Throwback masa Hari Pekerja 1 Mei lepas. Macam biasa, anak-anak time cuti memang lebih suka bergulung dalam selimut dari keluar rumah. Jadi mak pak dieorang pun ambik kesempatan ni untuk keluar dating berdua. Dah tua-tua gini kita dating tempat biasa-biasa je laaaa... since dua-dua rasa nak makan nasi kandar, apa lagi hidupkan motor terus menuju ke Original Penang Kayu Nasi Kandar di Nu Sentral 🤭.


Uniqlo
Merasmikan baju dan seluar jeans Uniqlo ni masa keluar dating dengan Suami Terchenta 😜

Sampai di kedai makan, tukar fikiran nak nasi briyani pulak. Lama dah tak makan nasi briyani berlaukkan kari kambing 😅. Pastu tetiba tamak haloba nak ayam goreng jugak sebab aku suka ayam goreng kedai mamak. Eh eh, bhai ni terus letak telur rebus sebijik atas nasi aku padahal tak mintak pun huhu. End up terlebih protein pulak pagi tu. Takpe la kan, sekali-sekala 🤪.


original Penang kayu nasi kandar
Begini la kejadian akhirnya.

Suami Terchenta stick dengan niat makan nasi kandar. Tengok tu, surr betul kuah nasi kandar atas pinggan beliau! Macam biasa, ayam bawang jadi pilihan Suami Terchenta sebagai penggemar ayam bawang.


Berselera betul dia menikmati nasi kandar 😋

Nama je dating, tapi bila dah menghadap nasi depan mata memang tak bercakap sebab sibuk mengunyah 🤣. Dah habis makan baru la berborak. Biasanya topik kiteorang pasal anak-anak la, apa lagi.

Sebelum balik, tapau cheese naan untuk anak-anak di rumah. Memang gitu-gitu je la aktiviti dating kiteorang dari dulu sampai sekarang. Takde nak dress up, berhias, bagi bunga bagai. Cukup belanja makan je pun wifey is happy!