Khamis lepas, sepatutnya Khadeeja ada kelas tambahan subjek Sains di sekolah. Dah keluar rumah baru dapat mesej kelas dibatalkan sebab cikgu-cikgu terlibat dengan mesyuarat sekolah. Malas pulak nak patah balik naik ke atas sbb lepas tu aku nak terus ke The Campus Ampang pergi ke HOOGA Backyard Clearance sale.
Sudahnya kiteorang end up ke D7 Sentul, breakfast di TODAY'S by Dalton.
Aku pilih tiramisu latte dan milk chocolate croffle. Khadeeja pilih matcha latte dan bueno bueno croffle.
![]() |
| OK la, not bad jugak kopi tiramisu ni ek. |
![]() |
| Breakfast yang manis pagi tu. Jarang-jarang ambik makanan manis untuk breakfast sejak kebelakangan ni sebab taknak gula dalam darah aku spike. |
Aku prefer croffle dari waffle sebab tekstur croffle ni lebih ringan dan tak sepadat waffle. Sebenarnya croffle ni dibuat dari doh croissant tapi dalam bentuk waffle. Sebab tu rasanya lebih mirip croissant dari waffle.
Harga standard la kafe hipster. Sekali-sekala boleh la layan tapi kalau selalu sangat boleh kering poket tengah-tengah bulan ðŸ¤.


2 Comments
Bukan kering jerr tekak, bacaan gula pun naikk uiii hahahaha
ReplyDeleteYe betulll hahaha!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .