Salam Jumaat kawan-kawan,
Semalam aku gigih la driving ke The Campus Ampang semata-mata nak ke HOOGA Backyard Clearance Sale ni:
![]() |
| HOOGA Backyard Clearance dari 8-12 Julai (Rabu - Ahad). |
Buat korang yang baru pertama kali dengar jenama ni, HOOGA ialah sebuah jenama gaya hidup dan kediaman berasal dari Singapura yang diilhamkan oleh konsep Hygge Denmark, mewujudkan rasa selesa dan hubungan dalam kehidupan seharian (dipetik dari website HOOGA).
Tujuan aku ke backyard sale ni ialah nak mencari set cadar baru untuk anak-anak. Sesambil tu nak tengok kalau ada sale untuk reed diffuser rumah memandangkan kat rumah ni aku pakai reed diffuser HOOGA Black Series (aroma Peony & Freesia, White Tea & Ginger dan English Pear & Freesia). Aku cuma akan beli reed diffuser HOOGA time ada sale 50% ke atas je 😜. Jadi bila ada event sale macam ni memang masa yang sesuai untuk aku stock up pewangi rumah sesambil tengok barang-barang rumah yang lain.
![]() |
| Tak la besar mana pun backyard clearance nya, cuma ada selected items je yang dieorang nak clear kan. |
![]() |
| Yang meriah kat sini ialah jualan set cadar HOOGA. Cadar Tencel ni separuh harga, berbaloi sangat. Tapi aku tak beli yang ni sebab di luar bajet yang aku dah tetapkan. |
![]() |
| Scented candle ni nampak menarik kalau letak atas meja makan masa tetamu datang |
Selepas meninjau barang-barang di sini, akhirnya aku mengangkut pulang 2 set cadar kain kapas 800 threadcount (RM139.60/set selepas diskaun 60%), alas kaki luar rumah (RM17.90 selepas diskaun 44%) dan placemat (RM4+ selepas diskaun 60%).
![]() |
| Alas kaki luar rumah (door mat) |
![]() |
| Placemat |
Dannnn... last but not least, selepas berfikir duaplohribukali aku beli jugak pewangi kereta ni 😅. Sebab apa? Sebab lawa, dan bau kegemaran aku (English Pear & Freesia). Yang ni diskaun 50%, so dari harganya RM50+ jadi RM20+. Harap tahan lama ðŸ¤.
![]() |
| Ada dua design clip on - yang ni design metal. Tinggal satu je tadi dan aku berjaya sambar kotak last tu 😜 |
![]() |
| Yang ni pulak clip on design leather. |
Aromanya complement pewangi kereta yang dihadiahkan oleh Fanny sebelum ni. Buat pertama kalinya aku driving santai-santai je tak berebut nak sampai ke rumah sebab nak menikmati aroma kesukaan aku dalam kereta hihi.
Kalau korang pun minat barangan HOOGA, boleh la singgah ke backyard clearance event HOOGA sampai Ahad ni. Tapi jangan expect semua produk ada. Reed diffuser yang aku cari tu takde. Adik aku pun siap pesan beli reed diffuser untuk rumah dia tapi yang dia nak tu takde jugak. Adik aku kena beli kat website la nampak gayanya.









26 Comments
Seronok kalau ada clearance sale camni, boleh stock up barang yg mmg kita gunakan...
ReplyDeleteClearance sale macam ni mmg ditunggu2 sebab boleh jimat lebih dari 50% 😊
DeleteMacam pernah dengar Hooga ni, cuma tak pernah nampak lagi jual di Johor atau Sis yang tak perasan.. nanti ada nak try shium candle dia tu laaa
ReplyDeleteKat Paradigm Mall JB ada Sislin. Saya suka reed diffuser dia. Scented candle tu tak pernah beli lagi.
DeleteSaya menjual pewangi bawah RM 5 je kat tik tok. ha ha ha
ReplyDeleteJenama apa tu Shai? Apa kata ko promote kat blog ko.
DeleteSlmt shopping ye carnez
ReplyDeleteNmpk Cadar kalu ciknur senang tergodaaa jga ni he hee
Alhamdulillah, dah selamat dipakai pun set cadar tu Cik Nur hihi.
DeletePernah juga beli pewangi rumah Hooga ni. Wangi....eh berbaloi la harga Carneyz tu.
ReplyDeleteSis Ezna suka aroma yang mana satu? Memang wangi lagi2 letak kat bilik tidur. Kalau letak kat ruang tamu kena letak 2-3 botol baru betul2 wangi.
Deletealah membeli menang memakai gitu! janji puas hati...
ReplyDeleteBarang berkualiti mmg puas hati bila pakai. Cuma nak lagi jimat kena tunggu masa sale baru beli ðŸ¤
DeleteBerbaloi beli time sales. Jimat banyak.
ReplyDeleteBetul tu Cie. Sale potongan 50% ke atas memang saya akan beli.
Deleteada tgk org share kt thread psl clearance sale ni...akak ada 1 slimut dr Hooga dpt gift time birthday lastyear
ReplyDeleteSaya selalu singgah kedai pewangi rumah HOOGA di MyTown. Kalau ada sale baru beli. Kalau takde, jenguk gitu2 je la hehe
DeleteBanyak ya jenama HOOGA tu..best memilih yang berkenan..
ReplyDeleteBeli masa sale lebih berbaloi Cikgu.
Deletesik baik sy tak tahu fasal ni
ReplyDeletekalau tak kompem masuk then tak jumpa jln keluar hahahaha
Hahaha! Tak besar mana pun backyard sale ni. Pusing 2x - sekali nak tengok apa yg ada dan sekali lagi nak bandingkan harga dan ambik mana yg berkenan 😜 total masa yg dihabiskan di sini setengah jam je. Banyak masa berdiri dekat tempat jual pewangi kereta tu sebab fikir nak beli ke tak nak beli ke tak ulang2 sampai 20ribu kali 🤣
DeleteTengah nak cari cadar cotton yg selesa juga. Tencel katanya delicate sikit nak basuh ye?
ReplyDeleteSetakat ni pakai cadar tencel dan cotton dua2 ok je. Saya basuh dan keringkan dalam mesin. Jujurnya saya prefer lagi cadar tencel sbb kain lebih lembut dan sejuk 😄
DeleteKalau ada kat KL boleh singgah..kita suka tengok cadar...
ReplyDeleteHarga cadar masa sale ni memang murah sangat Kak Fzy. Kalau tak sempat pergi boleh je beli kat website, ada diskaun jugak cuma tak sebanyak dekat clearance sale.
Deletewangian pear tu..i pun suka laa...sama mcm joe malone lah kan
ReplyDeleteAah MZ. My favourite scent utk pewangi rumah mmg EPF 😄 now dalam kereta pun bau EPF jugak hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .