Jadilah Pembeli Yang Bijak...

Aku nak cerita kat sini sebagai pengajaran kepada diri-sendiri huhu.

Kisahnya, bedak cushion aku ni dah habis jadi aku pun pergi ke Watsons nak beli yang refill punya, kononnya nak jimat la dari beli yang satu set tu...


Skintific cushion refill
Refill bedak cushion yang memberi seribu pengajaran...

Kesilapan #1: Lupa check harga sebelum bayar

Kat sini la berlaku kesilapan yang aku akui salah sendiri. Harga bedak cushion jenama Skintific ni kalau beli yang complete set ialah RM56+ sebab ada members' sale. Jadi aku pun assume harga refill ni lebih murah. Selepas aku bayar baru aku check resit. Terkejut aku tengok harga refill lebih mahal rupa-rupanya sebab takde diskaun! Harganya RM62 🤦🏻‍♀️ *tepuk dahi kali pertama*


Kesilapan #2: Lupa buat perbandingan di aplikasi Watsons 

Lepas tu bila aku sampai ke rumah, baru terfikir nak check kat apps Watsons ada diskaun tak. Bayangkan mata aku kecik besar kecik besar bila dapat tau beli online bukan dapat 1, tapi dapat 2 pada harga yang sama! 🫠 *tepuk dahi kali kedua*


Skintific cushion refill
Dimanakah kebijaksanaanmu, wahai Carneyz???

Pengajarannya:

#nasisudahmenjadibubur

#sudahterhantukbarutengadah 

#adanuke


Korang jangan jadi macam aku ye. Sebelum beli, buat research dulu. Jadilah pembeli yang bijak. Kalau tak rugiiiiiii. Terus rasa kena scam tapi tak boleh nak salahkan Watsons sebab salah aku tak check awal-awal huahuahuahuaaaa!!

Post a Comment

4 Comments

  1. Kita jarang tgk online apps dia hehee... pasni kena la jenguk² apps..

    Masa kat hatyai kemain pandai plak tgk apps boots kan hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Masa cuti2 pandai pulak berjimat-cermat, hari2 biasa kemain lagi belanja tak hengat 😜

      Delete
  2. Aduhhh.. terasa ruginya. Kita pun kadang suka beli online tapi dekat Kedai Watsons dapat point. Tapi, betullah, macam Carneyz ni kadang memang boleh terlupa semak harga, takpe², next time kena semak betul².

    ReplyDelete
  3. Kalau beli tanpa buat research tu memang uncle lah tu....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .