element by Marriott KL
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil king. Ada ruang bekerja, tv dan walk-in wardrobe

Element by Marriott KL
Ni pulak bilik anak-anak dengan twin beds

Element by Marriott KL
Gambar atas - ruang tamu dengan sofa 3-seater dan coffee table.
Gambar bawah (kiri) - ruang makan. Kanan: bilik laundry dan kitchenette lengkap dengan pinggan mangkuk, silverware, sinki, cerek air, peti sejuk, microwave dan dishwasher

Element by Marriott KL
Bilik air master dengan jubin marmar, bathtub, 2 sinki dan bilik shower berasingan

Element by Marriott KL
Ni pulak bilik air dalam bilik anak-anak, lebih kurang sama cuma takde bathtub dan sinki satu je

Element by Marriott KL
Walk-in wardrobe yang dipisahkan dengan dinding di belakang katil

Masa aku buat tempahan bilik di apps Marriott Bonvoy, aku dah siap-siap bagitau yang kiteorang nak celebrate anniversary dan birthday anak-anak. Jadi masa kitoerang sampai tu, hotel dah siap-siap buat decor sikit:


Element by Marriott KL
Kalau nak dibandingkan dengan jenama lain dalam rantaian Marriott hotel ni, decor Element sediakan ni agak ringkas bagi aku

Selain dari decor ni, ada jugak sekeping kek yang hotel letak dalam fridge. Kiteorang mula-mula ingatkan takde kek, sebab biasanya kat hotel lain, room service akan letakkan kek tu atas coffee table tapi dekat Element KL, dieorang letak dalam fridge. Nasib baik check dalam fridge hehe.

Satu lagi, sebagai Silver Elite member, aku dapat welcoming gift ni jugak:


Element by Marriott KL
Biskut kalau tak silap aku

Tiga sebab aku pilih stay di Element KL masa tu ialah rate untuk bilik suite antara yang paling rendah antara hotel-hotel Marriott dalam KL (tak sampai RM2k), dieorang guna tilam yang sama dengan tilam di hotel Westin yang terkenal dengan jenama Heavenly Bed (Westin siap jual tilam, cadar dan bantal yang dieorang guna dekat hotel sebab ramai orang kata tilam / cadar / bantal dieorang selesa), dan akhir sekali lokasinya di tengah-tengah KL (5 minit je jalan kaki dari MRT Persiaran KLCC) jadi tak payah la drive jauh-jauh nak pergi staycation.


Element by Marriott KL
Indoor swimming pool (heated pool) dengan view Twin Towers

Masa stay kat hotel ni, aku sempat la merasa pergi spa dalam hotel ni iaitu Serenity by POSH @ 39 yang terletak di tingkat 39. Kalau tak silap in-house guest ada diskaun 20% masa tu. Aku ambik servis body massage. Bagi aku, ok je la takde la wow sangat pun despite harganya yang agak keras. Kalau tanya which luxury spa yang aku rasa berbaloi pergi ke situ, aku prefer urutan badan di Mandara Spa (Sheraton Imperial KL).


Element by Marriott KL
Serenity Spa by POSH at 39

Akhir sekali, nasi ayam kat sini sedap tau! Kiteorang sempat lunch kat sini dan aku pilih nasi ayam. First bite, rasa nak nangis sebab sedap! 😅 Rasa macam nak pergi sini makan nasi ayam je hihi.


Element by Marriott KL
TRACE Restaurant & Bar terletak di tingkat 40 (sama aras dengan lobi hotel / kaunter check-in)


Satu lagi, tetamu hotel boleh pinjam basikal untuk ronda-ronda dalam KL. Tapi kiteorang ni tak cukup omputeh lagi nak pergi berbasikal dalam bandar ni, lagipun dah bayar mahal-mahal memang memerap je la dalam bilik hotel 🤭.


Element by Marriott KL
Semoga Allah murahkan rezeki Suami Terchenta dapat pergi staycation / cuti-cuti lagi untuk anniversary ke-20 tahun ni, اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن ✨

Post a Comment

20 Comments

  1. Replies
    1. Hotel ni ratingnya 4.4 / 5 star, kalau tengok kat website Marriott 😅

      Delete
  2. indoor swimming pool best tu..bila ada celebration ada deco swan tu mmg best...dlm bilik ada bathtub suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tapi tak besar sangat. View lawa sbb boleh nampak KLCC. Decor ni biasa2 je kalau compare dengan hotel lain. Tu la, bathtub dalam bilik skrg dah rare kalau kat hotel yg baru2 ni.

      Delete
  3. hotel mewah, dari bilik dan makanannya semua kena best. baru berbaloi bayar mahal2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu sis. Yang ni range harga bilik suite nya kira murah, compare dengan hotel yang lain bawah jenama Marriott ni.

      Delete
  4. memang kena memerap je dalam hotel ni.. baru la berbaloi.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, dah bayar mahal2 sayang pulak nak tinggalkan bilik 😂

      Delete
  5. Kalau suite memang sesuai lah bawa anak2 juga. Tak payah pesan 2 kamar. Saya nak achieve lah 10 malam THN ini . THN lalu tak achieve 😂. Sayang pula jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sengaja saya pilih suite 2 bilik tidur. Tengah2 ada ruang tamu dan ruang makan jadi pemisah supaya ada privasi sikit 😄

      Delete
  6. Menarik dan berbaloi dgn harganya tu... Simple deco tapi nmpk cozy 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mmg berbaloi harga pun agak murah la untuk 2 bedroom suite.

      Delete
  7. Menarik..cantik sekali ..pasti ada rasa bahagia kan..bukan selalu tu ke hotel mewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, untuk sambutan ulangtahun perkahwinan dan hari lahir anak2 memang kami selalunya tempah hotel untuk staycation 😄

      Delete
  8. Cantiknya hotel dia...kalau SA staycation macam ni confirm.nak lepak bilik aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staycation mmg kiteorg takkan keluar hotel. Makan pun order room service / order Grab je 🤭

      Delete
  9. Mewahnya hotel. Yang penting makan sedap yaaa.
    Kalau semata nak makan nasi ayam tu kena fikir banyak kali tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katil empuk, makan sedap. Memang best duduk sini hehe

      Delete
  10. suka tengok area restoran & bar tu
    cantikkk

    ReplyDelete
  11. Happy anniversary... eh eh bkn thn ni staycation lagi ke anniverswry nya :p

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .