Pengisian Hari Raya Aidiladha Kami

Salam 11 Zulhijjah buat kawan-kawan,

Macamana raya korang? Best tak? Tahun ni, kiteorang pilih untuk menunaikan solat raya Aidiladha di Masjid TNB di Bangsar. 


Masjid TNB Bangsar
First time solat di salah sebuah masjid yang tercantik di KL ni

Nampaknya ramai jugak yang tak balik beraya di kampung sebab masjid penuh dengan orang tempatan. Ada jugak la foreigners tapi tak seramai di Masjid Wilayah Persekutuan.


Masjid TNB Bangsar
Suasana dalam masjid selepas solat raya

Lepas solat, kiteorang ambik peluang bergambar di luar masjid. Cuaca panas terik pada awalnya jadi langit nampak biru dan cantik je. 


Masjid TNB Bangsar
Posing berlatar belakangkan bangunan masjid dan jugak view bangunan di sekitar Bangsar

Then kiteorang ke Bangsar Sphere lepak dulu sarapan pagi di Ali, Muthu & Ah Hock. Tapi lupa pulak nak ambik gambar masa kat sini. Masa tengah sarapan, tetiba Suami Terchenta dapat work call. Sudahnya, aku terpaksa la ambik alih jadi driver sementara dia join meeting via call. Begitulah kehidupan orang IT, memang tak pernah tenang walaupun tengah cuti.

Pukul 10.45 pagi, kiteorang pun gerak ke Publika. Aku dah buat reservation dekat The Great Chase sebab aku dan kakak aku malas nak memasak tahun ni. Sekali-sekala buat kelainan sikit kan, makan kat luar instead of memasak untuk hari raya 🤭.

Sampai pukul 11.15 pagi dan terus cari restoran tu. TGC ni ialah restoran halal di London yang membuka cawangan di Malaysia. Restoran ni terkenal sebab menghidangkan British cuisine versi halal. Haaaaa tahun ni kiteorang nak ubah selera tak nak makan rendang, nak makan beef wellington pulak hihi...


The Great Chase KL
London vibe dari design restoran ni sampai la ke uniform staff dieorang

The Great Chase KL
Buku menu TGC Kuala Lumpur

Ni menu yang kiteorang pilih kat sini:


The Great Chase KL
Starter - roti sourdough dengan coconut date butter (RM18)

Untuk main course:


The Great Chase KL
Chicken Sunday Roast (RM68) - peha ayam panggang yang dihidangkan dengan spiced carrots & cauliflower, parsnip, roast potatoes, sage & onion stuffing, neeps puree dan Yorkshire pudding.

The Great Chase KL
Beef wellington (RM180) - dihidangkan dengan roasted Tomatoes, pommes purée (sejenis hidangan mashed potatoes), balsamic glazed onion & onion jus (cara sebutan 'zhoo'). Hidangan yang paling mahal di sini 👀

Yang terakhir, pencuci mulut pulak kiteorang pilih sticky toffee pudding:


The Great Chase KL
Sticky toffee pudding (RM30) - served with vanilla ice cream

My verdict - beef wellington sedap berbaloi dengan harganya, chicken Sunday roast lembut dan juicy, not a fan of the sage & onion stuffing dan last but not least, sticky toffee pudding sedap cuma manis leting 😅. Harga tu anggap je la makan kat restoran di London ye (kalau convert, about 78 pound la total bill 😜).


The Great Chase KL
Alhamdulillah atas rezeki-Nya 🥰

Post a Comment

31 Comments

  1. Another level beraya ni. Hihi. Sekali sekala kan tukar selera. Lagipun sekarang menu raya lemang ketupat tu sentiasa ada je orang jual walaupun bukan time raya.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidiladha Carneyz! Seronok tengok vibes raya lain daripada yang lain tahun ni. Sekali-sekala tak makan rendang, layan Beef Wellington dengan Sunday Roast macam kat London memang terbaik. Janji perut gembira dan tak penat masak kat dapur kan? 😍 Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, sesekali ubah selera 😆. Raya ni nak chill2 je hihi

      Delete
  3. Salam Aidil Adha 🥰✨ Wow nampak sedap ya beef wellington tu. Takpe sesekali tukar cara beraya, janji bahagia 🩷 Masjid cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap berbaloi dengan harganya 😃 Masjid TNB memang terkenal cantik dan carpet bau wangi 😁

      Delete
  4. salam aidilAdha buat Carnez sekeluarga... last minit plan, alhamdulillah.. dapat beraya dekat kampung.. lauk raya lah.. hihihi..
    kalau plan asal, memang raya dekat Selayang je...sebab turn kerja tak cuti pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best nya dapat beraya dengan mak di kampung 😄

      Delete
  5. waaa bestnya dpt solat raya kat masjid yg cantik tu...beef wellington tu nmpk menggoda sungguh. worth the price la asalkan sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka ke masjid ni sebab parking senang tak jauh nak menapak ke masjid. Sampai awal jadi dapat la solat dekat ruang muslimah kat atas. Beef wellington tu worth the price, sedap!

      Delete
  6. Meriah menu hari raya tahun ini ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sesekali buat kelainan hihi

      Delete
  7. Wah raya London ni hihi....
    Tak sampai lagi masjid TNB tu. Viral bulan puasa hari tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali sis hehe. Ye, viral masjid ni for good reasons. Cantik dan wangi dalam masjid ni 😍

      Delete
  8. Uncle tak pernah sampai masjid ni... tapi tau lokasinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pun first time sampai ke masjid ni 😃

      Delete
  9. Salam Aidil Adha Mbak Carneyz.
    Wah nikmat betul yaa habis shalat ied lanjut makan-makan.
    Mana foto-foto bareng sekeluarganya pun nampak cerah dan ceria. bagus betul langitnya mbak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Fajar. Iya, tahun ni saya dan kakak sepakat taknak masak untuk raya jadi makan di luar je 😅

      Delete
  10. salam aidiladha...best tu dpt singgah masjid yg cantik...mmg feel2 raya di perantauan la sbb mkn kt cafe yg ada di london tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha kak. Tu la kan alang2 beraya di perantauan kita fefeeling raya kat London je hihi

      Delete
  11. Cantiknya masjid TNB. Memang tak pernah pergi la. Thanks sebab perkenalkan TGC....Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? Viral masjid ni masa bulan puasa lepas. Sama2, nanti boleh ajak Dania & suami sis Ezna ke sini 😄

      Delete
  12. Hari bahgia pasti happy meraikannya bersama family dan kawan-kawan

    ReplyDelete
  13. sekali-sekala makan di restoran yg mahal utk rasa vibes pun apa salahnya. janji makanan sedap baru la berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Abe Kie, bertukar selera sikit sebab raya puasa dah puas makan rendang hihi

      Delete
  14. Betul tu alang2 dah malas nak masak terus celebrate di luar... btw cantik masjid tu.. tak pernah lagi sampai di situ.. insyallah one day kalau terlajak ke san aboleh singgah... apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ya.. dpt call kerja tu mmg tak syok langsung huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pun first time ke masjid ni. Macam tu la bila kerja bidang IT, selalu je dapat call bila ada isu.

      Delete
  15. Memang lejen juak dapat rasai nikmat makan di tempat yang rare pada raya haji ...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rare gilak tok sebab menu dari luar negara hihi

      Delete
  16. masjid TNB ni famous time ramadan sebab katanya juadah berbuka dan moreh sedap2 belaka...
    mcm mn rasa beef wellington tu? sy tahu psl mknn ni pun sbb gordon ramsay buka resto kat hotel sunway tu hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .