HOOGA Backyard Clearance @ The Campus Ampang

Salam Jumaat kawan-kawan,

Semalam aku gigih la driving ke The Campus Ampang semata-mata nak ke HOOGA Backyard Clearance Sale ni:


The Campus Ampang
HOOGA Backyard Clearance dari 8-12 Julai (Rabu - Ahad).

Buat korang yang baru pertama kali dengar jenama ni, HOOGA ialah sebuah jenama gaya hidup dan kediaman berasal dari Singapura yang diilhamkan oleh konsep Hygge Denmark, mewujudkan rasa selesa dan hubungan dalam kehidupan seharian (dipetik dari website HOOGA).

Tujuan aku ke backyard sale ni ialah nak mencari set cadar baru untuk anak-anak. Sesambil tu nak tengok kalau ada sale untuk reed diffuser rumah memandangkan kat rumah ni aku pakai reed diffuser HOOGA Black Series (aroma Peony & Freesia, White Tea & Ginger dan English Pear & Freesia). Aku cuma akan beli reed diffuser HOOGA time ada sale 50% ke atas je 😜. Jadi bila ada event sale macam ni memang masa yang sesuai untuk aku stock up pewangi rumah sesambil tengok barang-barang rumah yang lain.


The Campus Ampang
Tak la besar mana pun backyard clearance nya, cuma ada selected items je yang dieorang nak clear kan.

bed linens
Yang meriah kat sini ialah jualan set cadar HOOGA. Cadar Tencel ni separuh harga, berbaloi sangat. Tapi aku tak beli yang ni sebab di luar bajet yang aku dah tetapkan. 

fragrances
Barangan pewangi rumah dan kereta HOOGA antara yang popular sebab aromanya mewah tapi harga tak mahal sangat. Aku pernah jumpa reed diffuser jenama dari Eropah di Seibu TRX harga ribuan eh. Melainkan aroma tu boleh buat aku kurus atau takde selera makan, memang idok ler aku nak beli! 🤣  

scented candle
Scented candle ni nampak menarik kalau letak atas meja makan masa tetamu datang

Selepas meninjau barang-barang di sini, akhirnya aku mengangkut pulang 2 set cadar kain kapas 800 threadcount (RM139.60/set selepas diskaun 60%), alas kaki luar rumah (RM17.90 selepas diskaun 44%) dan placemat (RM4+ selepas diskaun 60%).


HOOGA Backyard Clearance
Alas kaki luar rumah (door mat)

HOOGA Backyard Clearance
Placemat

Dannnn... last but not least, selepas berfikir duaplohribukali aku beli jugak pewangi kereta ni 😅. Sebab apa? Sebab lawa, dan bau kegemaran aku (English Pear & Freesia). Yang ni diskaun 50%, so dari harganya RM50+ jadi RM20+. Harap tahan lama 🤭.


HOOGA Backyard Clearance
Ada dua design clip on - yang ni design metal. Tinggal satu je tadi dan aku berjaya sambar kotak last tu 😜

HOOGA Backyard Clearance
Yang ni pulak clip on design leather.

Aromanya complement pewangi kereta yang dihadiahkan oleh Fanny sebelum ni. Buat pertama kalinya aku driving santai-santai je tak berebut nak sampai ke rumah sebab nak menikmati aroma kesukaan aku dalam kereta hihi.

Kalau korang pun minat barangan HOOGA, boleh la singgah ke backyard clearance event HOOGA sampai Ahad ni. Tapi jangan expect semua produk ada. Reed diffuser yang aku cari tu takde. Adik aku pun siap pesan beli reed diffuser untuk rumah dia tapi yang dia nak tu takde jugak. Adik aku kena beli kat website la nampak gayanya.


Post a Comment

26 Comments

  1. Seronok kalau ada clearance sale camni, boleh stock up barang yg mmg kita gunakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clearance sale macam ni mmg ditunggu2 sebab boleh jimat lebih dari 50% 😊

      Delete
  2. Macam pernah dengar Hooga ni, cuma tak pernah nampak lagi jual di Johor atau Sis yang tak perasan.. nanti ada nak try shium candle dia tu laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Paradigm Mall JB ada Sislin. Saya suka reed diffuser dia. Scented candle tu tak pernah beli lagi.

      Delete
  3. Saya menjual pewangi bawah RM 5 je kat tik tok. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama apa tu Shai? Apa kata ko promote kat blog ko.

      Delete
  4. Slmt shopping ye carnez
    Nmpk Cadar kalu ciknur senang tergodaaa jga ni he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat dipakai pun set cadar tu Cik Nur hihi.

      Delete
  5. Pernah juga beli pewangi rumah Hooga ni. Wangi....eh berbaloi la harga Carneyz tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Ezna suka aroma yang mana satu? Memang wangi lagi2 letak kat bilik tidur. Kalau letak kat ruang tamu kena letak 2-3 botol baru betul2 wangi.

      Delete
  6. alah membeli menang memakai gitu! janji puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang berkualiti mmg puas hati bila pakai. Cuma nak lagi jimat kena tunggu masa sale baru beli 🤭

      Delete
  7. Berbaloi beli time sales. Jimat banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie. Sale potongan 50% ke atas memang saya akan beli.

      Delete
  8. ada tgk org share kt thread psl clearance sale ni...akak ada 1 slimut dr Hooga dpt gift time birthday lastyear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu singgah kedai pewangi rumah HOOGA di MyTown. Kalau ada sale baru beli. Kalau takde, jenguk gitu2 je la hehe

      Delete
  9. Banyak ya jenama HOOGA tu..best memilih yang berkenan..

    ReplyDelete
  10. sik baik sy tak tahu fasal ni
    kalau tak kompem masuk then tak jumpa jln keluar hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tak besar mana pun backyard sale ni. Pusing 2x - sekali nak tengok apa yg ada dan sekali lagi nak bandingkan harga dan ambik mana yg berkenan 😜 total masa yg dihabiskan di sini setengah jam je. Banyak masa berdiri dekat tempat jual pewangi kereta tu sebab fikir nak beli ke tak nak beli ke tak ulang2 sampai 20ribu kali 🤣

      Delete
  11. Tengah nak cari cadar cotton yg selesa juga. Tencel katanya delicate sikit nak basuh ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni pakai cadar tencel dan cotton dua2 ok je. Saya basuh dan keringkan dalam mesin. Jujurnya saya prefer lagi cadar tencel sbb kain lebih lembut dan sejuk 😄

      Delete
  12. Kalau ada kat KL boleh singgah..kita suka tengok cadar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga cadar masa sale ni memang murah sangat Kak Fzy. Kalau tak sempat pergi boleh je beli kat website, ada diskaun jugak cuma tak sebanyak dekat clearance sale.

      Delete
  13. wangian pear tu..i pun suka laa...sama mcm joe malone lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah MZ. My favourite scent utk pewangi rumah mmg EPF 😄 now dalam kereta pun bau EPF jugak hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .