Sambungan kisah jalan-jalan ke Ipoh bulan lepas. Malam tu kiteorang decide nak mencuba restoran Cina halal iaitu Restoran Caterbest. Ramai VIP dan selebriti termasuk la PMX dan Dato' Michelle Yeoh dah berkunjung ke restoran ni. Kalau tengok dekat IG dieorang, dieorang memang ada pampang sijil halal JAKIM di dalam restoran. Jadi, moh ler kita cuba.
 |
| Restoran keluarga yang dah beroperasi berpuluh-puluh tahun |
 |
| Dato' Michelle Yeoh pun pernah singgah makan kat sini |
Masa kiteorang sampai, keadaan dalam restoran tak ramai sangat orang. Susun atur dalam restoran ni memang tipikal restoran Cina dengan meja bulat yang boleh menempatkan 10 orang.
 |
| Suasana dalam restoran |
Ni menu yang kiteorang pesan malam tu:
 |
| Butter prawn - udangnya agak kering tapi egg floss meriah. Aku kasi rating: 7/10 |
 |
| Salted egg soft crab - sedap cuma agak kering bagi aku (dah terbiasa dengan style masakan Cina di Sarawak yang agak basah untuk hidangan ni). Rating: 8/10 |
 |
| Asparagus belacan. Rasa belacannya tak berapa kuat. Rating: 6/10 |
 |
| Aku tak ingat nama masakan ni tapi yang ni memang favourite aku dan Suami Terchenta sebab rasa wok hey yang agak kuat. Rating: 9/10 |
Mungkin makanan yang kiteorang pesan malam tu bukan specialty kat situ kot, sebab tu aku tak rasa macam wow sangat makan kat sini. Kiteorang pesan jus tembikai satu jug, mak aihhhhh besorr jug air tu. Gigih nak menghabiskan air tembikai tu, dengan portion makanan pun agak besar jugak kat situ.
Kesimpulannya, ada sijil halal, tempat selesa, portion makanan dan minuman besar, makanan just ok je bagi aku.
31 Comments
Rupanya asparagus boleh dibuat goreng belacan ye... Sedap jugak tu
ReplyDeleteNi mmg favourite saya klu ke restoran masakan Cina, asparagus belacan 😋. Tapi yg kat sini rasa belacannya tak berapa kuat.
Deletekalau restoan cina saya suka goreng telur masin.. dengan goreng butter.. tu je feberet saya..
ReplyDeleteAah kiteorg pun selalu order salted egg dengan goreng butter. Salted egg tu suka klu basah2 sikit.
Deletesalted egg suka basah.. goreng butter suka kering kering.. yumm
Deletetgh puasa tgk menu2 tu...lapar
ReplyDeleteAlamak haha. Takpe nanti bukak puasa akak pergi kedai Cina Muslim boleh order ni 😅
Deleteada sijil halal yakin sikit nak makan
ReplyDeleteAah, ada sijil halal. PMX pun pernah makan kat sini
DeleteRestoren lama
ReplyDeleteGaya pun masih lama
Tp menarikk
Betul tu Cik Nur. Mmg old school restoran ni hehe
DeleteSelalu gi makan Mi tarik je.
ReplyDeleteMi tarik tu memang dari negara China betul.
Deletesaya kalau makan restoran cina, suka pesan any dish yg berasaskan salted egg :D
ReplyDeletedari segi harga dia okay tak?
Harga dia bukan harga ekonomi 😅 mmg standard makan kat kedai Cina agak pricey sikit. Boleh check dekat Google review sbb ada orang upload menu dengan harga makanan kat kedai ni
DeleteTerkadang kalau restoran menyajikan banyak sangat menu, memang susah nak cari yg wow nya. Tak mungkin specialty dia ada pada semua menu. Tp selagi halal, tempat nyaman, oke lah yaa 😄👍sayapun sukaaa kalau makanan yg digoreng msh tercium aroma smokey atau wok nya
ReplyDeleteSaya beranggapan kerana kedai ni agak terkenal jadi semua menunya sedap. Tapi mungkin sebab dah terbiasa dengan masakan Cina di Sarawak jadi kurang kena di lidah saya 😅 ya, saya suka kalau makanan yang ada rasa smokey atau wok hey tu
DeleteNampak pun sedap.... Yang penting ada sijil halal, kan?
ReplyDeleteYa Uncle ada sijil halal
DeleteBanyak makanan Puan Carneyz bagi markah rendah kecuali yang terakhir itu. Mungkin bukan semua orang suka.
ReplyDeleteApapun yang penting halal.
Mungkin menu yang saya pesan tu bukan menu istimewa di restoran tu 😅 ada tempat lain yang bagi saya lebih menepati selera kami sekeluarga
DeleteSini x sempat nak pergi masa tu sebab SA balik hari kan...kena repeat lagi sekali ke apa ni...hahahahaha
ReplyDeleteIpoh ni repeat banyak kali pun takpe sebab tempat best! 👍🏻
DeleteAla ala hotel tempat makan ni, meja bulat di tata rias, cantik..Subahanallah,.
ReplyDeleteNi memang tipikal restoran Cina, meja bulat sesuai untuk kumpulan besar 😄
Deletesiap buh sijil halal kat signboard kedai lagi. senang orang tau situ halal.
ReplyDeleteYa, bijak owner restoran ni mohon sijil halal supaya dapat tarik ramai pelanggan Muslim 👍🏻
DeleteKami pula terjumpa Tan Sri Michelle Yeoh di kedai Nasi Ganja. Senang kalau paparkan ada sijil Halal kan.
ReplyDeleteOh, dah dapat Tan Sri ye dia? Ingatkan masih Dato' lagi 😄
DeleteKalau Tan Sri Michelle Yeoh tu memang Ipoh Mali la... Kikiki
ReplyDeleteKampung dia ke Ipoh tu? Baru tau 🤭
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .