Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali...



Semalam dikejutkan dengan berita pemergian abang sepupu sebelah emak, iaitu anak kepada kakak mak. Usia Abang Zaki ni masih dalam 40-an lagi sebelum dia meninggal dunia.

Mak kata, baru je dia jumpa dengan abang sepupu Khamis lepas, masa tu nampak dia masih sihat-walafiat lagi. Sungguh ajal kita benar-benar rahsia. 

Hari Ahad tu dia diserang strok lepas tu pengsan dan dikejarkan ke Hospital Bintulu. Rupa-rupanya dah severe bleeding dan dia diletakkan atas mesin sokongan hayat. Doktor bagitau memang dah tak boleh operate masa tu. Semalam mak udak, pak udak dan adik-beradik semua datang dari Miri untuk masa doktor tutup mesin sokongan hayat. Dieorang semua ada di sisi dia masa abang sepupu pergi. Allahuakbar. Tak boleh bayangkan perasaan mak udak tengok anak sendiri menghembuskan nafas terakhir. Tapi itulah ketentuan Ilahi yang kita kena redha.


Ya Allah, ampunkan dosa-dosa Abang Zaki, kasihanilah dia, maafkanlah dia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang dingin. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia) dan masukkan ia ke syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan neraka.

Dalam keluarga aku memang ada sejarah 3 serangkai (darah tinggi, kencing manis dan jantung). Tapi kalau tengok fizikal abang sepupu aku tu, dia bukanlah obese orangnya. Mungkin dia ada darah tinggi tapi tak tau yang dia menghidap darah tinggi dan tak ambik ubat untuk kawal tekanan darah. Sebab tu penyakit darah tinggi ni merbahaya sebab boleh membunuh secara senyap.


Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75

  • Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
  • Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)


Bacaan Tekanan Darah

bacaan tekanan darah

hipertensi sistolik

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

  • Pengidap Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi kebanyakannya TIDAK mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat. Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan seperti otak (serangan strok), penyakit jantung, komplikasi pada mata, kegagalan buah pinggang dsb.

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% penghidap Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.


Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah menghidap penyakit Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi?

Untuk mereka yang dikesan mempunyai pra hipertensi dan tekanan darah tinggi peringkat 1, anda perlu:

  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan menghidap Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2:

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi

Untuk mereka yang mengalami Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3:


  • Rawatan dengan pemberian ubatan
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Dapatkan keterangan lanjut dari doktor

Sumber: MyHealth KKM


Nota kaki: Penyakit darah tinggi ni tak boleh buat main-main sebab dalam diam, ia merosakkan organ dalaman dan boleh mendatangkan maut. Gara-gara didiagnosis penyakit darah tinggi ni, aku tersentak dan menjadi driving force untuk aku susun rancangan berhenti kerja supaya aku boleh fokus dengan keluarga sebab aku tau susah untuk aku uruskan tekanan kerja dan boleh menyebabkan penyakit darah tinggi aku semakin teruk. 

42 comments:

  1. Innalilillahiwainnailaihirojiun...betul tu Carneyz..memang bahaya darah tinggi ni..adik bongsu SA pun sama ni, tekanan darah tinggi tapi x nak makan ubat..dah consult doc pun dia tak nak makan ubat tapi cuba control sendiri, dia nak kawal pemakanan segala la..nampak 2-3 hari ni tekanan dia dah semakin normal..dia plan nak dapatkan anak ketiga sebab tu dia x nak consume ubat..SA dah start makan ubat dah since 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masih di peringkat 1, boleh lagi elakkan makan ubat. Kena rajin bersenam, kawal pemakanan, kawal stress. Tapi kena selalu monitor tekanan darah.

      Delete
  2. bahaya juga mengejut kan? saya pun dlm fasa jd nurse pada mak & abah utk jaga kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu penyakit yang membunuh secara senyap2. Kena sentiasa pantau kesihatan orang tua.

      Delete
  3. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Innalilillahiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buat sis dan kerluarga abang sepupu..

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wainna ilaihirojiun...semoga keluarga arwah tabah dgn takdir ini...Allahu, sekejapan saja...

    pentingnya buat medical check-up secara consistent..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, hari Khamis tu masih lagi sihat dan mak sempat ambik gambar dengan arwah abang sepupu, hari Ahad kena strok dan meninggal semalam.

      Bila dah umur 40an, kena sentiasa pantau kesihatan.

      Delete
  6. salam takziah...alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  7. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. Semoga keluarga tabah atas kehilangan ini. Sama2lah kita beringat untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, sama2 kita ambil peduli kesihatan masing2.

      Delete
  8. Innalillahiwainnalilahirojiun.. salam takziah untuk Carneyz sekeluarga.

    Suami Kak Sue pun semalam memula mengadu pening, tetiba jadi tak boleh bernafas, panik lah kejap. Terus bawak ke klinik, alhamdullilah bila check semua okay. Mungkin kurang rehat dan kurang tido.. apapun jaga diri semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Sue. Harap suami Kak Sue dah ok la pagi ni. Tak boleh kerap sangat tido lewat sebab tu salah satu punca kena penyakit kencing manis.

      Delete
  9. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, Al-Fatihah (dibaca), Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada & solihin. Aamin

    ReplyDelete
  10. Innalilillahiwainnailaihirojiun .. takziah... al fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  11. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    salam takziah buat ahli keluarga arwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih anies.

      Delete
  12. Kak carneyz, ikut berduka cita atas meninggalnya Abang sepupu. Semoga almarhum diampuni segala kesalahan dan diterima semua amal kebaikan. Diterangi juga kuburnya.

    Dari sini kita hrs aware memang dengan kondisi tubuh. Dah usia skr, memang hrs rutin nak MCU. Saya pun dah lama tak periksa. Tapi Bbrp kali di periksa oleh adik saya yg dokter, tekanan darah saya selalu normal. Tapi ntahlah kolesterol dkk. Krn itu hrs cek darah kan.

    Mama mertua saya penderita hipertensi yg mana harus minum obat seumur hidup. Penyakit ini juga yg buat mama meninggal, saat terkena COVID. Komplikasi soalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih fanny. Ya, bila sudah meningkat umur 35 tahun ke atas, seharusnya buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun, sebab penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi ni membunuh dalam senyap. Semoga kita semua terus sihat.

      Delete
  13. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. (Al-Fatihah) & Salam Takziah.

    ReplyDelete
  14. Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman, roh abang sepupu Carneyz.
    Takut pula saya baca tentang darah tinggi ni. Family saya pun ada juga sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Kena buat medical checkup setiap tahun Nur, kalau dah tau dalam family ada sejarah. Semoga Nur sekeluarga terpelihara dari penyakit ni.

      Delete
  15. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Salam takziah buat Carneyz dan keluarga arwah.
    Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman dan beamal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
      Terima kasih Kak Amie.

      Delete
  16. Innalillahiwainnailaihirajiun semoga allah cucuri rahmat kepada arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  17. innalillahiwainnailaihirojiunnn...

    ammi masa kerja di office lama pun bacaaan tekanan darah selalu je tak cantik. kebiasaannya low blood tapi masa disana sentiasa je sakit kepala dan pressure jadi melampau. Tu yg decide keluar dan ikut bos kesini. Stress betul bila kita sorang handle beratus2 file.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ok ke Ammi? Semoga baik2 aje. Stress melampau & berpanjangan punca saya dapat tekanan darah tinggi sekarang.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .