Hari tu aku ada voucher RM30 dekat apps Uniqlo.
Tapi syaratnya kena buat pembelian RM200 ke atas baru boleh pakai voucher tu.
Logik aku - yeaayyy boleh jimat! 😚
Logik Suami Terchenta - huh. Burnt RM170 untuk jimat RM30 😒
Kalau korang, mana satu yang lagi logik? 🤣
Aku tak kira... sebab walaupun kena keluarkan RM170 tapi aku boleh dapat 3 item. Kalau takde voucher ni, aku boleh dapat 2 item je. Tapi dengan voucher ni aku dapat 3 item. So, jimat la kan? 🤪
Disebabkan voucher tu akan tamat tempoh hujung April, jadi minggu lepas aku ke pergi ke Uniqlo di TRX Mall untuk memanfaatkan voucher tu sebelum tamat tempoh. Voucher RM30 jangan disia-siakan!
![]() |
| Niat utama - nak cari seluar jeans baru sebab jeans lama dah longgar 😅 |
Berkenan dengan straight jeans ni tapi bila aku cuba di fitting room, tak lawa pulak dengan bentuk badan aku yang renek ni. Hmm.
Lepas tu ternampak bootcut jeans ni pulak. Ada label "value buy", harga pun not bad. Dekat Uniqlo ni, biasanya item "value buy" ni ialah item yang dah diskaun kaw-kaw sebab fesyen last season atau sebab nak habiskan stok. Marilah kita testing sehelai:
![]() |
| Bootcut jeans - dulu aku pernah cuba tapi even saiz paling besar pun tak muat dekat pinggul aku 😅 Alhamdulillah kali ni muat! |
Cutting jeans ni ok tak ketat dan tak longgar sangat, harga pun berpatutan. End up aku pun masukkan dalam bakul. Lepas tu aku cari baju "value buy" jugak. Dah lama aim nak beli sweater ni tapi asyik la bertangguh 😜. Bila nampak baju ni tinggal sehelai je, apa lagi laju je aku sumbat dalam bakul!
![]() |
| Harga value buy RM59.90. Rezeki dapat sambar last item ni! (Sumber foto: Uniqlo Malaysia) |
Jumlah baju dan jeans ni baru RM139.80. Ada lagi RM60 nak dapat RM200. So aku beli baju dalam sehelai untuk cukupkan RM200 (terlebih RM10). Total aku bayar untuk 3 item ni ialah RM180. Masih lagi berbaloi ikut logik aku 😆.
Dekat Uniqlo, ada servis alter seluar jadi lepas bayar, aku terus mintak staff Uniqlo untuk alter seluar jeans tu mengikut ketinggian aku. Untuk seluar yang berharga RM50 ke atas, servis ni percuma je. Masa menunggu dalam setengah jam jadi sementara dieorang potong seluar jeans tu, aku pergi ronda tempat lain dulu.
Setakat ni tak rasa menyesal lagi habiskan RM180 untuk redeem voucher RM30 ðŸ¤. Lagipun bukan selalu dapat voucher Uniqlo ni, bisik hati aku kepada diri-sendiri untuk justify pembaziran wang ringgit ni 🤣!



32 Comments
Kalu ank2 bujang dan ank dara ciknur ye memang uniqlo
ReplyDeletela kesukaannn
Sanggupp je dorang
Bukan selalu dapat voucher Uniqlo ni hihi
DeleteHahaha macam abang Cuya cakap. Kalau tak beli lagi jimat 😂
ReplyDeleteMatematik lelaki dgn perempuan lain ya hahaha
Macam tu la, kadang2 boleh gaduh dibuatnya 😜
DeleteBijak bijak hahaha
ReplyDeleteSiapa yang bijak tu sis? Hahaha!
DeleteUncle setuju dengan matematik encik suami... walau bagaimana pun... isteri tetap betul... hehehehe
ReplyDeleteUncle memang lebih dulu makan garam dan asam rumahtangga ye hahaha!
DeleteLZ tak berpihak kepada gender tapi rasa betullah apa yang En. Suami katakan.. tapi itulah perempuan jangan dilarang, kalau nak beli dia beli juga.. hehehe..
ReplyDeleteLagi2 bila voucher tu dah nak expired, terasa rugi pulak kalau tak guna 🤣
DeleteKena manfaatkan beli..ruginya jika tak gunakan Vaucer ..
ReplyDeleteBetul tu Cikgu. Saya setuju! Hehehe
Deletekalau ada nak beli barang memang bermanfaat la jugak burn rm170 tu semata nak jimat rm30. hhihihi
ReplyDeleteMemang dah lama aim nak beli jeans & cardigan top tu tapi asyik bertangguh je. Bila ada voucher RM30 tetiba rasa kena beli sekarang jugak! hehe
Deletesaya team suami akak kot hahha. unless kalau time shopping tu memang saya betul2 teringin sangat satu baju tu dan dapat voucher, barulah rasa berbaloi :p
ReplyDeleteHaha! Tu la mmg dah ada dalam wishlist jeans & cardigan top tu, bila dapat voucher tu jadi push factor pulak nak beli hehe
Deletekalau memang dah lama tak membeli baju2 untuk diri sendiri..memang berbaloi.. kalau tak, linda pun rasa rugi.. hahaha.. sebab memang selalunya prefer makanan daripada yang lain2..
ReplyDeleteapa pun, shopping pun best juga
Nak kata lama sangat takde la jugak, last beli baju bulan Januari lepas kat Uniqlo jugak hihi. Tapi sbb taknak voucher tu expired macam tu je, terus ada motivasi nak beli yang memang dah lama dalam wishlist ðŸ¤
DeleteKalau urusan belanja nih, sebenernya Raka lebih gila dari saya 🤣🤣🤣. Paling suka dia kalau dpt voucher begitu atau diskount buy 1, get 1 item 50%. Makin semangat 😂. Dipaksa lah anak2 atau saya untuk belanja supaya barang kedua dpt diskon . ðŸ¤.
ReplyDeleteKalau saya liat kebutuhan. Kdg kalau lagi mood, langsung semangat habiskan diskon. Tapi kalau tak mood, memang tak lah 🤣
Dia begitulah Fanny... kalau isterinya gila shopping suaminya pulak jenis berjimat, begitu sebaliknya 🤣 🤣
DeleteKita org perempuan berbelanja kena bijak kan...hehehe....
ReplyDeleteBetul2.. bijak la kan guna voucher ni dapat beli 3 helai baju? ðŸ¤
DeleteSaya kalau istri mau apa-apa, saya sepakat saja. Tak mau mendebat beliau, sebab apapun itu ujungnya pastilah dia nak beli, hahahaha.
ReplyDeleteUniqlo ini bagus-bagus lho barangnya. Bajunya nyaman dipakai, enak tuk keseharian.
Happy wife, happy life gitu kan? Anda suami yang bijak! Hehehe. Ya Uniqlo ni kualitinya bagus. Dan resale value nya pun tinggi jugak.
Deletesy pulak kalau baucer tu RM100 lbh baru sy guna (purchase) krg drpd tu sy rs tak berbaloi hehehe
ReplyDeleteBaucer RM100 tu kalau menang apa2 je dapat hehehe. Atau kena spend RM1000 baru dpt guna 😅
DeleteSaya setuju encik suami tu.. kalau spend RM100 okla jimat RM30.. Tapi kalau RM200 tu mcm kurang la sikit jimat nya hahahaha...
ReplyDeleteTapi masih jimat kan 😜 << logik perempuan 😂
Deletemy boys suka sgt shopping kat uniqlo!! masa nak gi cuti2 sabah last year..emmm kami shopping kat uniqlo abih dlm RM700 jugak sbb beli items utk 4 of us kan (mr hubby tak beli)...so if dpt apa2 voucher mcm u ni.syok sgt laa..so far i tak pernah dpt apa2 voucher laaa dari uniqlo
ReplyDeleteBetul kan... uniqlo ni jarang2 bagi voucher tu yg excited shopping bila dapat voucher RM30 walaupun kena spend RM200 hihi
DeleteKalau ada keperluan untuk membeli berbaloi la. Tapi kalau membeli sekadar nak guna kupon RM 30. Aku sependapat dengan JUN.
ReplyDeleteKita wujudkan keperluan tu supaya rasa berbaloi hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .