Dating di Original Penang Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral

Throwback masa Hari Pekerja 1 Mei lepas. Macam biasa, anak-anak time cuti memang lebih suka bergulung dalam selimut dari keluar rumah. Jadi mak pak dieorang pun ambik kesempatan ni untuk keluar dating berdua. Dah tua-tua gini kita dating tempat biasa-biasa je laaaa... since dua-dua rasa nak makan nasi kandar, apa lagi hidupkan motor terus menuju ke Original Penang Kayu Nasi Kandar di Nu Sentral 🤭.


Uniqlo
Merasmikan baju dan seluar jeans Uniqlo ni masa keluar dating dengan Suami Terchenta 😜

Sampai di kedai makan, tukar fikiran nak nasi briyani pulak. Lama dah tak makan nasi briyani berlaukkan kari kambing 😅. Pastu tetiba tamak haloba nak ayam goreng jugak sebab aku suka ayam goreng kedai mamak. Eh eh, bhai ni terus letak telur rebus sebijik atas nasi aku padahal tak mintak pun huhu. End up terlebih protein pulak pagi tu. Takpe la kan, sekali-sekala 🤪.


original Penang kayu nasi kandar
Begini la kejadian akhirnya.

Suami Terchenta stick dengan niat makan nasi kandar. Tengok tu, surr betul kuah nasi kandar atas pinggan beliau! Macam biasa, ayam bawang jadi pilihan Suami Terchenta sebagai penggemar ayam bawang.


Berselera betul dia menikmati nasi kandar 😋

Nama je dating, tapi bila dah menghadap nasi depan mata memang tak bercakap sebab sibuk mengunyah 🤣. Dah habis makan baru la berborak. Biasanya topik kiteorang pasal anak-anak la, apa lagi.

Sebelum balik, tapau cheese naan untuk anak-anak di rumah. Memang gitu-gitu je la aktiviti dating kiteorang dari dulu sampai sekarang. Takde nak dress up, berhias, bagi bunga bagai. Cukup belanja makan je pun wifey is happy!

Post a Comment

14 Comments

  1. Betul² lebih energy ni. Macam tu la dating laki bini, makan dia tengokkk. Zaman dating belum kahwin sanggup makan nugget jer (kita la tu) 😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa makan tak pandang pun muka masing2 SK hahahaha! Sibuk menghayati nasi depan mata 🤣 🤣 dulu belum kawin makan kat gerai tomyam tepi jalan, skrg dah kawin up sikit level makan nasi kandar 😜

      Delete
  2. Kita sama la Carneyz..zaman nak lawa2 keluar rumah hari minggu ke hari cuti tu macam dah xde, dah x kisah...hahahaha...tempat lepak SA ni sesekali makan roti canai harga kayangan...hehehehehe...yang penting sedap kan..harga tolak tepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, calit lipstick kat bibir sudahhh jgn bagi org kata bini macam mayat tak pun macam bibik! 🤣 roti canai kat sini paling sedap pernah saya makan. Dgn crispy nya, rasa mentega nya... 😍

      Delete
  3. Unik betul penyajian nasi kandarnya, disimpan di atas daun pisang. Jadi terasa seperti hawa-hawa di pedesaan, hihihi.
    Dekat rumah saya pun ada nasi kandar, tapi sampai sekarang belum kesampaian tuk mencoba, heuheuheu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai makanan India memang biasa hidang nasi dalam daun pisang kalau di Malaysia 😄

      Delete
  4. nice la ur OOTD! nampak fresh dan muda!!! memang u masih muda punnn!!! syok dpt dating berdua!! i dating ie mkn2 berdua sepanjang2 kat amsterdam tu hahahhhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sebab item value buy ni MZ, terus ter confident nak beli dan pakai 😂. Dari belakang macam 20s tengok kat depan nampak la real age 🤣

      Anak2 dah besar baru syok dating sbb dieorg tak ikut sekali hehehe

      Delete
  5. Rasanya pernah dapat bunga sekali je..masa birthday tahun 2021 kot .tu pun dah banyak tahun kawin..hahaha...
    Linda kalau dapat keluar berdua pun syok sangat dah .padahal p beli barang dapur je pun..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK lagi tu Linda, saya dapat bunga 2x je sebelum kawen - sekali masa convo dan sekali lagi entah angin apa yg datang dia jemput saya balik dari outstation bagi bunga matahari hahaha! Yang lepas kawen pulak dia bagi bila saya mintak je 🤭 klu nak harap dia bagi je, mmg smp ke sudah tinggal harapan 😜

      Delete
  6. Masa anak2 kecik2 lg ni tertanya2 bila la eh boleh dating mcm ni dgn husband ni? Bila baca post ni, okay akan tiba fasa anak taknak ikut kita keluar 😆 Akan saya nantikan saat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye akan tiba fasa anak2 dah malas nak keluar rumah dan ikut gi mana2, masa tu la kita balas dendam gi dating berdua hihi

      Delete
  7. Sedapnyer baryani kambing ayam telur beralaskan daun pisang. Daun pisangnye jangan dimakan sekali.

    ReplyDelete
  8. Cuba deting kat taman bunga lak kali nie.. sambil pegang tangan petik-petik bunga.. sambil lari lari pastu guling kat lereng bukit... indahnyaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .