Sambungan kisah Mothers' Day. Petang tu aku ajak anak-anak dan Suami Terchenta ke Taman Tasik Titiwangsa bermain basikal. Dah lama dieorang tak ke sini, jadi walaupun hujan rintik-rintik tapi dieorang happy sebab dapat main basikal.
Aku dan Suami Terchenta ambik basikal yang naik berdua, manakala anak-anak pulak nak basikal seorang satu.
![]() |
| Dah lama tak buat aktiviti berbasikal bersama-sama |
![]() |
| Ramai jugak orang yang bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa walaupun masih hujan rintik-rintik |
Kiteorang berbasikal sampai dekat Maghrib. Si adik tu bila penat, dia nak tumpang basikal ayahnya jadi kiteorang pun bertukar basikal.
![]() |
| Anak manja seorang ni memang taknak berenggang dengan bapaknya langsung! |
Sebelum balik, kiteorang singgah makan malam di Dapur Sarawak. Sedapnya menghirup sup mi kolok dalam cuaca sejuk tu!
![]() |
| Sambutan Hari Ibu yang sederhana tapi membahagiakan dengan Suami Terchenta dan anak-anak |




28 Comments
Seru betul basikal bersama keluargaaaa.
ReplyDeleteIstri saya pun skrg sedang hobi naik basikal. Kalau antar anak ke sekolah, pasti lah naiknya itu.
Cuma basikal istri tak berani saya coba. Takut roboh, tak kuat shockbreakernya, hahaha
Ini mesti basikal wife tu utk ladies ya 😅
DeleteTeringin juga nak bawa Najla kayuh basikal. Tapi tu lah tak tahu bila
ReplyDeleteKena bawak naik basikal yang berdua tu Shai hehe
Deletebestnya dpt cycling satu family!! precious moments indeed!!
ReplyDeleteYa MZ, dah lama kiteorg tak buat aktiviti berbasikal ni 🤭
Deletebestnya dapat beriadah macam ni.. dapat refresh otak dan sihatkan badan.. eksesais sikit sikit..
ReplyDeleteTu la budak2 tu balas dendam berbasikal sampai dekat2 Maghrib baru nak balik 😜
DeleteMenarik aktiviti ni 👍🏻
ReplyDeleteSekali-sekala kena paksa anak-anak keluar beriadah 🤭
DeleteSeronok nya... Rasa macam naik MRT boleh sampai kat Titiwangsa ni..nak cuba la petang nanti ke..esok ke..hahaha
ReplyDeleteCuba Linda, jangan tak cuba hehe
DeleteBila entah nak try mi kolok Sarawak ni.
ReplyDeleteKalau datang KL, Cie boleh singgah ke Dapur Sarawak. Mi kolok yang paling sedap di KL ni bagi saya la 😄
DeleteAmboi, adik.. ngelatlah tu tak nak kayuh, hihi.
ReplyDeleteDia ni apa2 memang suka nak menempel dekat bapak je SK 🤭 kadang2 maknya jeles jugak tengok hihi
DeleteUuuuiiii! Dah lama tak makan mi kolok!
ReplyDeleteAjak la Aunty jalan2 ke Kuching boleh singgah makan mee sapi Hj Salleh di kafe Sepinang Sari kat sana 🤭
Deletesronok beriadah berbasikal dgn family...lps tu semestinya acara makan2
ReplyDeleteHaah lepas berbasikal sejam lebih, masing2 kelaparan hehehe
Deletewaaahhh syoknyaaaaa cycling 1 family kat taman tasik titiwangsa! view pon cantik! hehehe
ReplyDeleteSeronok sebab dah lama tak buat aktiviti ni hehe
Deletemain basikal dalam hujan ke tuuu. bestnya ronda2 taman naik basikal je
ReplyDeleteYe sis, ala2 dalam cerita Hindustan berbasikal berdua dalam hujan 🤣
DeleteBestnya aktiviti Hari Ibu macam ni! Walaupun hujan rintik-rintik, tetap happy dapat kayuh basikal satu keluarga kat Taman Tasik Titiwangsa. Kelakar pulak baca bab si adik yang dah penat terus nak 'menempel' tumpang basikal bapak dia, taknak berenggang langsung ya! 😄 Precious moments betul.
ReplyDeleteAah SA, adik tu mmg rapat dengan bapak dia. Masa kecik dulu taknak mengaku tu bapak dia! 😝 Dah besar, sibuk ke hulu ke hilir dengan bapak je. Macam2 la si adik ni 🤣
DeleteSelamat Hari Ibu... Biasalah si bongsu kan..nasib la dua beradik jer takde la bergaduh nak dekat dgn ayah hahahaa
ReplyDeletehujan pun hujan laa janji dpt keluar rumah dan mkn2 ;-)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .