Staycation di Moxy Hotel KL - Pertama Kali Dapat Pengalaman Pahit!

Cuti Hari Pekerja yang lepas, aku mencari hotel yang sesuai untuk ber staycation sebab nak kejar promosi Marriott Bonvoy dapat 1 bonus Elite Night bila menginap di hotel berlainan jenama di bawah kumpulan hotel Marriott. Sepanjang promosi ni aku dah menginap di hotel jenama Fairfield di Bintulu dan AC Hotel di Ipoh. Kiranya ni jenama ketiga la yang aku pilih iaitu Moxy Hotel. Memang aku dah target nak duduk di 3 buah hotel untuk kumpul 6 malam masa promosi ni. Lagi 4 malam nanti aku plan untuk birthday staycation dan anniversary kiteorang kelak supaya dapat kekal keahlian Silver Elite untuk tahun ni.

Selepas meniliti pilihan hotel dalam apps Marriott Bonvoy, akhirnya aku pun pilih Moxy Hotel KL sebab belum pernah menginap di sini lagi. Sebelum ni pernah duduk di Moxy Putrajaya masa hotel tu baru dibuka. Sekarang dah bertambah satu lagi cawangan jenama Moxy iaitu Moxy KL.


Moxy KL
Moxy KL terletak di Chinatown

Serupa jugak konsepnya dengan Moxy Putrajaya, hotel ni memang cater untuk tourists yang nakkan keselesaan dan kemudahan pada harga yang boleh dianggap affordable dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar KL, tak jauh dari stesen LRT Masjid Jamek.


Moxy KL
Lobi hotel yang direkabentuk dengan vibe yang santai, playful dan sesuai untuk bersosial

Moxy KL
Ruang lounge berdekatan dengan kolam renang

Moxy KL
Bilik kiteorang terletak di tingkat 9

Memandangkan bilik di Moxy KL ni agak kecik untuk 4 orang, Suami Terchenta suruh aku ambik 2 bilik dan aku request untuk connecting room. Aku dan Suami Terchenta dapat satu katil Queen dan anak-anak pulak dapat bilik dengan loft bed (2 tingkat). Waktu check-in, kiteorang dapat upgrade ke bilik Moxy Executive, mungkin sebab bilik yang kiteorang tempah tu dah penuh dan kiteorang sampai agak lewat (pukul 4 lebih).


Moxy KL
Moxy Executive

Moxy KL
Anak-anak suka sangat katil dua tingkat ni 😄 Ruang bawah katil tu untuk simpan luggage

Moxy KL
Lagi gambar bilik anak-anak

Moxy KL
Bilik mandi dan tandas berasingan

Apa yang aku suka tentang bilik Moxy KL ni ialah rekabentuk biliknya yang memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik ni. Contohnya sinki basuh tangan ni merangkap stesen bancuh minuman, peti keselamatan mini dan minibar, sekaligus rak menyimpan tuala mandi. Manakala dekat ruang bawah katil pulak ada tempat menyimpan luggage, laundry bag dan selipar hotel. Di dinding hotel ada banyak tempat menyangkut barang dan di situ jugak tempat menyangkut meja dan kerusi lipat dan hairdryer. Kemudahan dalam bilik pun aku rasa cukup lengkap kecuali takde seterika je (hotel ni ada menyediakan servis membasuh dan menyeterika pakaian). Jadi kalau nak jimat, bawak travel iron sendiri bila menginap di sini.


Moxy KL
All in one station - sinki, drink station, mini safe, minibar dan rak tuala

Moxy KL
Telefon old school, cuma tempat dail tu je moden sikit main tekan je (siapa pernah merasa telefon yang kena pusing dail bila nak call orang? 🤭)

Sejujurnya aku suka hotel Moxy KL ni - bilik cantik dan selesa, aircond sejuk, view luar bilik cantik, staff dekat kaunter check in pun ramah dan baik hati upgrade bilik kiteorang ke executive room.

I wish I could stop there. Tapi unfortunately ada jugak pengalaman pahit bila lepas kiteorang check out, tiba-tiba dapat panggilan daripada hotel bertanyakan sama ada kiteorang ada ambik hairdryer dalam bilik. Kiteorang ni dah la datang bawak backpack je (sebab staycation semalam je dan kiteorang ke hotel ni pun naik LRT jadi malas nak heret luggage). Lepas tu bila aku cakap takde, gaya staff tu macam insist jugak hairdryer tu hilang lepas kiteorang check out. Dia claim housekeeping takkan release bilik untuk new guests masuk kalau ada barang yang missing dalam bilik tu.

Hangin la aku bila dia macam nak salahkan kiteorang ambik hairdryer sedangkan kiteorang ni jarang-jarang guna hairdryer hatta hairdryer kat rumah pun berbulan-bulan tak guna apa kekdah nya nak ambik hairdryer hotel 😡. Terpaksa la aku remind staff tu yang aku ni ahli Silver Elite dan lebih dari 10 tahun, dah beratus-ratus kali duduk kat hotel Marriott so kalau aku ni jenis yang ambik barang dalam bilik hotel confirm dah lama kena banned dari menginap kat hotel Marriott. Hairdyer yang dia kata hilang tu dalam bilik anak-anak dan berkali-kali aku tanya dieorang ada nampak ke hairdryer dalam bilik tu? Dieorang kata takde, yang sangkut dekat dinding cuma ada kerusi dan meja lipat je. Dan sebab rasa annoyed sangat, kiteorang patah balik ke hotel nak tunjuk la kiteorang ni datang bawak backpack je, tang celah mana pulak nak seludup hairdryer tu. Ish, geram sis. Nasib baik tak kena caj ganti rugi hairdryer tu dalam bil hotel, kalau tak memang aku buat official complaint dekat Marriott Bonvoy.

Pengajarannya lain kali masuk bilik hotel, aku kena ambik video setiap sudut bilik hotel sebagai bukti kalau kena tuduh macam ni lagi. Masalahnya ni first time berlaku sepanjang aku jadi tetamu hotel baik bawah jenama Marriott atau hotel lain 😤. Sampai sekarang bila ingat rasa annoyed giler. Dah la tak dapat welcoming gift langsung (kat hotel lain, ahli Silver Elite ke atas biasanya dapat welcoming gift dalam bilik atau masa check in).

Secara kesimpulannya, pengalaman manis bila dapat room upgrade tapi jadi pahit bila kena tuduh ambik hairdryer. Tapi kalau tanya if aku recommend ke tak hotel ni, aku masih akan recommend jugak sebab plus points nya banyak (boleh jalan kaki je ke tempat-tempat menarik di sekitar Chinatown, Masjid Jamek, Petaling Street, harga berpatutan dan bilik pun bersih dan selesa) cuma kalau aku sendiri nak duduk situ, hmm... Kirim salam je la 🙎🏻‍♀️. Aku dah merajuk kena tuduh bukan-bukan haha!

Post a Comment

22 Comments

  1. Adoi jadi tak best pulak bila kena gini. But I agree the hotel looks nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, serik dah nak stay di sini walaupun hotelnya best. Ni Fanny nak datang KL saya recommend dia stay sini tapi masa tu belum checkout lagi dan belum ada insiden ni huhu. Nanti nak pesan dengan Fanny make sure amenities semua lengkap dan kalau tak lengkap terus alert dengan pihak hotel takut tak pasal2 kena tuduh curi barang hotel 😤

      Delete
  2. oh dh ada kt kl juga moxy...pernah stay yg putrajaya best...dpt upgrade bilik syok tp ada isu pahit plak ye...tp biasa hairdryer kn jenis melekat kt dlm toilet biasanya...nasibaik tk kena caj..dh la ahli silver elite kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, baru bukak tahun lepas. Tahun lepas ada promo murah je rate hotel ni. Tapi ok la, harga semalam dalam 240++. Hairdryer dieorg jenis yg tak melekat kat dinding, dieorg letak dalam nonwoven bag gantung kat dinding (dalam bilik kiteorg).

      Delete
  3. Aduii lah. Hotel dah best tapi ditanya tentang hairdryer pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, geram saya. Kita dah berbelas tahun jadi Silver Elite member tak pernah lagi dapat layanan macam ni huhu

      Delete
  4. Ni betul2 merajuk ni. X pe banyak lagi hotel lain. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye banyak lagi hotel lain bawah jenama Marriott yang belum dicuba 😄

      Delete
  5. nasib x kena tuduh makan tak bayar..

    ReplyDelete
  6. i dgr pun rasa geram bab2 kena tuduh tu...ingat sengkek sgt ker setakat hairdryer hotel..tak logic la nak curi benda gitu..haishhhh toiletnya mcm sempit jer tu..lemas plak i tgk hahahahah katil nmpk cozy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak kuasa la nak rembat hairdryer dieorg, hairdryer kat rumah pun jarang2 guna sebab suka balut rambut dengan towel je lepas mandi.

      Delete
  7. Hiasan cantik dan modrn.
    Rasa serik kalau kena tuduh begitu. Baik buat aduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dieorg caj harga hairdryer tu dalam bil hotel mmg saya buat aduan tapi nasib baik takde. Jadi saya abaikan je tapi lepas ni serik nak ke sini lagi.

      Delete
  8. Dah syok baca yang manis2 tiba ada yang pahitnya. Macam la kita hadap sangat ek hairdryer hotel tu. Bukan ke selalunya hair dryer jenis melekat kat dinding ke? Kena ambil video dan gambar sebab memang banyak kes staf hotel tuduh guest ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, first time terjadi dekat kiteorang jadi lepas ni kena ambik video dan gambar bila masuk ke bilik hotel. Klu ada amenities yang kurang, kena terus alert hotel. Lesson learnt.

      Delete
  9. Serius ..baca dari awal, sebab ada tarikan magnet nak tahu ikut tajuk entri lah..waduh..begitu ceritanya..ingatkan pahit terlupa sesuatu benda kah..rupanya ada tuduhan tak berasas langsung,.mestilah sedih di tuduh..Tak apa, semua tu ada hikmahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cikgu, kita ni bengang la kena tuduh macam tu sebab dah berbelas tahun setia dengan jenama Marriott ni.

      Delete
  10. memang marklah hotel ni ..tak kan pergi lagi..hehehe kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih rekemenkan hotel ni dekat orang lain tapi akan igtkan supaya ambik gambar dan alert hotel kalau ada barang hilang masa masuk bilik. Tapi untuk saya duduk di hotel ni lagi mungkin kirim salam je la 😅

      Delete
  11. Saya pernah kena kejadian sama saat di hotel di Sumatera Barat. Lupa pula kota apa. Mereka bilang handuk ilang 1. Tapiii nasib baik saya memang selalu foto kan tiap menginap di manapun utk tulis cerita di blog. JD saya tunjuk dr awal handuk yg diksh hanya ada 3, bukan 4. Lengkap dengan jam saat saya ambil fotonya.

    Oke noted, nanti pas masuk Moxy, saya akan video dr awal semua tempat dan barang yg ada. Saya sukaa Moxy. Terutama yg di Putrajaya itulah. Harap2 yg di KL tak buat mood saya JD drop juga 🤣🤣.

    ReplyDelete
  12. suka pula sy tgk suasana bilik mcm ni...

    haihhh diorang ni... kalau sy pun rs annoying juga perangai staf mcm ni... tak salah pun kalau tanya betul2 even dia rs tak puas hati...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .