Bila asyik makannnn je kan, tetiba rasa insaf, rasa macam kena buat sesuatu untuk bakar kalori berlebihan dalam badan - dalam erti kata lain, lelemak yang dah mula buat aku ghisauuuu...
Maka sekali lagi aku pergi brisk walk di Tanjung Batu pagi Isnin lepas. Alhamdulillah berjaya dapat 10 ribu langkah.
 |
| Rasa segar badan lepas mengeluarkan peluh pagi-pagi. Ni bukti aku tak statik tau, tengok background selfie tu lokasi lain-lain 😝 |
 |
| Hello, Tanjung Batu! |
 |
| Kebetulan air surut pagi tu, boleh la aku memanjat bukit kecik ni untuk melawat arca burung bangau dekat atas nun |
 |
| Bangau mendoniaaa... |
Lepas berjaya dapat 10 ribu langkah, maka timbullah rasa ujub dan takbur dalam diri, konon-konon dah kurang la berat tu so boleh la self-reward dengan makan laksa Sarawak semangkuk 😂. Haiiiii... Carneyz, Carneyz! Bila la nak kurus macam ni? 😜
Mula-mula nak singgah repeat mee kolok di Mangkok Bocor tapi rupa-rupanya dieorang tutup hari Isnin! Jadi kiteorang melencong ke restoran Dapo Bonda yang tak jauh dari situ. Dapo tu ialah perkataan 'dapur' dalam bahasa Melayu Sarawak.
 |
| Kuah laksa sedap tapi yang lain-lain so-so je. Sambal tu takde rasa udang kering so agak hambar. Instead of daun ketumbar, dieorang letak daun sup. Hmm. Kurang menepati citarasa aku. |
 |
| Mee kolok ayam - Khayla kata sedap dan dia suka versi yang ni dari mee kolok di Mangkok Bocor |
 |
| Roti canai tsunami pilihan mak aku. Yang ni sedap so kalau ke sini lagi aku nak order roti canai dieorang je, taknak dah repeat laksa |
Macam tu la aktiviti aku di Bintulu. Lepas penat-penat bakar kalori, masukkan balik kalori yang baru. Balik KL nanti mesti diet!
heheh tak per asalkan happy! i pun ari tu balik dari main pickel ball, singgah mkn ler, beria order food :p
ReplyDeleteDah timbang berat lepas balik ke KL, naik sekilo MZ 🫣
DeleteEh masih kat Bintulu ke? ke dah balik ni?terliur tgok mee kolok tu...
ReplyDeleteHari Selasa lepas dah balik SA. Lepas puas makan2 kat sana sampai naik sekilo berat 🥹
DeleteBeautiful photos.
ReplyDeleteThank you.
Deletedh penat bakar kalori..kita tmbah kalori plak kan hehe...sedap tgk Roti canai tsunami tu
ReplyDeleteTu la pasal kak. Bila nak kurus macam ni hehe
DeleteOrang Baling pun sebut dapo :D
ReplyDeleteItu biasa sis, lepas keluarkan peluh kena isi perut pulak.
Masalahnya berat dah naik sekilo sis 😅 Sepatutnya lepas exercise makan yg sihat2 je, ni makan laksa Sarawak semangkuk hmmm
DeleteLinda pun biasa dengar perkataan dapo tu..
ReplyDeleteYitu biasalah lah, buang kalori tambah kalori...kikiki
Sampai ke sudah tak kurus2 mcm ni hihi
DeleteCantik arca burung Bangau. Mee kolok pun nampak sedap.
ReplyDeleteKayu tu dieorang ambik dari kayu terbuang / kayu hanyut. Kreatif kan? Mee kolok kat sini memang sedap tapi prefer yg dekat Mangkok Bocor / Mee Sapi Ahim.
DeleteTeringin memang coba laksa Sarawak dan mi Kolok dari kota aslinya 😍😍. Yg di KL kemarin tuh dah sedap, pasti aslinya lebih sedap kan ❤️❤️.
ReplyDeleteTak apa, kalau liburan, walau makan banyak, tapi imbangi saja dengan banyak berjalan juga. Saya pun nanti di KL dan Ipoh nak banyak briskwalk, supaya bisa puas makan 😂.
Saya ni sejenis makan sikit pun naik beratnya tak masuk akal 😂 barangkali cuma boleh makan angin, baru berat tak naik 🥲
Deletetelur kat atas roti canai tu yang nampak menarik...tu kalau dipecahkan perghhhh mengalir macam larva telur kuning dia
ReplyDeleteTu part yang paling best bila order roti tsunami ni hehe 😛
Deletebenda sedap kannn
ReplyDeletealaa bukan selalu pun
hehehehe
Ye, macam tu la dalam hati ni berbisik. bukan selalu pun 😜 masalahnya saya ni sejenis yg susah nak lose weight tapi senang nak naik berat huhu
Delete