Hari ni lambat sikit bersiaran sebab aku kekeringan idea nak cerita apa kat blog huhu. Nak cerita apa aku buat hari ni pun macam alaa... bosannya 😅. Tapi kalau blog kena removed sekali lagi, lagi bosan kan kan kannnn? Maka Carneyz, janganlah malas update blog. Pinjam ayat Wak Lat kejap - blog bukan hak milik kekal 😬.
Pagi tadi macam biasa, temankan Suami Terchenta sarapan pagi di restoran mamak. Macam biasa jugak, sarapan pilihan kami ialah roti kosong kuah kari ikan. Mamak pun sampai hafal agaknya pesanan kiteorang 😆. Lepas sarapan, aku pergi brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa walaupun KL tengah mengalami jerebu yang teruk sekarang ni selepas kebakaran besar di Bromo hujung minggu lepas. Syukurlah walaupun jerebu tapi takde bau asap yang kuat. Selepas 45 minit, hujan pun turun - mula-mula renyai-renyai je tapi lepas tu bertambah lebat. Akibatnya tak dapat capai 10,000 langkah, cuma dapat 8000+ lepas tu kena balik. Sampai rumah lencun baju aku sebab bawak motor hihi. Terus mandi dan salin pakaian.
![]() |
| My favourite view di Taman Tasik Titiwangsa - sayup-sayup boleh nampak rumah sewa lama dan belakang tu lagi ialah rumah kiteorang duduk sekarang ni |
![]() |
| Hujan + jerebu = hilang terus pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit! Menara Berkembar Petronas je nampak bayang-bayang |
![]() |
| Setakat pukul 3 petang, belum dapat kumpul 10k langkah lagi. Tunggu malam nanti la kot. |
Lepas hantar Khadeeja ke sekolah, perut berkeroncong minta diisi. Malam semalam aku buat sup tomato tapi end up kenyang pulak lepas makan spaghetti carbonara sudahnya sup tomato tu tukar jadi hidangan lunch hari ni. Kat rumah ada wrap, keju mozzarela dan setin ayam carik mayones jenama Ayam Brand:
| First time beli, niat nak buat sandwich |
Teringat resipi quesadilla yang dikongsikan oleh Kak Mulan. Jadinya aku pun buat chicken wrap ala-ala quesadilla sebab nak cicah dengan sup tomato. Sedapnya makan panas-panas dengan cheese mozarella yang masih meleleh tu!
![]() |
| Sup tomato dengan basil makan dengan chicken wrap |
Alhamdulillah, kenyang. Burppp!




17 Comments
ayam carik mayonis tu i ada beli jugak cuma lom try mkn lagi...kat gombak/uia tak ujan pun pg td..tp kat sri gombak lewat ptg ada turun hujan rahmat alhamdulillah
ReplyDeleteTasik titiwangsa pun best briswalk kan cumaanya malas kesitu sb parking payah nk lg ptg2
ReplyDeleteTenang tgk tasiknya
Cantik la gambar 1 tu Carneyz. Tengah bersemangat hujan pula ya tapi hati2 juga bab hujan ni sebab kat Malaysia ni takut ada kilat je.
ReplyDeletesama la Cie pun duk fikir kalau blog kena remove lagi bosan la hidup takde apa aktiviti menarik.
ReplyDeleteKmk ria dah create blog baru dah koh... mun lamaknya dilock ria alu launch blog barulah
ReplyDeleteProduktif seorang layan jalan laju. Kalau blog kena buang mampu jalan-jalan ke blog orang.
ReplyDeleteSkrg briwalk ulang alik pergi balik tandas je dalam 200 langkah. selalunya anggaran 5 kali sehari pergi tandas. dapatlah 1000 langkah. ha ha ha
ReplyDeletenampak ada yang share air tasik titiwangsa kering..tak tau la sebab apa
ReplyDeletekuantan malam tadi pun hujan,tapi tetap panas juga rasa
puas hati dapat pusing tasik titiwangsa tu
ReplyDeleteTeringat ayat wak tu. Betullah tu kata wak Lat. Wak Lat pun asyik berubah je blognya pun.
ReplyDeleteBaiklah, kita semangat je update blog.
Sampai sini kesan kebakaran tu kan. Dasyat juga kebakran tu. Bestnya briskwalk tempat cantik, terapi mata sekali.
cuaca KL x menentu lately ada kala pagi lagi dah hujan... tp yg pasti panassss membahang bawa sampai ke mlm
ReplyDeleteSA pun ada beli ayam carik tu jugak...senang nak buat sandwich
ReplyDeleteUtk makan malam HR ini, saya pun nak buat tuna wrap nanti. Selalu pakai ayam brand juga. Tinggal oles . Kalau sedang malas makan nasi, pasti pilih menu2 wrap atau sandwich 😄
ReplyDeleteOk nak cari lah ayam carik jugak nanti makan dengan sup tomato sedapnya, belum pernah try ni. Thanks for sharing Carneyz 😋😋😋
ReplyDeleteAlhamdulillah aktiviti sihat, kemudian mestilah cari makan kan..
ReplyDeleteTenang je view kat sana ek...Suka tengok...Takda rezeki nak briskwalk lelama...Next timeeee
ReplyDeleteThat views re beautiful..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .