Sambungan siri jalan-jalan ke Ipoh 2026. Entry tentang TT5 ni ada 2 bahagian, bahagian pertama lawatan ke kapal korek dan bahagian kedua nanti tentang lawatan ke Maze Park.

Lepas makan tengahari di Canning Dim Sum, kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Kapal Korek TT5 di Tanjung Tualang. TT5 ialah singkatan kepada Tanjung Tualang Tin Dredge Mining No. 5, kapal korek bijih timah terakhir di Malaysia. Sekarang kapal ni dah tak lagi beroperasi tapi dipelihara sebagai salah satu tarikan sejarah di Perak.

Anak-anak aku ni sebenarnya tak sedar dieorang ni bertuah dapat pergi ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia ni supaya dieorang boleh tengok dengan mata kepala dieorang sendiri, bukan setakat belajar dalam buku teks Sejarah je. Mak pak dieorang tak merasa pengalaman ni, sebab pertama, kat Sarawak takde lombong bijih timah dan kedua, zaman kiteorang bersekolah dulu takde Google. Bila baca pasal aktiviti perlombongan, kita guna imaginasi je la zaman tu 😜. Makanya, tujuan kiteorang bawak anak-anak ke sini supaya dieorang boleh menghayati sejarah aktiviti ekonomi di Malaysia satu masa dulu.

OK done bebel pasal anak-anak Gen Alpha ni.

Dari Ipoh, kiteorang drive ke sini dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. 


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
Kiteorang letak kereta di tempat teduh bawah pokok sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan TT5
 

Nak masuk sini kena beli tiket online di SINI. Harga tiket RM38 seorang untuk naik kapal korek dan jugak masuk ke Maze Park. Lepas beli tiket, kiteorang kena ambik selfie sebab nak masuk ke kapal korek nanti kena imbas muka dekat pintu masuk. Canggih pulak ye.

Sebelum kiteorang bergerak ke kapal korek, kiteorang masuk ke galeri TT5 dulu. Dalam galeri ni kiteorang belajar tentang sejarah aktiviti perlombongan bijih timah di Perak sebagai aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada kekayaan negeri Perak, kaedah melombong bijih timah dari mendulang atau melampan sampai la penggunaan kapal korek. 


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
Galeri sejarah aktiviti perlombongan bijih timah dan kapal korek di Perak

Sejarah ringkas TT5 - kapal korek TT5 dibina di England oleh F.W Payne & Sons pada tahun 1938. Ia kemudiannya dinaik taraf pada tahun 1963 dan telah meneruskan operasinya selama 44 tahun sehingga Ogos 1982. Disebabkan penurunan harga bijih timah, operasi mula ditutup dan ‘kilang terapung’ dijual. Cuma tinggal satu je kapal korek timah yang dikenali sebagai Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 atau TT5. Pada tahun 1997, Malaysian Mining Corporation (MMC) telah menyumbangkan TT5 kepada Kerajaan Negeri Perak untuk dijadikan tapak warisan.

Lepas tu barulah kiteorang pergi ke kapal korek. Nak masuk ke sini, kena scan muka dekat pintu turnstile ni.


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
Nak masuk sini. kena scan muka dulu


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
Macam ni la rupa kapal korek timah

Sebelum naik dan meneroka kapal korek ni, kena pakai abah-abah keselamatan (safety harness) dulu sebagai langkah berjaga-jaga nak naik tempat yang tinggi. Kalau korang jenis gayat, aku tak sarankan korang naik kapal korek ni sebab platform nya tinggi dah boleh nampak sampai ke bawah dan tangganya pun agak sempit. Tapi overall struktur kapal ni masih kukuh lagi jadi selamat je sebenarnya.


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
Ada staff yang akan tolong pakaikan abah-abah keselamatan untuk kita

kapal korek
Pemandangan dalam dan atas kapal korek

Aku tak boleh bayangkan macamana orang dulu-dulu bekerja atas kapal ni. Dengan laluan yang sempit, atap zink yang membuatkan tempat ni macam dalam oven, dengan bingitnya lagi bila mesin beroperasi untuk menapis bijih timah. Ruang rehat / makan pun besar karpet rumah aku je 😅. Tapi orang dulu-dulu badan dieorang kecik je (tengok gambar dalam galeri) jadi mungkin dieorang ok je la kot kerja kat dalam kapal ni 😅.


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
View atas kapal korek ni lawa!

Tour dalam kapal korek ni mengambil masa dalam 20-30 minit (30 minit tu sebab lutut aku masih sakit masa ni jadi nak naik turun tangga memang lambertt la jadinya 😜).

Bila dah turun, fuhh legaaa sebab kat bawah tu sejuk sikit. Nasib baik jugak aku bawak kipas sebab memang panas sangat atas tu. Jadi bawak la kipas kalau nak explore kapal korek ni ye.


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 TT5
Posing depan kapal korek TT5

Next entry, meneroka Maze Park di TT5 pulak. Stay tuned!