Masa staycation minggu lepas, aku ternampak ada kafe baru di depan hotel jadi esoknya kiteorang pun singgah sarapan di sini.


Bricks & Bread KL
Kafe Bricks & Bread

Rekabentuk kafe ni ala-ala bangunan di Eropah, ditambah lagi dengan perhiasan menjelang Krismas. Nak jalan-jalan ke Eropah musim sejuk belum ada rezeki, kita makan di kafe ala-ala Eropah je la!


Berangan-angan nak buat pintu dan tingkap bentuk melengkung ni kat rumah sendiri

Kami jadi pelanggan pertama yang masuk ke kafe. Bila melangkah masuk, terus terpersona dengan interior kafe ni yang cerah dengan padanan warna hitam dan putih.


Bricks & Bread KL

Bricks & Bread KL

Kafe ni nampak luas sebab ada siling yang tinggi memandangkan ada lagi bahagian di tingkat atas (tapi ditutup, mungkin khas untuk tempahan atau bila ruang kat bawah dah penuh).

Di bahagian hujung kafe ada 2-3 buah meja, setiap meja muat untuk 4 orang. Selebihnya boleh pilih duduk di meja panjang menghadap centrepiece pokok bunga hiasan, menghadap tingkap atau duduk di luar.


Bricks & Bread KL


Bricks & Bread KL

Bricks & Bread KL
Open air sitting area

Selepas puas mencuci mata tengok keliling kafe, aku pun meninjau pulak pilihan pastries yang ada di sini. Semuanya nampak sedap. Harga pulak standard kalau pergi tempat-tempat hipster macam ni.


Bricks & Bread KL
Aku pilih apple crumble cake untuk kongsi dengan Suami Terchenta dan anak-anak

Bricks & Bread KL
Pilihan donut yang ada

Bricks & Bread KL
Yang ni pulak pilihan roti

Selain dari pastries, ada jugak menu lain kat kafe ni yang kita boleh order. Suami Terchenta pilih kaya toast dengan poached egg, Khadeeja pilih truffle fries, aku pulak ambik B&B Benedict dengan smoked salmon, dan Khayla pilih molten chocolate french toast. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka.

Bricks & Bread KL

Yang bestnya, untuk yang baru pertama kali ke sini ada offer diskaun 20% bila scan kod QR TnG e-wallet untuk buat pesanan. Memang puas hati bersarapan di kafe ni.


Bricks & Bread KL
20, Jalan Kamunting, Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur.
IG: bricksandbread.kl
FB: Bricks and Bread KL