Mothers' Day Edisi Bersama Keluarga

Sambungan kisah Mothers' Day. Petang tu aku ajak anak-anak dan Suami Terchenta ke Taman Tasik Titiwangsa bermain basikal. Dah lama dieorang tak ke sini, jadi walaupun hujan rintik-rintik tapi dieorang happy sebab dapat main basikal.

Aku dan Suami Terchenta ambik basikal yang naik berdua, manakala anak-anak pulak nak basikal seorang satu. 


Taman Tasik Titiwangsa
Dah lama tak buat aktiviti berbasikal bersama-sama

Taman Tasik Titiwangsa
Ramai jugak orang yang bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa walaupun masih hujan rintik-rintik

Kiteorang berbasikal sampai dekat Maghrib. Si adik tu bila penat, dia nak tumpang basikal ayahnya jadi kiteorang pun bertukar basikal.


Taman Tasik Titiwangsa
Anak manja seorang ni memang taknak berenggang dengan bapaknya langsung!

Sebelum balik, kiteorang singgah makan malam di Dapur Sarawak. Sedapnya menghirup sup mi kolok dalam cuaca sejuk tu!


mi kolok
Sambutan Hari Ibu yang sederhana tapi membahagiakan dengan Suami Terchenta dan anak-anak

Post a Comment

28 Comments

  1. Seru betul basikal bersama keluargaaaa.
    Istri saya pun skrg sedang hobi naik basikal. Kalau antar anak ke sekolah, pasti lah naiknya itu.
    Cuma basikal istri tak berani saya coba. Takut roboh, tak kuat shockbreakernya, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mesti basikal wife tu utk ladies ya 😅

      Delete
  2. Teringin juga nak bawa Najla kayuh basikal. Tapi tu lah tak tahu bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bawak naik basikal yang berdua tu Shai hehe

      Delete
  3. bestnya dpt cycling satu family!! precious moments indeed!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya MZ, dah lama kiteorg tak buat aktiviti berbasikal ni 🤭

      Delete
  4. bestnya dapat beriadah macam ni.. dapat refresh otak dan sihatkan badan.. eksesais sikit sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la budak2 tu balas dendam berbasikal sampai dekat2 Maghrib baru nak balik 😜

      Delete
  5. Replies
    1. Sekali-sekala kena paksa anak-anak keluar beriadah 🤭

      Delete
  6. Seronok nya... Rasa macam naik MRT boleh sampai kat Titiwangsa ni..nak cuba la petang nanti ke..esok ke..hahaha

    ReplyDelete
  7. Bila entah nak try mi kolok Sarawak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang KL, Cie boleh singgah ke Dapur Sarawak. Mi kolok yang paling sedap di KL ni bagi saya la 😄

      Delete
  8. Amboi, adik.. ngelatlah tu tak nak kayuh, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni apa2 memang suka nak menempel dekat bapak je SK 🤭 kadang2 maknya jeles jugak tengok hihi

      Delete
  9. Uuuuiiii! Dah lama tak makan mi kolok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak la Aunty jalan2 ke Kuching boleh singgah makan mee sapi Hj Salleh di kafe Sepinang Sari kat sana 🤭

      Delete
  10. sronok beriadah berbasikal dgn family...lps tu semestinya acara makan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lepas berbasikal sejam lebih, masing2 kelaparan hehehe

      Delete
  11. waaahhh syoknyaaaaa cycling 1 family kat taman tasik titiwangsa! view pon cantik! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebab dah lama tak buat aktiviti ni hehe

      Delete
  12. main basikal dalam hujan ke tuuu. bestnya ronda2 taman naik basikal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis, ala2 dalam cerita Hindustan berbasikal berdua dalam hujan 🤣

      Delete
  13. Bestnya aktiviti Hari Ibu macam ni! Walaupun hujan rintik-rintik, tetap happy dapat kayuh basikal satu keluarga kat Taman Tasik Titiwangsa. Kelakar pulak baca bab si adik yang dah penat terus nak 'menempel' tumpang basikal bapak dia, taknak berenggang langsung ya! 😄 Precious moments betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SA, adik tu mmg rapat dengan bapak dia. Masa kecik dulu taknak mengaku tu bapak dia! 😝 Dah besar, sibuk ke hulu ke hilir dengan bapak je. Macam2 la si adik ni 🤣

      Delete
  14. Selamat Hari Ibu... Biasalah si bongsu kan..nasib la dua beradik jer takde la bergaduh nak dekat dgn ayah hahahaa

    ReplyDelete
  15. hujan pun hujan laa janji dpt keluar rumah dan mkn2 ;-)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .