Zaman aku bekerja dulu, aku banyak travel untuk business trip. Kadang-kadang setiap minggu kena travel dan pernah sekali, aku terpaksa packing 2 luggage sebab travel back to back. Balik dari meeting di Terengganu, esok paginya terus fly ke KK pulak.
Disebabkan kerja aku memerlukan aku selalu travel short trip (selalunya 3-5 hari), jadi aku beli luggage jenama yang kualitinya tahan lasak dan lasting. Takde la pening kepala nak hadap masalah zip tetiba putus, luggage handle patah atau luggage pecah / terkoyak masa travel. Travel pun dah penat, pastu kena fokus pulak dengan kerja, jadi for peace of mind, aku invest in luggage dari jenama yang dipercayai macam Samsonite dan Airways.
Luggage Samsonite tu aku beli masa aku tengah pregnant dengan anak no. 2. Bermakna dah 14 tahun aku pakai untuk travel ke mana-mana. Zip, badan luggage dengan handle tarik tu masih elok lagi. Cuma roda depannya je dah rosak:
![]() |
| Getah roda ni dah tercabut jadi bila tarik, tak berapa smooth dan tak balance |
![]() |
| Marilah kita bawak ke service centre untuk tukar roda luggage ni |
Memandangkan aku nak travel lepas raya haji ni, jadi aku pun hantar luggage ni ke Samsonite Repair & Service Centre untuk menukar roda yang rosak. Di KL ada satu je service centre Samsonite iaitu di Taman Connaught, Cheras. Jarak dari rumah aku ke sini mengambil masa lebih kurang setengah jam.
![]() |
| Satu-satunya pusat servis Samsonite rasmi di Kuala Lumpur |
![]() |
| Kena naik tangga ke tingkat satu |
![]() |
| Pusat ni bukan setakat membaiki kerosakan beg tapi jugak menjual beg dan aksesori travel dari jenama Samsonite dan American Tourister (jenama yang dimiliki oleh Samsonite) |
Surprisingly harga yang dikenakan tak la terlalu mahal. Memandangkan roda depan yang rosak, jadi kedua-dua roda depan kena tukar supaya balance. Harga yang dikenakan cuma RM80. Jimat banyak daripada kena beli luggage baru 😅.
Selepas membayar harga untuk tukar roda luggage, staff di pusat servis ni bagi resit digital dan bagitau akan ambik masa seminggu baru siap. Nasib baik aku hantar awal, jadi takde la kalut. Since aku hantar luggage tu minggu lepas, hari ni dah dapat Whatsapp bagitau luggage dah boleh diambil.
Alhamdulillah, hasil kerja memuaskan dan roda luggage pun smooth je. Harap-harap tahan lama.
Jadi kalau korang yang ada luggage Samsonite yang perlu diservis, boleh la hantar ke Samsonite Repair & Service Centre ni. Untuk servis tukar roda luggage ni, tempoh waranti ialah sebulan. OK la tu ada waranti daripada takde langsung.





10 Comments
Terima kasih atas perkongsiannya. Semoga bermanfaat pada yang nak repair beg samsonite ini.
ReplyDeleteSama2. Daripada beli baru baik hantar repair. Jimat duit 😄
DeleteKalau sering traveling, memang harus beli koper yang proper ya mbak. Samsonite ini tahan banting pula, sampai belasan tahun pun masih bertahan dan hanya perlu sedikit reparasi.
ReplyDeletekalau saya mah, belum kebeli koper macam ini. Belinya koper murah di shopee, harganya hanya Rp. 200.000 hihihi. Bahannya tipiiiiiissss sekali
Ya, itu la dalam fikiran saya dulu, kerana semasa bekerja dulu memang selalu traveling for work. Beg ni tahan lama, sudah belasan tahun tapi masih bagus kondisinya cuma rodanya saja yang perlu ditukar 😃
DeleteOh ya blog Fajar sudah boleh masuk ya? Semalam dan kelmarin saya cuba tapi tak boleh.
waaaa ok sgt tu regenya!! i pernah tau tukar roda beg gini...tak ingat brand apa ie beg yg i pinjam adik i punya...rosak tayar sbb i heret atas jln tar (rasa2nya masa i gi tokyo 2018)..so i gi tukar all 4 wheels, kena dekat RM300+ laaa cajnya--rasa2nya dia caj RM80 utk per wheel!! kat one utama (ada kedai area basement).serik rasa sbb mahal kannn..dan serik dah nak meminjam beg hahah lps tu beli jer beg baru kat shopee! zmn tu i tak reti beli beg kat shopee lagiiiii...pnjg plak i mengomen
ReplyDeleteWah, sekali pakai je dah rosak ye. Fuh, bukan main lagi kedai tu caj harga roda beg sampai RM300+! 😮 memang cekik darah betul. Mujur kat sini dia caj RM80 je utk tukar 2 roda kat depan tu.
DeleteElok la beli yang tahan lasak. Samsonite ni memang terkenal dengan kualitinya....
ReplyDeleteYa sis Ezna, masa beli luggage tu mmg cari jenama yg tahan lasak dan tahan lama sebab banyak travelling. Yang bagusnya Samsonite ni siap ada official service centre lagi jadi kalau rosak boleh hantar repair kat sini.
DeleteLGS ingat koper yg saya nak bawa ke KL dan Mongolia nanti, juga perlu diganti rodanya 😅😅😅. Memang kalau beli Luggage yg ada brand ternama , kita tenang lah. Krn biasanya memang awet dan tahan lama. 👍👍. Untuk yg sering dan rutin traveling penting membeli koper yg qualitynya bagus
ReplyDeleteberbaloi beli luggagge mahal dan tahan lasak...
ReplyDeleteagak murah juga kos nak baiki
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .