Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Hari Ketiga

Sambungan dari siri jalan-jalan di Eropah musim panas ☀️:


Itinerari kami pada hari ketiga ialah melawat Muzium Van Gogh. Plan asal nak jalan kaki je muzium yang terletak lebih kurang 2km dari hotel, tapi memandangkan kiteorang dah lambat, jadi akhirnya kiteorang naik tram je sebab nak cepat.


Tram dalam bandar

Van Gogh Museum
Kiteorang dah siap-siap tempah slot nak masuk ke muzium ni, takut kalau terlewat terlepas pulak nak masuk ke sini. Rugi tau, dah bayar!

Harga tiket nak masuk ke Muzium Van Gogh ni ialah €32.50 seorang. Harga tiket memang agak mahal la tapi bukan selalu boleh tengok lukisan asal pelukis terkemuka ni!

Nama Van Gogh memang tak asing lagi di kalangan peminat seni lukisan klasik dan di Amsterdam, terdapat sebuah muzium yang diasaskan oleh keluarga Van Gogh untuk mempamerkan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh artis terkenal berasal dari Belanda ni.


Van Gogh Museum
Dalam masa 10 tahun je Van Gogh berjaya menghasilkan lebih 200 lukisan cat dan 500 lakaran, dan hasil karya beliau menjadi inspirasi ramai artis sejak beberapa generasi lalu

Van Gogh Museum
Dari lobi utama terpampang paparan lukisan terkenal Van Gogh

Van Gogh Museum
Nak kenal rupa Van Gogh? Ni la artisnya...

Van Gogh Museum
Bergambar dengan lukisan Van Gogh yang terkenal

Van Gogh terkenal sebab pada zaman semua artis suka melukis potret manusia atau lukisan peristiwa bersejarah, dia lebih memilih untuk melukis objek tak bernyawa, terutamanya alam semulajadi atau objek biasa. Beliau jugak memilih untuk melukis kehidupan harian rakyat marhaen berbanding golongan bangsawan, antara lukisan beliau yang terkenal ialah "The Potato Eaters" dan golongan petani yang sedang bekerja di ladang.


Van Gogh Museum
Antara lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh Van Gogh

Van Gogh Museum
Dekat mana-mana termasuk dinding muzium terpancar lukisan Van Gogh yang dijadikan lukisan 'hidup'

Van Gogh Museum
Awan dalam gambar ni sebenarnya bergerak-gerak. Masa aku nak rakam video tiba-tiba ada security bagitau tak boleh rekod video.

Van Gogh Museum
Jadi aku tangkap beberapa gambar buat jadi format GIF supaya korang faham apa maksud aku lukisan 'hidup' hehe

Selain dari pameran lukisan-lukisan Van Gogh, muzium ni jugak mempamerkan lukisan-lukisan kawan-kawan Van Gogh yang sezaman dengan beliau. Ada jugak pameran lukisan artis moden yang mengambil inspirasi dari artis Van Gogh dalam menghasilkan karya dieorang, contohnya lukisan dari artis berasal dari Afrika ni:


Van Gogh Museum
Lukisan oleh artis John Madu dari Afrika Barat yang diinspirasikan dari lukisan-lukisan artis Van Gogh

Sebenarnya kisah hidup Van Gogh ni agak menyedihkan. Beliau menghidap penyakit mental / kemurungan mungkin disebabkan kesempitan hidup (kehidupannya dibiayai oleh adiknya, Theo) dan merasakan beliau seorang artis yang gagal. Van Gogh pernah mengalami mental breakdown dan memotong telinganya sendiri, sebelum beliau dimasukkan ke hospital psikiatri. Semasa di hospital, beliau cuba melawan penyakitnya dengan menghasilkan beberapa lagi lukisan. Tapi pada 29 Julai 1890, beliau akhirnya tewas selepas menembak diri-sendiri di dada. Tak lama selepas Van Gogh meninggal, hasil karya beliau menjadi terkenal dan mendapat permintaan tinggi.

Kisah kehidupan Van Gogh ni kita boleh jadikan teladan iaitu supaya jangan cepat give up sebab bahawa sesungguhnya bersama setiap kesusahan ada kemudahan (Surah Ash-Sharh, ayat 5-6). Tapi aku kagum jugak dengan Van Gogh sebab walaupun dalam hospital psikiatri, beliau tetap menghasilkan beberapa buah karya yang kemudiannya menjadi terkenal.


Van Gogh Museum
Penerangan dalam muzium ni mengenai kehidupan Van Gogh sangat terperinci sampai la ke akhir hayat beliau

Van Gogh Museum
Lukisan bertajuk "Tree Roots" ni dipercayai ialah lukisan terakhir yang dihasilkan oleh Van Gogh

Van Gogh Museum
The end of the museum tour.

Aku ingatkan ni la aktiviti terakhir di Amsterdam, tapi rupa-rupanya ada satu lagi aktiviti pada hari ke-4 😂 Semoga ada mood aku nak menghabiskan cerita jalan-jalan ni sebelum tahun 2025 berakhir! 😮‍💨

5 comments:

  1. Kalau lah kami ke Van Gogh Museum ni, mau ralit satu hari dalam ni saja. Cantik semua karya nya. Moga sampai satu hari nanti Insyaa Allah. Thanks for sharing Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kak Mulan, seronok sebenarnya melawat muzium ni sebab banyak karya asal Van Gogh yang dipamerkan. Surat2 Van Gogh kepada adiknya Theo pun ada jugak.

      Delete
  2. ok tak sabar nak baca entry seterusnyaaa!! saya tak minat museum so skip tmpt ni dlm my wishlist hahahah entries sebelum2 ni semua i dh save for my reference :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, rugi tak masuk sebab boleh OOTD dalam muzium ni hihi

      Delete
  3. Kalaulah Van Gogh tahu dia akan terkenal suatu hari nanti mesti dia tak bunuh diri. Sayang kan....Suka gambar Carneyz dengan lukisan bunga2 tu. Cantik background dia.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .