Sambungan siri jalan-jalan ke Ipoh 2026. Entry tentang TT5 ni ada 2 bahagian, bahagian pertama lawatan ke kapal korek dan bahagian kedua nanti tentang lawatan ke Maze Park.
Lepas makan tengahari di Canning Dim Sum, kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Kapal Korek TT5 di Tanjung Tualang. TT5 ialah singkatan kepada Tanjung Tualang Tin Dredge Mining No. 5, kapal korek bijih timah terakhir di Malaysia. Sekarang kapal ni dah tak lagi beroperasi tapi dipelihara sebagai salah satu tarikan sejarah di Perak.
Anak-anak aku ni sebenarnya tak sedar dieorang ni bertuah dapat pergi ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia ni supaya dieorang boleh tengok dengan mata kepala dieorang sendiri, bukan setakat belajar dalam buku teks Sejarah je. Mak pak dieorang tak merasa pengalaman ni, sebab pertama, kat Sarawak takde lombong bijih timah dan kedua, zaman kiteorang bersekolah dulu takde Google. Bila baca pasal aktiviti perlombongan, kita guna imaginasi je la zaman tu 😜. Makanya, tujuan kiteorang bawak anak-anak ke sini supaya dieorang boleh menghayati sejarah aktiviti ekonomi di Malaysia satu masa dulu.
OK done bebel pasal anak-anak Gen Alpha ni.
Dari Ipoh, kiteorang drive ke sini dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit.
![]() |
| Kiteorang letak kereta di tempat teduh bawah pokok sebelum berjalan masuk ke dalam kawasan TT5 |
Nak masuk sini kena beli tiket online di SINI. Harga tiket RM38 seorang untuk naik kapal korek dan jugak masuk ke Maze Park. Lepas beli tiket, kiteorang kena ambik selfie sebab nak masuk ke kapal korek nanti kena imbas muka dekat pintu masuk. Canggih pulak ye.
Sebelum kiteorang bergerak ke kapal korek, kiteorang masuk ke galeri TT5 dulu. Dalam galeri ni kiteorang belajar tentang sejarah aktiviti perlombongan bijih timah di Perak sebagai aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada kekayaan negeri Perak, kaedah melombong bijih timah dari mendulang atau melampan sampai la penggunaan kapal korek.
![]() |
| Galeri sejarah aktiviti perlombongan bijih timah dan kapal korek di Perak |
Sejarah ringkas TT5 - kapal korek TT5 dibina di England oleh F.W Payne & Sons pada tahun 1938. Ia kemudiannya dinaik taraf pada tahun 1963 dan telah meneruskan operasinya selama 44 tahun sehingga Ogos 1982. Disebabkan penurunan harga bijih timah, operasi mula ditutup dan ‘kilang terapung’ dijual. Cuma tinggal satu je kapal korek timah yang dikenali sebagai Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 atau TT5. Pada tahun 1997, Malaysian Mining Corporation (MMC) telah menyumbangkan TT5 kepada Kerajaan Negeri Perak untuk dijadikan tapak warisan.
Lepas tu barulah kiteorang pergi ke kapal korek. Nak masuk ke sini, kena scan muka dekat pintu turnstile ni.
![]() |
| Nak masuk sini. kena scan muka dulu |
![]() |
| Macam ni la rupa kapal korek timah |
Sebelum naik dan meneroka kapal korek ni, kena pakai abah-abah keselamatan (safety harness) dulu sebagai langkah berjaga-jaga nak naik tempat yang tinggi. Kalau korang jenis gayat, aku tak sarankan korang naik kapal korek ni sebab platform nya tinggi dah boleh nampak sampai ke bawah dan tangganya pun agak sempit. Tapi overall struktur kapal ni masih kukuh lagi jadi selamat je sebenarnya.
![]() |
| Ada staff yang akan tolong pakaikan abah-abah keselamatan untuk kita |
![]() |
| Pemandangan dalam dan atas kapal korek |
Aku tak boleh bayangkan macamana orang dulu-dulu bekerja atas kapal ni. Dengan laluan yang sempit, atap zink yang membuatkan tempat ni macam dalam oven, dengan bingitnya lagi bila mesin beroperasi untuk menapis bijih timah. Ruang rehat / makan pun besar karpet rumah aku je 😅. Tapi orang dulu-dulu badan dieorang kecik je (tengok gambar dalam galeri) jadi mungkin dieorang ok je la kot kerja kat dalam kapal ni 😅.
![]() |
| View atas kapal korek ni lawa! |
Tour dalam kapal korek ni mengambil masa dalam 20-30 minit (30 minit tu sebab lutut aku masih sakit masa ni jadi nak naik turun tangga memang lambertt la jadinya 😜).
Bila dah turun, fuhh legaaa sebab kat bawah tu sejuk sikit. Nasib baik jugak aku bawak kipas sebab memang panas sangat atas tu. Jadi bawak la kipas kalau nak explore kapal korek ni ye.
![]() |
| Posing depan kapal korek TT5 |
Next entry, meneroka Maze Park di TT5 pulak. Stay tuned!








25 Comments
Wahh best dapat experience masuk kapal ni. Boleh singgah kalau balik Perak. Thanks for sharing Carneyz.
ReplyDeleteSama2 Kak Mulan. Ni pun saya tau pasal tempat ni lepas baca blog Kak Retna hehe.
DeleteLombomg banyak sekarang orang kambus, buat tasik, atau bela ikan dan itik.. nampak gayanya aku kene cari masa untuk eksplore negeri sendiri ni... macam 10% atau kurang je yang aku dah jejak...
ReplyDeleteYe, sebelah lombong ni pun dieorg buat waterpark Escape Ipoh. Macam syok je hehe
DeleteMenarik juga dapat masuk kapal korek ni. Tak pernah masuk lagi.
ReplyDeleteKiteorg pun first time jugak hari tu. Saja bawak anak2 lawatan sambil belajar hehe
DeleteWah menarik juga ni bisa ikut melihat sejarah perlombongan, bahkan masuk ke dalam kapal korek.
ReplyDeleteTapi saya tak bisa bayangkan betapa panasnya suhu di dalam sana. Apalagi sambil pakai safety harness, hihihi.
Spot wisata yang cukup menarik ni mbak Carneyz.
Ya, menarik untuk bawa anak-anak belajar tentang sejarah ekonomi negara Malaysia satu masa dulu 😄 tapi rasanya kurang sesuai untuk bawa anak-anak yang masih kecil lagi ke sini hehe
DeleteTahniah dah sampai sini hehe... Masa kitorg pergi dulu takde lagi kena scan muka rasanya. Ada tak guide tu bgtau kenapa lelaki je yg keja atas kapal korek tu? Hehe ..
ReplyDeleteMasa kiteorg pergi dah takde guided tour lagi sis. Tour sendiri2 je. Mesti sbb takde toilet kat atas kapal korek ni kan? haha
DeleteBagus bab keselamatan diutamakan. Kira mencabar jugalah lawatan ke kapal korek ni kan.
ReplyDeleteUntuk orang yang sakit lutut dan gayat, mencabar jugak la kak Ujie hihi
DeleteTak pernah sampai lagi tempat ini.
ReplyDeleteJauh gak tempat ni, tapi bagus bawak anak2 ke sini boleh belajar sejarah perlombongan satu masa dulu 👍🏻
DeleteWah skrg dah kena scan muka ye.. time kita pegi msk camtu je haha..pastu dl dia just bg topi putih tu je.. xde plak abah abah ni...
ReplyDeleteOo.. padahal kita pergi selang 1-2 bulan je kan. Masa kak Ret pergi tu dieorg masih buat guided tour, masa kiteorang pergi dah takde kena self explore.
DeleteSafety .bagus mcm ni..
ReplyDeleteDah tunjuk replika kapal korek bijih timah ni dekat anak².. dalam muzium negara hari tu..hihi..nak kena pergi juga..kellie Castle yang dah dekat tu pun, tak p lagi.. hahaha..malas nya.
Cuti sekolah ni boleh la ajak dieorg ke sini Linda 🤭 dah dekat rumah tu hihi
DeleteKesan Sejarah lalu ..menarik dan ramai yang nak tahu..Tanah Melayu pernah jadi jajahan..
ReplyDeleteBetul.. bila pergi tengok sendiri tempat bersejarah ni baru senang nak ingat 😄
DeleteSA dan suami suka tempat- tempat macam ni...best...gain knowledge
ReplyDeleteKiteorang pun minat tempat2 bersejarah ni.
Deletebesar jugak kapal ni siap kena pakai harness jugak tu.
ReplyDeletebestnya kapal ni. tiket masuk agak mahal, tapi berbaloi utk kita pelajari sejarah pasal kapal korek bijih timah ni. ni mcm ada vibes2 muzium feri penang yg saya baca kat blog ksarie
ReplyDeleteTak mirip kapal yaa. Saya pikir td itu bangunan gudang. Tak terbayang orang yg bekerja di dalamnya.
ReplyDeleteMemang beruntung anak2 skr, kalau belajar sejarah bisa lihat dari museum seperti ini. Bisa merasakan juga seperti apa tempatnya.
Di Indonesia Limbong timah ini yg terkenal di Belitung. Tapi saya tak pernah tahu ada museum atau tak . Peninggalannya cuma Danau (Tasik) Kaolin, yg terlihat cantik sebab air warna Turqoise, tp tak bisa disentuh atau berenang. Kandungan asam dan logamnya tinggi bekas penambangan timah.
Bagus lah kalau sampai ada museum begini
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .