Bila Suami Terchenta 'Mengidam'...

Hari Sabtu lepas.

Tetiba Suami Terchenta kata, "Jom, kari kepala ikan!"

Kat mana lagi, kalau tak di D'Tugu View Cafe ni.


D'Tugu View Cafe
Kari kepala ikan merah yang 'berhantu'

Aku layankan aje la janji tak payah masak hihi. Kami pergi bertiga je sebab Khayla ada program belajar tentang kaedah penyembelihan di sekolah. Dia punya excited balik tu siap tunjuk video kawan sekelas dia sembelih ayam 🤭. Memang tak la aku nak tengok sebab aku ni hati ayam, eh, hati tisu. Pernah sekali masa aku mengandung Khayla, aku tak sanggup nak makan telur ayam sebab aku rasa macam tak adil makan anak ayam padahal diri-sendiri tengah pembawakan anak 😜. Gitu sekali overthinking ye. Nasib baik perangai tu masa pregnant je. Tapi sampai sekarang Khayla tak makan telur ayam.

Eh, menyimpang pulak cerita pasal ayam padahal cerita asalnya tentang keluar makan kari kepala ikan hihi.

Sampai je kat sana Suami Terchenta terus la pergi pilih kepala ikannya. Aku pergi ambik nasi dan lauk lain (sambal tempe dengan kacang panjang). Bila staff kedai hantar kari kepala ikannya ke meja, terbeliak mata aku tengok. Mak aiiii besarnya kepala ikan yang dia pilih! Aku tanya la berapa harga ni? Fuhhh... RM75 gais. Suami Terchenta tersengih-sengih je. Alasannya banyak sikit isi.

Macam biasa ikannya segar dan manis. Hirisan mangga muda tu bagi rasa kari tu lebih ada 'ooomph'. Kuah karinya pekat, bau kari tu melekat kat tangan sampai ke malam. Tapi macam yang aku sangka, memang tak habis jadi kena tapau bawak balik. Yang best nya bila kiteorang nak tapau, dieorang bagi kuah lebih jadi boleh simpan buat makan dengan roti canai jugak.

Alhamdulillah, kenyang sampai pengsan kami berdua bila sampai ke rumah 🤣. Penangan kari kepala ikan merah ni 🤭. Korang dah pernah cuba tak?

Post a Comment

40 Comments

  1. Setalam kari kepala ikan. Memang tak habis la kalau makan berdua je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cie. Kuahnya tu masih simpan lagi in case nak makan dgn roti canai utk sarapan di rumah.

      Delete
  2. when the king is happy, the whole kingdom is happy hehheeh asalkan tercapai hasrat hati nak mkn apa yg diidamkan gitu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, jarang2 my husband mengidam tapi sekali dia mengidam tu mmg bukan kaleng2 lag hehe. I follow je janji tak payah memasak hari tu hihi

      Delete
  3. Menarik betul kari kepala ikan, siap ada hirisan mangga muda lagi. Tersengih-sengih tu memang rasa happy sangat ye ST.
    Bab kepala ikan... saya suka matanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari kepala ikan ni memang legend di KL. Setiap kali datang rasanya tak berubah tetap sama - pekat dan sedap secukup rasa! 👍🏻

      Delete
  4. Wahhh.. sampai begitu pembawakannya dan kesiannya sampai Khayla tak makan telur ayam ke? Tak tahu la nak kelakar ke apa, tapi macam logik jugak fikiranmu itu, Carneyz.. hehehe. Kari kepala ikan RM75, tapi berbaloi la kalau banyak isi, siap boleh bawa balik tu maknanya banyak sangat tu, puas makan la boleh cicah roti pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Itulah macam2 benda pelik berlaku time pregnant. Nampak telur ayam boleh pulak kesian dgn anak ayam sambil usap perut sendiri 🤣

      alhamdulillah memang banyak siap tambah kuah lagi bila kami request bungkus bawak balik. Kalau ke KL ajak la PI ke sini sbb dia peminat kari kepala ikan jugak kan, SK?

      Delete
  5. mukadimah pasal ayam tu buat saya terhiburla kak!
    besarnya kari kepala ikan tu! memang tak mampu nak habiskan on the spot ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ada jugak orang terhibur dgn kisah tu 🤣

      Kari kepala ikan tu mmg besar, patut makan utk 4-5 orang tapi anak no. 2 tak makan kari so kiteorg berdua je la yang makan. Tak habis mmg kena tapau balik hehe

      Delete
  6. Mengiurkan tgk kari kepala ikan tu
    Encik suami memgidamm
    He hee baik isterinya melayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde la minat kari kepala ikan sangat tapi yg ni memang legit sedap, Cik Nur. Berbaloi harga RM75 tu sebab isi ikan manis dan segar 👍🏻

      Delete
  7. linda tak makan kepala ikan.. hahhaa.. tapi kalau nak yang murah, request dekat mak teh suami linda je... sebab pak teh memang kaki mancing, kadang tu ikan beso2 bawak balik.. mak teh punya gulai plak, memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya ada pakcik kaki mancing 👍🏻

      Delete
  8. hahaha, saya pun terkadang mengidam macam ni mbak Carneyz. Tapi kebetulan kalau saya tak suka sama ikan, jadi ngidamnya lain.
    Biasanya saya mau makan di AYCE je. Biar murah, tapi kenyanggggg hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain tekak lain makanan yang diidamkan 😅 tepuk dada tanya selera ya hihi.

      Delete
  9. oo..ada restoran fish head curry kat atas tu..dah lama x pergi area ni..berbaloi, boleh makan 2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak nohas. Tempat ni sebelum sampai ke pintu masuk Taman Tugu tu. Hidden gem orang kata hihi

      Delete
  10. Fuh! jun pun ada perasaan 'mengidam' juga ye. Aku selalu mampu 'teringin' je. kekadang tak dapat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jarang2 mengidam, selalu wife je yg mengidam hihi

      Delete
  11. pernah nak datang sini tapi tutup hari ahad...kecewa betul
    kari kalau melekat bau di tangan tu maknanya sedapnya bukan main2,lagi lama bau melekat lagi terbayang2 kari nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai belum rezeki Afzan lagi nampaknya. Kena datang hari Sabtu kot sebab kiteorg pergi ni hari Sabtu.

      Delete
  12. Pernah makan kari kepala ikan kg attap. Tempat Carneyz makan lagi murah la. Yang kami makan mahalnya lehai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pernah ternampak restoran yang Sis Ezna pergi tu. Mantap tak kari kepala ikannya? 🤭

      Delete
  13. Adudu, telioq tengok kari kapla ikan ni sis... Besar kepala ikannya mmg tersandar kekenyanganlah nak menghabiskannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sis besar mmg tak habis kena tapau balik hihi. Balik rumah tu terpengsan dibuatnya penangan kari kepala ikan yang pekat dan kaw2 ni 👍🏻

      Delete
  14. Sis kalau makan kari kepala ikan, selalu di Nasi Kandar Hijrah, mantapp karinya.. tapi tidaklah makan berdua, ajerr terbuntang kenyang hahahaha.. harga dia tu okayy laa sebab nampak besar kaplanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bila jumpa tempat yg serve kari kepala ikan mantap mmg berkali2 la pergi. Kiteorg berdua je yg layan kari kepala ikan, anak2 mmg tak la hihi

      Delete
  15. Hahaha kitrg lama x pegi situ... rasa harga dah mahal sgt ... tp x dinafikan kari dia mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Dulu lagi murah ye? Kari dia konsisten je rasanya, pergi berkali2 tetap sama sedap

      Delete
  16. Suami mengidam? Ada orang nak dapat adik ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Laki mengidam takde makna selain gantung kuali hari utk hari tu 😜

      Delete
  17. Pernahhhh,,kat tugu gak..masa rehat hari Jumaat beberapa tahun lepas..abg driver boss yang blanje...ni SA baru cakap ngan husband...jom belanja SA makan kari kepala ikan kat Tugu..teringin..dia kata dia x makan kari kepala ikan...eh..eh...x nak eprgi sudah..nanti SA ajak geng makan kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Bawak je dia pergi SA, confirm dia tukar fikiran lepas tu 😜 saya dulu pun tak minat sangat kari kepala ikan tapi yg ni memang 👍🏻 terus tersuka jugak lepas makan kari kepala ikan kat D'Tugu ni.

      Delete
  18. Omg ini Raka bisa kalap 🤣🤣🤣🤣. Tp yg suka kepala ikan cuma dia. Kalau saya LBH suka ekor. Cuma kalau makan pakai kuahnya saja tak apalah. Pesan lauk lain.

    Btw, saya salfok pas baca teman sekelas khayla sembelih ayam 😱😱😱😱😱😱. Berarti kan masih seusia anak saya yaaa. Tak bisa bayangkan ada yg sudah mahir sembelih dengan benar 😅😅. Takut pula lihatnya juga. Mentalnya hebat kalau bisa 👍👍👍. Saya lihat darah saja, dah lemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini ada juga jual bahagian badan / ekor tapi suami saya lebih cenderung pilih bahagian kepala hehe.

      Khayla ni lebih tua, yang sebaya Fylly itu adiknya, Khadeeja. Ya samaa, saya tak bisa lihat orang sembelih haiwan, takut nanti kesian tak boleh makan pulak 😅

      Delete
  19. Replies
    1. Tempat ni mmg legend kak Mulan. Saya ni yang tak minat sangat kari kepala ikan pun setuju kari kepala ikan kat sini sedap 👍🏻

      Delete
  20. x berani nak cuba sebab tahu harga kari kepala ikan ni tak ada yg mur mur hehehe
    tp mmg besar betul saiznya tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah ajak kawan2 atau satu ofis makan kat sini sbb portion besar hehe. Paling best kalau dapat mintak boss belanja 🤣

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .