Ternampak mesin menjual jus oren segar di stesen LRT Masjid Jamek bulan lepas. Biar betik, freshly squeezed orange tapi dari vending machine?
Atas dasar curiosity yang tinggi aku pun try la beli satu hehe.
![]() |
| Memang betul-betul dari buah oren sebenar tanpa gula, air dan pengawet! |
Selepas membuat pembayaran guna QR, mesin ni terus membuat kerjanya untuk memerah buah oren segar yang terletak dalam vending machine ni.
![]() |
| Status - tengah memerah oren katanya 🤠|
![]() |
| Close up view. Buah oren jatuh dari bakul atas tu dan masuk ke mesin pemerah |
Selepas beberapa minit menunggu... eh mana air ni tak keluar-keluar? Rupa-rupanya kena tekan button untuk buka pintu tempat ambik cawan ni. Kesian orang sebelum aku, mesti dia tak tau / tak perasan lepas tu give up dan tinggalkan je cawan dia dalam tu. Aku terpaksa keluarkan cawan dia baru jus oren aku boleh keluar dan diisi dalam cawan baru. Erm. Cawan tu aku letak balik dengan harapan pembeli sebelum aku tu datang balik untuk ambik minuman dia.
![]() |
| Ginilah rupanya jus oren yang diperah segar dalam vending machine! |
Camane rasanya? Masam lebih banyak dari manisnya. Lepas tu ada rasa pahit-pahit sikit. Eh, dia perah dengan kulit-kulit sekali ke? Mat salleh mesti suka jus oren macam ni. Tekak aku tak berapa sangat. Takpe, jangan tak cuba hehe. Secawan ni RM4 kalau tak silap. Dah lupa sebab kejadian ni bulan lepas. Tapi yang bagusnya, jus ni au natural... memang 100% dari buah oren sebenar tanpa perisa tambahan.
Canggih ye sekarang ni. Jus buah-buahan pun dah dijual dari vending machine. Ada yang pernah cuba ke?




7 Comments
rasa mcm pernah ternampak tp tak pernah try la..teringin nak try. anyway RM4 utk secawan tu sgt lah ok rege dia!
ReplyDeleteYa MZ, rasanya 3-4 biji oren jugak kot dipakai utk dapat secawan jus oren tu. Tapi buah orennya lebih rasa masam dari manis jadi sekali je buat raso2 cukuplah hehe
DeleteMula kenal vending ni kat KPJ, hari-hari nak singgah Lakiku tau membeli.. lepas tu naik harga rm10, stop kejap hahaha.. then ada plak pakcik ni jual kat Belatuk medan selera sini rm8.. sambung beli situ pulak hahahaha
ReplyDeleteVending machine macam ni pun mulai bermunculan di LRT Indonesia mbak Carneyz. Segar betul nampaknya ya, jeruknya benar-benar diperas di waktu yang bersamaan. Otomatis semua by machine.
ReplyDeleteTapi saya belum pernah coba barang sekalipun. Lumayan harganya, kisaran 30-40 ribu kalau disini, hihihi
Ada satu vending machine kt KL Sentral kan...dekat area LRT Station tu..SA x pernah cuba..nanti nak cuba gak la...
ReplyDeletecanggih...tp xsuka fresh oren kalo pahit2 ..slalunya blend skali kulit hehe
ReplyDeleteCanggih ni... Tak suka kalau jus pahit², suka manis² sikit
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .