Semalam cuaca agak panas dan udara pun dah mula bau asap jerebu. Niat asal nak brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa terpaksa dibatalkan dan ditukar ke senaman dalam gym.
Macam biasa, sebelum pergi bersenam aku keluar breakfast dengan Suami Terchenta di restoran mamak. Lepas tu, aku gerak balik ke rumah dan Suami Terchenta pulak ke ofis.
Dekat gym aku buat senaman berjalan atas treadmill selama 30 minit je. Semalam ada satu reel ni lalu kat IG aku, coach ni kata berjalan sebenarnya tak bagi impak sangat pun untuk bakar lemak. Jadi dia cadangkan berjalan cukup buat 30 minit untuk naikkan heart rate dan diikuti dengan strength training. Aku pulak dah lama ngelat buat strength training 😅. Memang high time untuk mula balik balik strength training. Tapi disebabkan aku baru je buat fisio minggu lepas, jadi aku buat senaman yang tak terlalu strenous dan ambik masa 10 minit je iaitu lunges dan overhead press dalam satu gerakan.
![]() |
| Workout of the day |
Dah setel senaman, aku pun naik semula ke rumah untuk mandi. Tengahari pulak, mula-mula ingat nak buat wrap tuna untuk lunch, tapi tekak tak terasa nak makan wrap. Sudahnya ni la hidangan makanan tengahari aku - telur dadar, ayam goreng lauk makan malam sebelumnya, sesudu sambal penyet, nasi sebesar penumbuk, salad dan sebiji epal. Kalau ambik gambar tunjuk kat pakar pemakanan Naluri, confirm lunch ni akan dikategorikan sebagai 'moderate' je pastu disarankan tukar ke dada ayam rebus, telur rebus dan jangan letak sambal penyet 😜. Nasi tu pulak kena tukar ke beras perang. Tapi mujurlah zaman pakar pemakanan judge apa aku makan ni dah berlalu. Sekarang ni aku makan je apa aku nak janji jaga portion, gula dan garam dalam masakan 🤭.
![]() |
| Makanan tengahari yang simple |
Itu je la kot cerita hari semalam. Akhir-akhir ni aku malas nak keluar rumah jadi takde idea sangat nak menulis apa kat blog ni.


18 Comments
bab tak de idea tu...ha boleh geng lah kita..i pun tak de idea sgt niii...dan hari2 bz dgn keje, so BW pun tak sempat nak buat sgt
ReplyDeleteItulah. Sampai husband i suruh tanya chatgpt nak tulis apa kat blog sbb dah takde idea sangat hihi
DeleteCuaca tak menentu kan kejap panas dan kejap ujan
ReplyDeleteKena jga diri sendiri utk senaman
Bagus Carnez👍bersenam bila la ciknur nk rajin mcm carnez ni
Hari ni cuaca elok jadi saya singgah ke Taman Tasik Titiwangsa brisk walk sekejap sebelum sambung buat strength training di gym.
DeleteSebenarnya ikut mood jugak tu Cik Nur. Lepas raya banyak ngelat dan tak jaga makan jadi berat badan dah naik semula huhu
Dah berapa hari demam ni, mampu senam guna dumbell aja.. nak kasi kuar peluh.. nak bristwalk takut pengsan plak kat padang hahahaha..
ReplyDeleteSamalah lepas event haritu, tak keluar uma, baring layan demam.. ni hari baru ada mood nak blog walking ni
OK la tu Sislin, demam2 pun tak tinggal senaman guna dumb bell tu. Kalau saya, senaman angkat phone sambil scrolling je la kot hihi.
DeleteSyafakillah Sislin. Kena rest, badan penat sangat lepas travelling dgn pergi event kot.
Bagus sis tetap bersenam wpun dlm rumah. Jerebu ni kadang tak elok juga nak keluar rumah lama² pun
ReplyDeleteKalau udara tak berbau asap boleh lagi pergi brisk walk kat luar. Tapi semalam mmg tak tahan bau asapnya menusuk hidung. Lebih baik bersenam dalam gym yg ada aircond.
DeleteMusim Jerebu ini duk rumah je lah ye wahai orang Kuala Lumpur.
ReplyDeleteTengok cuaca jugak Shai. Hari ni clear pulak, so aku pun pergi brisk walk kat taman.
DeleteHehe kenyang ke makan banyak itu? Hmm terfikir juga hendak buat latihan kekuatan itu.
ReplyDeleteAlhamdulillah kenyang sebab banyak sumber protein dalam pinggan 😄
DeleteWak bukan takde idea, tapi kurang masa untuk berblog
ReplyDeleteBab makan beras perang tu.. kita nak beli nak try.. sekali tak laku anak2 semua tak nak makan huhu.. jenuh ayah kena masak dua kali dan nak perabis huhuu
ReplyDeletesambal penyet tu sikit nau
ReplyDeletehehhe
kena lebih sikit hahahah
Okaylah tu janji bergerak dan ada aktiviti bakar kalori. Takpe, slow-slow adjust pengambilan makanan tu. Jangan terlalu drastik.
ReplyDeletesaya pun dah sakit tekak dan rasa nak demam dah sebab jerebu ni..
ReplyDeletebaguslah ada buat senaman, jaga makan. tak lagi nampak hasil tu!
Jangan2 kita menonton reels yg sama dari salah satu influencer 🤣. Saya pun ada lihat coach, Malaysian, yg ngomong seperti itu. Kalau nak turun berat badan stabil, memang hrs strength training. Dan saya lakukan yg dia bilang 😄.
ReplyDeleteSamaaa lah Karni, saya bab makan nih, sekarang jaga porsi saja. Malas kalau terlalu ikut kata aplikasi. Yg ada stress nanti
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .