Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA)

Simpan sini buat kenangan.

Hari Sabtu 2 minggu lepas, sekolah Khayla mengadakan Majlis Anuegarah Kecemerlangan Akademik untuk meraikan anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik termasuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Alhamdulillah, Khayla salah seorang penerima anugerah ni. Walaupun bukan top 3, tapi masih lagi diiktiraf antara top 10 untuk tingkatan 3 tahun lepas.

Sayangnya cuma ibubapa yang anak-anak dieorang terima anugerah kecemerlangan SPM je yang dijemput. Parents lain tak dijemput jadi kiteorang tak dapat la tengok sendiri Khayla naik ke pentas ambik anugerah. Tapi takpe sebab lepas tu cikgu ada share gambar MAKA dekat semua pelajar yang terima anugerah.


Tahniah Khayla! ♥️ Semoga anugerah ni menjadi pembakar semangat untuk Khayla dan Khadeeja belajar dengan lebih tekun lagi tahun ni 💪🏻


Dapat plak ni dan sijil

Semasa MAKA berlangsung, Khayla dan kawan-kawan dari kelab Adipatra pun kena buat persembahan jugak. Khayla kena main keyboard. Ni first time dia kena main keyboard seorang diri. Sebelum ni dia jadi co-keyboard player je dan ada seorang senior yang lebih terer main keyboard akan bermain keyboard dan Khayla akan main sebahagian dari notes bersama dengan senior tu.


Khayla dan kawan-kawan sedang beraksi di atas pentas.

Apapun, alhamdulillah atas anugerah ni. Semoga anak-anak lebih bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh 🤲🏻. Sebagai parents, kiteorang cuma mampu berdoa agar dipermudahkan untuk anak-anak memahami dan mengingati apa yang dieorang pelajari selain membeli buku-buku rujukan dan menghantar ke kelas tuisyen dan bengkel teknik belajar.

Aku selalu pesan dekat anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh sebab tak semua anak-anak di luar sana mendapat peluang yang sama dengan dieorang. Tahun lepas anak no. 2 mengadu agak lama kelas dieorang takde cikgu Bahasa Inggeris sebab cikgu lama berpindah sekolah. Dia meluahkan macamana la kawan-kawan sekelas dia akan lulus peperiksaan subjek BI bila takde cikgu mengajar. Aku terus remind dia betapa beruntungnya dia sebab walaupun takde cikgu BI di sekolah, tapi dia masih boleh belajar BI melalui kelas tuisyen online. Education is a privilege. Don't waste it, pesan aku dekat anak-anak. Aku harap pesanan ni akan terpahat lama dalam kepala dieorang. 

Selagi anak-anak berusaha dengan bersungguh-sungguh, apapun hasilnya aku terima dengan rasa syukur dan redha. Yang aku tak boleh terima ialah bila belajar sambil lewa dan dapat result yang teruk. Memang akan mendapat la dengan emak dieorang yang garang ni! 😝

Post a Comment

1 Comments

  1. Sama masa aku form 4 & 5 teacher BI selalu 'ponteng' gi meeting la gi sana la gi sini. Hasilnya... BI aku teruks. Apa pun Tahniah untuk Khayla dari bekas MAKA yang naik pentas juga tiap tahun dari Darjah 6 sampai Form 5. Nak juga bagi tahu. ha ha ha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .