Makan Tengahari di Fowlboys Diner

Salam Isnin kawan-kawan,

Minggu lepas aku berehat kejap dari blogging. Insha Allah minggu ni aku akan rajin la mengemaskini blog 😅.

First story of the week - throwback 2 minggu lepas masa aku ke The Campus Ampang. Lepas menyopping di HOOGA Backyard Clearance Sale, aku singgah makan di Fowlboys Diner. Kawan aku beria-ia kata ayam kat sini sedap. Moh ler aku cuba betul ke tak sedap yakmat tu.


The Campus Ampang
Restoran diner ala-ala dekat US / Canada


Restoran berkonsepkan diner ni agak popular di US dan Kanada. Selalunya menu di diner ialah makanan fast food (burger, ayam goreng, etc.) dan all day breakfast. Tempat duduk boleh pilih nak duduk di bar stool dekat kaunter atau di meja booth.


The Campus Ampang
Tempat duduk bar stool

The Campus Ampang
Aku pilih duduk di meja booth sebab senang nak letak barang-barang shopping kat sebelah

Kawan aku rekemen pesan signature dish kat sini - Chicken & Waffle. Jangan hairan kombinasi pelik ni sebab orang belah sana (US/Kanada) memang makan ayam goreng dengan waffle. Korang bayangkan ayam goreng tu disiram pulak dengan maple syrup. Lepas tu cicah pulak dengan jem 😬.

Dah alang-alang lunch ala-ala American, jadi minuman pun kita order la minuman popular kat sini iaitu peanut butter milkshake untuk melengkapkan pengalaman makan tengahari American style ni 🤭.


Malted Peanut Butter Milkshake
Chicken & Waffle (RM35) dan Malted Peanut Butter Milkshake (RM20)

Overall aku rasa not bad la. Kena jugak kombinasi sweet & savoury macam ni. Lebih kurang macam menu meatball IKEA yang dihidangkan dengan lingonbery jam tu la. Masuk je kat tekak aku. Cuma portion nya agak besar (sesuai kot dengan harga tu). Waffle tu aku tak dapat nak habiskan.

Tapi nak kata sedap yakmat, rasanya banyak lagi kot tempat yang ayam goreng dia lebih sedap. 

Fowlboys Diner ni ialah restoran Muslim-owned jadi Insha Allah halal.

Korang pernah makan kat sini? Apa menu yang korang suka kat sini? Cer komen.

Post a Comment

29 Comments

  1. rare menu chicken waffle..biasa tgk atas waffle ada aiskrim..kalini ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini menu ni tak popular dan agak janggal bagi kita sbb kita dah terbiasa dgn waffle style dari UK / Eropah hehe. Kalau di US & Kanada, chicken & waffle popular dekat diner2 kat sana.

      Delete
  2. Very American menu la ni ye ... Bole la kot sekali sekala nak tukar selera makan ayam goreng w waffle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sis. Tapi mcm kita Asian yang dah biasa makan lauk berkuah dan makanan savoury masa lunch, rasa janggal jugak makan waffle for lunch hihi.

      Delete
  3. X pernah lagi tgk menu chicken waffle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu tengok dalam movie babak makan kat diners hehe

      Delete
  4. Tak pernah cuba dan pernah tahu.

    ReplyDelete
  5. agak rare jugalah menu waffle dengan ayam goreng tu pada kak ana hehe. Tapi pada depa mungkin kena kut dengan selera depa kan.. Wah Hooga ada clearance sales rupanya, syok tuu banyak ke shopping dik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK la sedap la jugak kombinasi tu Kak Ana. Tekak saya boleh terima hehe. Ye kak, 2 minggu lepas. Tapi tak semua barang ada. Saya beli set cadar utk anak2, puas hati sbb diskaun 60%

      Delete
  6. Ooo waffle ngan ayam ni cuba try kat dt cafe.... k ret suka kat dt tu... tp selera memasing kan.. nnt bole cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap QT Cafe kat danau kota

      Delete
    2. QT Cafe? Nanti Google. Tapi sebenarnya kat tekak saya biasa2 je pun menu ni. Tunggu betul2 teringin baru cari lagi kot hihi

      Delete
  7. Entah kenapa, Sis ni orangnya tak berapa suka makan waffle, ada roang suka betulkan.. nak juga kadang makan betul-betul, tapi entah laa..
    Kalau tgk gambar aja, mungkin orang ingat memang kat US ni hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya pun tak suka sangat hahaha! Tapi kawan ni beria2 la rekemen try chicken & waffle tu jadi saja je cuba 🤭

      Delete
  8. 1st time dgr nama dan tahu kewujudan restoran ni. unik dan catchy la namanya! ayam goreng ni fav my boys, if dtg area sini, boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau pun sbb kawan yg rekemen try chicken & waffle Fowlboys Diner ni hihi. Boleh sangat MZ sbb restoran ni Muslim owned

      Delete
  9. Biasa waffle makan yang manis2 je tak pernah jumpa dengan ayam goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Cie. Selalu jumpa waffle makan dgn madu, maple syrup atau aiskrim.

      Delete
  10. Cantik dan aesthetic betul hiasan diner ni, rasa macam masuk set penggambaran filem pulak! Baguslah restoran ni Muslim-owned, jadi sekurang-kurangnya kita yang Muslim ni tak rasa was-was nak cuba makanan konsep American style macam ni. Nanti kalau lalu area The Campus Ampang boleh la try pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah berkonsepkan diner dekat US / Canada. Betul tu, Muslim owners jadi boleh cuba.

      Delete
  11. suasana pun dah nampak macam betul2 di US&Kanada,tak pernah sampai pun tapi biasa nampak dalam movie2 mereka suasana macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, biasa tengok dalam movie je ni ada betul2 kat Malaysia hehe

      Delete
  12. a ah la.. konsep memang macam dalam cerita2 omputih.. kita plak sejenis teruja tengok omputih makan gitu...hahhaa..

    ReplyDelete
  13. kalau ammi entahlah ammi nak try ke tidak sebab makan roti titab pun jadi tak boleh sebab combo telur dan kaya tu mcm tak kena je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau lidah tak adventurous mungkin rasa janggal je. Saya jenis suka cuba makanan baru. Anak sulung pulak tak.

      Delete
  14. Memang aura Amerika dengan makanannya sekali. Nasib baik boleh masuk makan ayam goreng dengan sirap mapel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye NA. Nasib baik boleh diterima anak tekak hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .