Salam Isnin kawan-kawan,

Minggu lepas aku berehat kejap dari blogging. Insha Allah minggu ni aku akan rajin la mengemaskini blog 😅.

First story of the week - throwback 2 minggu lepas masa aku ke The Campus Ampang. Lepas menyopping di HOOGA Backyard Clearance Sale, aku singgah makan di Fowlboys Diner. Kawan aku beria-ia kata ayam kat sini sedap. Moh ler aku cuba betul ke tak sedap yakmat tu.


The Campus Ampang
Restoran diner ala-ala dekat US / Canada


Restoran berkonsepkan diner ni agak popular di US dan Kanada. Selalunya menu di diner ialah makanan fast food (burger, ayam goreng, etc.) dan all day breakfast. Tempat duduk boleh pilih nak duduk di bar stool dekat kaunter atau di meja booth.


The Campus Ampang
Tempat duduk bar stool

The Campus Ampang
Aku pilih duduk di meja booth sebab senang nak letak barang-barang shopping kat sebelah

Kawan aku rekemen pesan signature dish kat sini - Chicken & Waffle. Jangan hairan kombinasi pelik ni sebab orang belah sana (US/Kanada) memang makan ayam goreng dengan waffle. Korang bayangkan ayam goreng tu disiram pulak dengan maple syrup. Lepas tu cicah pulak dengan jem 😬.

Dah alang-alang lunch ala-ala American, jadi minuman pun kita order la minuman popular kat sini iaitu peanut butter milkshake untuk melengkapkan pengalaman makan tengahari American style ni 🤭.


Malted Peanut Butter Milkshake
Chicken & Waffle (RM35) dan Malted Peanut Butter Milkshake (RM20)

Overall aku rasa not bad la. Kena jugak kombinasi sweet & savoury macam ni. Lebih kurang macam menu meatball IKEA yang dihidangkan dengan lingonbery jam tu la. Masuk je kat tekak aku. Cuma portion nya agak besar (sesuai kot dengan harga tu). Waffle tu aku tak dapat nak habiskan.

Tapi nak kata sedap yakmat, rasanya banyak lagi kot tempat yang ayam goreng dia lebih sedap. 

Fowlboys Diner ni ialah restoran Muslim-owned jadi Insha Allah halal.

Korang pernah makan kat sini? Apa menu yang korang suka kat sini? Cer komen.