Logik Perempuan Bila Shopping

Hari tu aku ada voucher RM30 dekat apps Uniqlo. 

Tapi syaratnya kena buat pembelian RM200 ke atas baru boleh pakai voucher tu.

Logik aku - yeaayyy boleh jimat! 😚

Logik Suami Terchenta - huh. Burnt RM170 untuk jimat RM30 😒 

Kalau korang, mana satu yang lagi logik? 🤣

Aku tak kira... sebab walaupun kena keluarkan RM170 tapi aku boleh dapat 3 item. Kalau takde voucher ni, aku boleh dapat 2 item je. Tapi dengan voucher ni aku dapat 3 item. So, jimat la kan? 🤪

Disebabkan voucher tu akan tamat tempoh hujung April, jadi minggu lepas aku ke pergi ke Uniqlo di TRX Mall untuk memanfaatkan voucher tu sebelum tamat tempoh. Voucher RM30 jangan disia-siakan!


TRX Mall
Niat utama - nak cari seluar jeans baru sebab jeans lama dah longgar 😅

Berkenan dengan straight jeans ni tapi bila aku cuba di fitting room, tak lawa pulak dengan bentuk badan aku yang renek ni. Hmm.

Lepas tu ternampak bootcut jeans ni pulak. Ada label "value buy", harga pun not bad. Dekat Uniqlo ni, biasanya item "value buy" ni ialah item yang dah diskaun kaw-kaw sebab fesyen last season atau sebab nak habiskan stok. Marilah kita testing sehelai:


Uniqlo
Bootcut jeans - dulu aku pernah cuba tapi even saiz paling besar pun tak muat dekat pinggul aku 😅 Alhamdulillah kali ni muat!

Cutting jeans ni ok tak ketat dan tak longgar sangat, harga pun berpatutan. End up aku pun masukkan dalam bakul. Lepas tu aku cari baju "value buy" jugak. Dah lama aim nak beli sweater ni tapi asyik la bertangguh 😜. Bila nampak baju ni tinggal sehelai je, apa lagi laju je aku sumbat dalam bakul!


Uniqlo
Harga value buy RM59.90. Rezeki dapat sambar last item ni! (Sumber foto: Uniqlo Malaysia)

Jumlah baju dan jeans ni baru RM139.80. Ada lagi RM60 nak dapat RM200. So aku beli baju dalam sehelai untuk cukupkan RM200 (terlebih RM10). Total aku bayar untuk 3 item ni ialah RM180. Masih lagi berbaloi ikut logik aku 😆.

Dekat Uniqlo, ada servis alter seluar jadi lepas bayar, aku terus mintak staff Uniqlo untuk alter seluar jeans tu mengikut ketinggian aku. Untuk seluar yang berharga RM50 ke atas, servis ni percuma je. Masa menunggu dalam setengah jam jadi sementara dieorang potong seluar jeans tu, aku pergi ronda tempat lain dulu.

Setakat ni tak rasa menyesal lagi habiskan RM180 untuk redeem voucher RM30 🤭. Lagipun bukan selalu dapat voucher Uniqlo ni, bisik hati aku kepada diri-sendiri untuk justify pembaziran wang ringgit ni 🤣!

Post a Comment

2 Comments

  1. Kalu ank2 bujang dan ank dara ciknur ye memang uniqlo
    la kesukaannn
    Sanggupp je dorang

    ReplyDelete
  2. Hahaha macam abang Cuya cakap. Kalau tak beli lagi jimat 😂

    Matematik lelaki dgn perempuan lain ya hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .