Makan Malam di Restoran Caterbest @ Ipoh

Sambungan kisah jalan-jalan ke Ipoh bulan lepas. Malam tu kiteorang decide nak mencuba restoran Cina halal iaitu Restoran Caterbest. Ramai VIP dan selebriti termasuk la PMX dan Dato' Michelle Yeoh dah berkunjung ke restoran ni. Kalau tengok dekat IG dieorang, dieorang memang ada pampang sijil halal JAKIM di dalam restoran. Jadi, moh ler kita cuba.


Restoran Caterbest Ipoh
Restoran keluarga yang dah beroperasi berpuluh-puluh tahun

Restoran Caterbest
Dato' Michelle Yeoh pun pernah singgah makan kat sini

Masa kiteorang sampai, keadaan dalam restoran tak ramai sangat orang. Susun atur dalam restoran ni memang tipikal restoran Cina dengan meja bulat yang boleh menempatkan 10 orang.


Restoran Caterbest
Suasana dalam restoran

Ni menu yang kiteorang pesan malam tu:


Restoran Caterbest
Butter prawn - udangnya agak kering tapi egg floss meriah. Aku kasi rating: 7/10

Restoran Caterbest
Salted egg soft crab - sedap cuma agak kering bagi aku (dah terbiasa dengan style masakan Cina di Sarawak yang agak basah untuk hidangan ni). Rating: 8/10

Restoran Caterbest
Asparagus belacan. Rasa belacannya tak berapa kuat. Rating: 6/10

Restoran Caterbest
Aku tak ingat nama masakan ni tapi yang ni memang favourite aku dan Suami Terchenta sebab rasa wok hey yang agak kuat. Rating: 9/10

Mungkin makanan yang kiteorang pesan malam tu bukan specialty kat situ kot, sebab tu aku tak rasa macam wow sangat makan kat sini. Kiteorang pesan jus tembikai satu jug, mak aihhhhh besorr jug air tu. Gigih nak menghabiskan air tembikai tu, dengan portion makanan pun agak besar jugak kat situ.

Kesimpulannya, ada sijil halal, tempat selesa, portion makanan dan minuman besar, makanan just ok je bagi aku.

Post a Comment

31 Comments

  1. Rupanya asparagus boleh dibuat goreng belacan ye... Sedap jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mmg favourite saya klu ke restoran masakan Cina, asparagus belacan 😋. Tapi yg kat sini rasa belacannya tak berapa kuat.

      Delete
  2. kalau restoan cina saya suka goreng telur masin.. dengan goreng butter.. tu je feberet saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kiteorg pun selalu order salted egg dengan goreng butter. Salted egg tu suka klu basah2 sikit.

      Delete
    2. salted egg suka basah.. goreng butter suka kering kering.. yumm

      Delete
  3. Replies
    1. Alamak haha. Takpe nanti bukak puasa akak pergi kedai Cina Muslim boleh order ni 😅

      Delete
  4. ada sijil halal yakin sikit nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, ada sijil halal. PMX pun pernah makan kat sini

      Delete
  5. Restoren lama
    Gaya pun masih lama
    Tp menarikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Nur. Mmg old school restoran ni hehe

      Delete
  6. Selalu gi makan Mi tarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi tarik tu memang dari negara China betul.

      Delete
  7. saya kalau makan restoran cina, suka pesan any dish yg berasaskan salted egg :D
    dari segi harga dia okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia bukan harga ekonomi 😅 mmg standard makan kat kedai Cina agak pricey sikit. Boleh check dekat Google review sbb ada orang upload menu dengan harga makanan kat kedai ni

      Delete
  8. Terkadang kalau restoran menyajikan banyak sangat menu, memang susah nak cari yg wow nya. Tak mungkin specialty dia ada pada semua menu. Tp selagi halal, tempat nyaman, oke lah yaa 😄👍sayapun sukaaa kalau makanan yg digoreng msh tercium aroma smokey atau wok nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beranggapan kerana kedai ni agak terkenal jadi semua menunya sedap. Tapi mungkin sebab dah terbiasa dengan masakan Cina di Sarawak jadi kurang kena di lidah saya 😅 ya, saya suka kalau makanan yang ada rasa smokey atau wok hey tu

      Delete
  9. Nampak pun sedap.... Yang penting ada sijil halal, kan?

    ReplyDelete
  10. Banyak makanan Puan Carneyz bagi markah rendah kecuali yang terakhir itu. Mungkin bukan semua orang suka.
    Apapun yang penting halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin menu yang saya pesan tu bukan menu istimewa di restoran tu 😅 ada tempat lain yang bagi saya lebih menepati selera kami sekeluarga

      Delete
  11. Sini x sempat nak pergi masa tu sebab SA balik hari kan...kena repeat lagi sekali ke apa ni...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh ni repeat banyak kali pun takpe sebab tempat best! 👍🏻

      Delete
  12. Ala ala hotel tempat makan ni, meja bulat di tata rias, cantik..Subahanallah,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang tipikal restoran Cina, meja bulat sesuai untuk kumpulan besar 😄

      Delete
  13. siap buh sijil halal kat signboard kedai lagi. senang orang tau situ halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bijak owner restoran ni mohon sijil halal supaya dapat tarik ramai pelanggan Muslim 👍🏻

      Delete
  14. Kami pula terjumpa Tan Sri Michelle Yeoh di kedai Nasi Ganja. Senang kalau paparkan ada sijil Halal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dah dapat Tan Sri ye dia? Ingatkan masih Dato' lagi 😄

      Delete
  15. Kalau Tan Sri Michelle Yeoh tu memang Ipoh Mali la... Kikiki

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .