Salam Isnin kawan-kawan,
Ni kisah minggu lepas. Kakak aku ajak kiteorang makan tengahari di restoran Jamun. Memandangkan dah lama tak menikmati makanan India, aku pun setuju dengan cadangan kakak.
Menarik motto restoran ni - All Things Indian. Moh ler tengok hidangan yang kiteorang pesan dan rating aku mengikut bilangan 👍🏻. Makin banyak 👍🏻, makin tinggi rating hehe.
 |
| Untuk starter, kiteorang pesan palak patta chaat - daun bayam goreng, kentang, kacang kuda dengan yoghurt dan biji buah delima. Sedap, ada rasa savoury dari daun bayam goreng dan murukku dan masam manis dari yogurt dan biji buah delima 👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Anak-anak nak makan cheese naan. Sedap jugak cheese naan ni, cuma cheese dia takde la melimpah-ruah sampai kena tarik panjang tu 🤭 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Ayam tandoori ni juicy dan rempahnya meresap sampai ke isi dalam 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Aku pesan nasi briyani kambing. Nampak je macam portion kecik tapi banyak dan tak habis makan sampai kena bungkus bawak balik. Malam tu aku dan Suami Terchenta sambung makan berdua 😅 Agak pedas bagi aku tapi cukup rempah-ratus dan sedap 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |

|
| Suami Terchenta dan kakak aku masing-masing pesan nasi daun pisang. Aku rasa lebih kurang je macam yang dekat Bananabro tu. Harga berpatutan (RM11.90), unlimited refill nasi dan kuah. Terlupa ambik gambar yang dah dicampur dengan kuah sebab lambat sangat dieorang hidang satu persatu 😅 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Dessert - aku pilih pistachio kulfi, sejenis aiskrim tradisional dari India. Lemak berkrim tapi at the same time refreshing jugak 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Kakak pesan gulab jamun - bebola goreng dibuat dari tepung susu dan ghee dan direndam dalam sirap gula berperisa dan ditabur dengan badam cincang. Yang ni sedap tapi manis leting! Makan sesuap lepas tu aku tak mampu nak makan lagi sebab manis sangat 👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Alhamdulillah, kenyang. Nak datang lagi ke? Erm. Susah sikit nak cari parking kat sini jadi unless betul-betul teringin, mungkin tak kot 🤭 |
36 Comments
Naan cheese tu memang susah nak jumpa yang cheese tarik.
ReplyDeletePernah jumpa dekat restoran Pakistan tahun lepas. Dekat KL ni ada satu kedai cheese naan yang famous sebab cheese dia meriah boleh tarik tinggi2 hehe.
DeletePenat kira 👍 dekat ayam tandoori tu..hihihi
ReplyDeleteMemang sedap, perapan dia sampai ke tulang hehe
Deletesekali tgk nmpk mcm perkataan 'jamuan'. nmpk sedap2 tu dan nice food presentation. kebetulan ptg smlm pun mr hubby tapau nan cheese dan tandori utk dinner kami sekeluarga, kat kedai mamak area sri gombak ni ajer
ReplyDeleteKiteorang layankan aje tekak kakak sebab dah lama tak keluar makan sama2 haha. Jarang2 order naan cheese dengan kenduri kalau ke mamak, selalunya roti kosong kuah kari ikan tak pun nasi briyani / nasi kandar.
DeleteTengok pada bilangan 👍 tu, maknanya macam kena repeat tu, Carneys. Dessert dan kuih India memang manis letting!!
ReplyDeleteOK la sedap tapi nak cari parking tu lemah sikit SK. So malas lah nak repeat haha.
DeleteNampak menarik sangat menu kat Jamun Restaurant ni. Nasi briyani kambing tu walaupun nampak sikit, rupa-rupanya mengenyangkan sampai bawa balik ke rumah, rezeki sambung makan malam dengan suami! Harga nasi daun pisang RM11.90 dengan unlimited refill pun dikira sangat berbaloi untuk area Bangsar.
ReplyDeleteBanyak betul nasinya tak habis makan. Tu yang tapau boleh pulak baki tu buat makan 2 orang malam tu hihi.
DeleteYe, harga nasi daun pisang tu berbaloi sebab boleh refill banyak kali. Kalau jenis kuat makan boleh la. Kalau makan sikit pun tak rasa rugi sgt sbb harga still murah.
dah lama teringin nak rasa gulab jamun..tapi bila baca review Carneyz macam terbantut rasa teringin tu..hahaha
ReplyDeleteBebola tu sedap ada rasa ghee bila digigit tapi tu la bila direndam dalam gula sirap ni rasa manis leting sangat tak sanggup nak telan huhu
DeleteSis suka kalau khas kedai memang semua menu Indian.. cuma tu laa, sini takde geng nak melayan hahahaha.. cheese nan dia nampak sedap dan merarikkk
ReplyDeleteMeh la datang KL kita makan restoran Indian Muslim hehe
Deleteuihhhh sedap2 semuanya
ReplyDeletekalau jln kaki dr stesen LRT dekat tak?
Macam jauh je 🤔 mmg kena naik kereta ke sini. Tapi parking tu yg problem sbb area bangsar kan.
DeleteBerapa harga hangus ni?
ReplyDeleteUsah ditanya. Kita doakan yang bayar tu murah rezeki selalu 🤭
Deletepalak patta chaat tu rasanya restaurant sri lanka ada juga menu tu. mungkin presentation berbeza
ReplyDeleteMenu serumpun kot hihi. Macam restoran Malaysia dgn Indonesia kadang2 ada menu yg sama.
Deletebiasa kalo menu masakan india nasi daun pisang pernh mkn...kalo mcm restoran gini tk pernh
ReplyDeleteNasi daun pisang tu hidangan dari South India. Restoran ni pulak menghidangkan hidangan dari North India tapi dia ada menu khas nasi daun pisang dari South India.
DeleteNampaknya ayam tandoori tu sedap betul ye, banyak 👍🏻 hehe
ReplyDeleteYe PH, perapannya sampai ke tulang. Cicah pulak dengan mint sauce. Sedap 😋
DeleteUncle suka betul cili kering goreng tu... Ingatkan pedas... tapi tak pedas!
ReplyDeleteYe ke Uncle. Tak berani nak cuba hehe
DeleteWah! sajian istemewa ni..alhamdulillah, syukur nikmatNya
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletemakanan pertama tu uniklah, pestime pulak saya dengar. dia macam dessert, tapi bukan..
ReplyDeleteberbaloi betul nasi daun pisang tu siap boleh refill lagi
Semstinya bukan dessert hihi. Bagus starter lagi dah makan yogurt, sebab nanti senang nak hadam makanan lain since yogurt mengandungi probiotik.
DeleteDessert dari India tu tak pernah try lagi.
ReplyDeleteKulfi tu kena try. Sedap! 👍🏻
Deleteayam tandoori tu nmpk yummy...juicy rupanya....kulfi pernah try, ada jual kat kedai mamak...tapi yg ni nmpk Level T20..hihi..
ReplyDeleteYe kak nohas, mmg level T20 harganya nasib baik rasa setanding harga hahaha. Kalau tandoori kat kedai mamak biasanya kering je. Ayam tandoori kat sini juicy, ramah mesra dengan gigi org yg nak masuk umur 50an beberapa tahun lagi 🤭
DeleteSaya percaya dengan selera Karni. Jadi tempat ini akan saya masukkan dalam list 😍😄😄😄. Sebab di jakarta susaaaaah cari resto India. Mungkin Krn tak banyak kan. Sementara saya sukaaa kuliner India
ReplyDeleteNampak sedap semuanya. Lama tak makan gulab jamun. Sedap walaupun manis.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .