Tempat Ketiga Pertandingan Masakan Rimba

Salam Khamis kawan-kawan,

Pejam celik, kita dah masuk bulan Oktober hari ni. Lagi 2 bulan je lagi sebelum tahun 2026 melabuhkan tirainya. Berdebar pulak nak melangkah ke tahun 2027 sebab anak sulung akan menduduki peperiksaan SPM. Anak yang nak duduk SPM, mak pulak yang nervous ni huhu. Tahun ni ialah tahun terakhir dia boleh ikut aktiviti ko-kurikulum sebelum dia kena fokus untuk persediaan SPM tahun depan.

Bercakap pasal aktiviti ko-kurikulum, 2 minggu lepas anak-anak mewakili sekolah ke aktiviti perkhemahan badan beruniform peringkat kebangsaan. Sekolah dieorang hantar wakil untuk pertandingan masakan rimba dan alhamdulillah, dapat tempat ketiga.

Gambar-gambar ni anak sulung kongsi kat group whatsapp family baru-baru ni. Aku letak kat sini untuk kenangan. Syabas kepada kumpulan dieorang dan guru-guru sebab berjaya merangkul tempat ketiga dalam program peringkat kebangsaan ni 👏🏻👏🏻.

Masing-masing naik ke pentas menerima sijil dan jugak pingat gangsa:


badan beruniform
Alhamdulillah! Tahniah dan syabas buat anak-anak dan kawan-kawan sebab berjaya dapat pingat 🥉!

badan beruniform
Close up dengan sijil dan pingat ✨


badan beruniform
Bersama ustazah-ustazah dieorang merangkap guru-guru pengiring

badan beruniform
Kenangan makan dalam pinggan beramai-ramai

By the way, balik dari camping hari tu kemain dieorang kata taknak dah join camping, kiranya program tu yang pertama dan terakhir la dieorang ikut aktiviti perkhemahan macam ni. Tup-tup semalam dieorang sign up lagi gais! Hahahaha! 🤣 Mujur la kali ni camping nya satu malam je. Hari tu balik rumah siap mengadu sakit badan, tak boleh tidur, khemah sempit, panas blablabla. Ingatkan dah serik, eh tau-tau bagi nama lagi dekat ustazah nak ikut aktiviti camping lagi 🤭. Apa-apa je la korang, janji masa tu dah habis exam 😅.

Post a Comment

27 Comments

  1. bila ank nk exam besar, mmg mak yg neves skali..mcm mak yg nk exam juga...tahniah dpt tmpt ketiga...seronok la tu nk join camping lg walaupun aritu kata dh serik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam mak nya pun kena belajar utk SPM sekali kan hehe. Itulah, ingatkan dah serik, tapi bila tengok kawan join dieorg pun nak join jugak 🤭 pengaruh rakan sebaya.

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah anak²!
    PH relax kejap tahun ni, tahun depan Adik UPKK & Angah F4. Mulalah nak serabut balik hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita serabut sama2 tahun depan sis hihi

      Delete
  3. Tahniah anak sulung dan seluruh kumpulan! 👏🏻 Tempat ketiga peringkat kebangsaan bukan pencapaian kecil. Mesti bangga tengok masing-masing naik pentas menerima sijil dan pingat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 dieorg join pertandingan ni SR. Semoga makin bersemangat nak jadi wakil sekolah lagi lepas ni 😄

      Delete
  4. Whoaaa...Camping memang syok walaupun sakit sakit Dan Penat.. Timbang pengalaman gituh..Bukan selalu rasaaa..hehe..Teringat pulak sy time PLKN kena bercamping...huhu...

    Dah dewasa ni, tak join dah aktiviti camping..Takda geng rapat yg join sekali ...Malas pun iye jugak ek~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 je syok, tapi hari kedua & ketiga tak sabar nak balik rumah nak tido atas katil sendiri hehe. Akak tak pernah join aktiviti camping masa sekolah dulu 🤭 dah kawen baru ada orang ajak camping hehe

      Delete
  5. Tahniah buat anak-anak Carneyz & team 🥳
    Gambar masakan rimbanya tak ada?

    Sama macam orang hiking, menyesal penat semua ada. Lepas tu eh…pergi lagi. Yang mencabar itulah yang beri keseronokan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya tanya jugak mana gambar masakannya? Takde pulak dieorang share 😅 agaknya gitu la ye kak. Lagipun ada kawan baik join sekali tu yg seronok.

      Delete
  6. Seronok aktiviti begini
    Anak2 belajar
    Good luck ank ank carnez
    Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak pak pun seronok dapat gi dating berdua Cik Nur hihi

      Delete
  7. camping zmn2 sek memang suffer tp lps tu jd kenangan manis utk dikenang2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2nya begitu la. Tapi betul kot, klu tak manis takde la sign up sekali lagi kan? Hehe

      Delete
  8. haaa seeeeee camping tu menyeronokkan nak-nak bila dengan kawan. Moments yang you susah nak repeat bila dah berkeluarga nanti. Apa pun tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2 je la dieorg tu Ammi. Nanti balik mengadu macam2 tapi lepas tu join lagi 🫨 mak dieorg tak mampu berword-word dah hehe

      Delete
  9. Alhamdulillah tahniah atas kemenangan tu. Ingat lagi dulu lepas PMR ada masuk Race Sains & Matematik. Tak sangat pulak menang no 1. Pada hal x adalah pandai sangat subject tue. Ha ha ha.

    ReplyDelete
  10. Insyaallah si kakak lancaaaar untuk menghadapi SPM yaaa 😉🤗.

    Hahahahah tak sangka nak lagi berkemah yaa 🤣🤣. Memang macam itu, bilang kapok tak nak lagi, tapi tau2 jadi suka 🤭🤭.

    Congrats bisa menang juga 🎉🎉🎉🎉. Btw masakan rimba itu makanan macam apa yaa? Saya langsung terpikir makanan yang dibuat dari bahan2 yang didapat di rimba (hutan) 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu tahun lagi Fann tapi debarnya udah terasa. Klu lihat effort dan result skrg, ini mau si emak kena bangun tahajud setiap malam 🤣🤣 semoga tahun depan lebih bersungguh2 belajar kerana udah nggak boleh ikut program ko-kurikulum lagi bila form 5.

      Iya ikut lagi mereka 🙂‍↕️ saya fikir udah taubat nasuha nggak mau lagi, ternyata sangkaan saya meleset 😅

      Masakan rimba tu ialah bahan2 dari rimba / masakan survival rasanya. Menu yg mereka buat tu ialah nasi dalam buluh, ayam bakar sama pisang bakar. Cuma gambarnya nggak ada, bila tanya katanya lupa ambil 🤦🏻‍♀️

      Delete
  11. Eh tahun depan nak SPM dah ingatkan umur bawah 15 lagi. Seronok la tu pengalaman camping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, itu si adik, Cie. Si kakak ni tahun depan nak SPM dah huhu. Nervous kita wak. Jgn2 maknya pun kena study jugak 😅

      Delete
  12. Ya Allah nak SPM ke? Dah tau perasaan dia macam mana. Sebut S.P.M pun dah buat hati berdebar...tapi time Dania dulu sis sukarela nak berikan makanan kat anak2 yang SPM. Bila Dania dah masuk dewan nak exam, sis akan pergi satu tempat untuk tenangkan hati. Kemudian pick up Dania dari sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa yeee sis Ezna. Tahun depan SPM. Tgk result skrg rasa susah hati pulak. Maknya kena buat tahajud setiap malam agaknya supaya diterangkan hati dan masa depan anak2 ni 🤣

      Delete
  13. Masih ada masa untyk buat persediaan menduduki SPM. In syaa Allah, semoga dipermudahkan urusan pembelajarannya.
    Begitulah kalau ikut aktiviti perkhemahan, banyak yang tak selesa. Tapi tetap nak ikut lagi, sebab seronok hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah kak Amie. Kalau Kak Amie kata macam tu, lega sikit hati saya ni hehe.

      Budak2 ni kalau ada kawan2 ikut aktiviti perkhemahan memang seronok la walaupun tak selesa.

      Delete
  14. Hahaha part kata serik tak nak join camping tapi tau-tau bagi nama lagi tu paling kelakar 🤭 Memang macam tu kan, masa penat mengadu pelbagai... tapi bila teringat seronok dengan kawan-kawan, terus sign up balik!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .