Cuti Hari Pekerja yang lepas, aku mencari hotel yang sesuai untuk ber staycation sebab nak kejar promosi Marriott Bonvoy dapat 1 bonus Elite Night bila menginap di hotel berlainan jenama di bawah kumpulan hotel Marriott. Sepanjang promosi ni aku dah menginap di hotel jenama Fairfield di Bintulu dan AC Hotel di Ipoh. Kiranya ni jenama ketiga la yang aku pilih iaitu Moxy Hotel. Memang aku dah target nak duduk di 3 buah hotel untuk kumpul 6 malam masa promosi ni. Lagi 4 malam nanti aku plan untuk birthday staycation dan anniversary kiteorang kelak supaya dapat kekal keahlian Silver Elite untuk tahun ni.
Selepas meniliti pilihan hotel dalam apps Marriott Bonvoy, akhirnya aku pun pilih Moxy Hotel KL sebab belum pernah menginap di sini lagi. Sebelum ni pernah duduk di Moxy Putrajaya masa hotel tu baru dibuka. Sekarang dah bertambah satu lagi cawangan jenama Moxy iaitu Moxy KL.
![]() |
| Moxy KL terletak di Chinatown |
Serupa jugak konsepnya dengan Moxy Putrajaya, hotel ni memang cater untuk tourists yang nakkan keselesaan dan kemudahan pada harga yang boleh dianggap affordable dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar KL, tak jauh dari stesen LRT Masjid Jamek.
![]() |
| Lobi hotel yang direkabentuk dengan vibe yang santai, playful dan sesuai untuk bersosial |
![]() |
| Ruang lounge berdekatan dengan kolam renang |
![]() |
| Bilik kiteorang terletak di tingkat 9 |
Memandangkan bilik di Moxy KL ni agak kecik untuk 4 orang, Suami Terchenta suruh aku ambik 2 bilik dan aku request untuk connecting room. Aku dan Suami Terchenta dapat satu katil Queen dan anak-anak pulak dapat bilik dengan loft bed (2 tingkat). Waktu check-in, kiteorang dapat upgrade ke bilik Moxy Executive, mungkin sebab bilik yang kiteorang tempah tu dah penuh dan kiteorang sampai agak lewat (pukul 4 lebih).
![]() |
| Moxy Executive |
![]() |
| Anak-anak suka sangat katil dua tingkat ni 😄 Ruang bawah katil tu untuk simpan luggage |
![]() |
| Lagi gambar bilik anak-anak |
![]() |
| Bilik mandi dan tandas berasingan |
Apa yang aku suka tentang bilik Moxy KL ni ialah rekabentuk biliknya yang memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik ni. Contohnya sinki basuh tangan ni merangkap stesen bancuh minuman, peti keselamatan mini dan minibar, sekaligus rak menyimpan tuala mandi. Manakala dekat ruang bawah katil pulak ada tempat menyimpan luggage, laundry bag dan selipar hotel. Di dinding hotel ada banyak tempat menyangkut barang dan di situ jugak tempat menyangkut meja dan kerusi lipat dan hairdryer. Kemudahan dalam bilik pun aku rasa cukup lengkap kecuali takde seterika je (hotel ni ada menyediakan servis membasuh dan menyeterika pakaian). Jadi kalau nak jimat, bawak travel iron sendiri bila menginap di sini.
![]() |
| All in one station - sinki, drink station, mini safe, minibar dan rak tuala |
![]() |
| Telefon old school, cuma tempat dail tu je moden sikit main tekan je (siapa pernah merasa telefon yang kena pusing dail bila nak call orang? 🤭) |
Sejujurnya aku suka hotel Moxy KL ni - bilik cantik dan selesa, aircond sejuk, view luar bilik cantik, staff dekat kaunter check in pun ramah dan baik hati upgrade bilik kiteorang ke executive room.
I wish I could stop there. Tapi unfortunately ada jugak pengalaman pahit bila lepas kiteorang check out, tiba-tiba dapat panggilan daripada hotel bertanyakan sama ada kiteorang ada ambik hairdryer dalam bilik. Kiteorang ni dah la datang bawak backpack je (sebab staycation semalam je dan kiteorang ke hotel ni pun naik LRT jadi malas nak heret luggage). Lepas tu bila aku cakap takde, gaya staff tu macam insist jugak hairdryer tu hilang lepas kiteorang check out. Dia claim housekeeping takkan release bilik untuk new guests masuk kalau ada barang yang missing dalam bilik tu.
Hangin la aku bila dia macam nak salahkan kiteorang ambik hairdryer sedangkan kiteorang ni jarang-jarang guna hairdryer hatta hairdryer kat rumah pun berbulan-bulan tak guna apa kekdah nya nak ambik hairdryer hotel 😡. Terpaksa la aku remind staff tu yang aku ni ahli Silver Elite dan lebih dari 10 tahun, dah beratus-ratus kali duduk kat hotel Marriott so kalau aku ni jenis yang ambik barang dalam bilik hotel confirm dah lama kena banned dari menginap kat hotel Marriott. Hairdyer yang dia kata hilang tu dalam bilik anak-anak dan berkali-kali aku tanya dieorang ada nampak ke hairdryer dalam bilik tu? Dieorang kata takde, yang sangkut dekat dinding cuma ada kerusi dan meja lipat je. Dan sebab rasa annoyed sangat, kiteorang patah balik ke hotel nak tunjuk la kiteorang ni datang bawak backpack je, tang celah mana pulak nak seludup hairdryer tu. Ish, geram sis. Nasib baik tak kena caj ganti rugi hairdryer tu dalam bil hotel, kalau tak memang aku buat official complaint dekat Marriott Bonvoy.
Pengajarannya lain kali masuk bilik hotel, aku kena ambik video setiap sudut bilik hotel sebagai bukti kalau kena tuduh macam ni lagi. Masalahnya ni first time berlaku sepanjang aku jadi tetamu hotel baik bawah jenama Marriott atau hotel lain 😤. Sampai sekarang bila ingat rasa annoyed giler. Dah la tak dapat welcoming gift langsung (kat hotel lain, ahli Silver Elite ke atas biasanya dapat welcoming gift dalam bilik atau masa check in).
Secara kesimpulannya, pengalaman manis bila dapat room upgrade tapi jadi pahit bila kena tuduh ambik hairdryer. Tapi kalau tanya if aku recommend ke tak hotel ni, aku masih akan recommend jugak sebab plus points nya banyak (boleh jalan kaki je ke tempat-tempat menarik di sekitar Chinatown, Masjid Jamek, Petaling Street, harga berpatutan dan bilik pun bersih dan selesa) cuma kalau aku sendiri nak duduk situ, hmm... Kirim salam je la 🙎🏻♀️. Aku dah merajuk kena tuduh bukan-bukan haha!










2 Comments
Adoi jadi tak best pulak bila kena gini. But I agree the hotel looks nice
ReplyDeleteoh dh ada kt kl juga moxy...pernah stay yg putrajaya best...dpt upgrade bilik syok tp ada isu pahit plak ye...tp biasa hairdryer kn jenis melekat kt dlm toilet biasanya...nasibaik tk kena caj..dh la ahli silver elite kn
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .