Mari Brisk Walk di Taman Tasik Titiwangsa

Salam Isnin kawan-kawan,

Minggu lepas masa aku brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa, cuaca sangatlah cantik - cerah tapi redup. Yang penting tak berjerebu sebab malam sebelumnya hujan.

Aku menghabiskan 30 minit brisk walk sebelum aku decide untuk berhenti dan ambik gambar di beberapa spot with my favourite views:


Taman Tasik Titiwangsa
Subhanallah! As always, ini pemandangan yang paling cantik di Taman Tasik Titiwangsa 😍

Taman Tasik Titiwangsa ni kalau pergi weekend memang wassalam je la... penuh dengan umat manusia! Aku akan rasa serabut bila pergi ke sini pada hujung minggu jadi aku akan elak pergi on weekend. Tapi kalau hari biasa, suasananya lebih aman dan tenang. Ditambah lagi dengan cuaca yang elok, certain spots tu nampak macam seolah-olah berada di luar negara:


Taman Tasik Titiwangsa
Seolah-olah berjalan di tepi tasik di Eropah dengan daun pokok weeping willows yang berjuntai di atas permukaan tasik dan tumbuhan reeds yang tumbuh dalam air. Pantulan cahaya langit dan pokok atas permukaan air yang jernih menjadikan suasana di sini kelihatan charming

Taman Tasik Titiwangsa
Autumn in my heart, anyone?

Taman Tasik Titiwangsa
Forest roof

Taman Tasik Titiwangsa
The path to nowhere and everywhere

pokok ketapang
The umbrella trees / Madagascar Almond trees (pokok ketapang)

Satu benda yang aku suka pasal Taman Tasik Titiwangsa ni, pemandangan dia tak bosan. Kalau taman lain, jalan-jalan nampak pokok je. Tapi kat sini lain sikit - bila jalan, kejap-kejap jumpa arca, lepas tu nampak tasik, kawasan berpokok, siap ada maze dan pergola lagi. Bagi orang yang jenis cepat bosan macam aku ni, perubahan suasana macam ni memang ngam sangat. Otak pun sentiasa rasa fresh bila pusing-pusing kat sini.


Taman Tasik Titiwangsa
Salah satu arca yang dibina di Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa
View air pancut dari platform merah

Taman Tasik Titiwangsa
Gambar artistik la kononnya di laluan wind chime yang berwarna-warni

Taman Tasik Titiwangsa
Dulu laluan ni digantung dengan fabrik berwarna-warni tapi agaknya fabrik cepat pudar jadi ditukar dengan wind chime besi yang bergantungan

Taman Tasik Titiwangsa
Ni kalau angin kuat macamana la bunyinya bila berlaga sesama-sendiri?

Kalau korang pulak, suka brisk walk dekat mana?

Nota kaki: Semua gambar ni aku dah edit guna Google Photo.

Post a Comment

1 Comments

  1. Untung tau g situ time xde orang hehehe.... kita hanya berkesempatan weekend je la tp kalau x dpt parking mmg drive thru je la 🤪🤪

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .