Kisah terpengaruh lagi 🤭. Kali ni terpengaruh dengan blogger Anies pulak. Dia post entry pasal beli aiskrim Beryl's di KLCC. Kebetulan minggu lepas kiteorang pergi menonton wayang di TGV KLCC, jadi lepas tengok movie dan sebelum balik, aku pun gigih beratur nak beli aiskrim ni jugak:
![]() |
| Beryl's tengah buat promo dekat concourse KLCC. Peminat Beryl's, sila serbu! |
Aku tak masuk tengok coklat pun, sebab tujuan aku nak beli aiskrim je. Jadi aku beratur dekat dessert bar ni untuk beli aiskrim.
![]() |
| Ada 3 perisa aiskrim yang baru diperkenalkan - Milk Crunch, Velvet Almond Crunch dengan Indulgence Milk |
Ada satu kejadian masa beratur tu, tiba-tiba couple belakang aku ni sembang, "Tengok la tourist In**a tu, nak potong barisan la tu..." Auto dengan aku pun sekali tengok couple yang tengah cuba nasib nak potong barisan. Agaknya dieorang tak berani la nak potong aku dengan muka aku yang tak mesra alam ni, jadi nak potong couple belakang aku. Si boyfriend dia terus cakap, "Sorry, this is our place." Lepas tu dieorang cuba potong lagi a few rows behind, tapi minah yang dieorang potong tu pandang dieorang atas bawah atas bawah banyak-banyak kali sebelum bagi isyarat suruh ke belakang. Silap besar la dieorang ni nak potong queue kat Malaysia 🤭. Orang Malaysia ni baik orang-orangnya, tapi bab potong queue memang pantang ye. Kita kan berpegang pada prinsip dalam rukun negara "Kesopanan dan kesusilaan". Jaga adab bila berada di negara Malaysia. No cutting queues.
Aku hairan dengan mentaliti orang-orang macam ni kan. Dah nampak ada barisan teratur masih buat-buat tak faham. Mungkin culture negara dieorang ni jenis cuba dulu, kalau orang tak marah teruskan potong. Kalau orang marah baru nak buat benda yang betul.
OK done with selingan cerita masa beratur hihi. Aku beli perisa milk crunch sebab nampak menarik.![]() |
| Aiskrim Beryl's Milk Crunch dengan harga pengenalan RM5 je |
Balik rumah, simpan dalam peti sejuk. Esoknya baru makan. My verdict, sedap dan setanding dengan aiskrim Magnum. Rasanya tak manis sangat, sedang-sedang je di tekak aku. Ada rasa lemak berkrim. Anak-anak suka la, sebab dieorang peminat aiskrim Magnum tapi kiteorang dah lama boikot (Magnum tu bawah jenama Unilever yang beli pastu tendang pemilik Ben & Jerry's keluar dari syarikat dieorang sendiri sebab sokong Palestin). Harap-harap cepat la Beryl's jual aiskrim ni pasaraya dengan harga pengenalan tu atau kalau lagi murah lagi bagus hehe.
![]() |
| Sedapnya aiskrim Beryl's yang baru ni dengan rasa crunchy sikit dan rasa coklat yang padu di luar dan susu berkrim di dalam |




0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .