Alkisahnya kan... semalam aku nak menghabiskan oren dalam peti sejuk. Oren tu agak masam jadi nak buat jus pun macam tak laku je 😅. Jadi apa kata buat kek je. Aku pun Google resipi yang guna oren dalam bahan asas kek dan terjumpa resipi kek chiffon oren. Bahan-bahan nak buat kek mostly ada dalam pantry kecuali cream of tartar, tapi ada orang share tips kalau takde bendalah ni boleh ganti dengan cuka / jus lemon. OK jus lemon ada, apa lagi projek menghabiskan oren pun onz.
![]() |
| Bahan-bahan yang diperlukan - telur, gula halus, jus lemon, tepung naik sendiri, perahan jus oren, parutan kulit oren dan secubit garam. Simple je bahan-bahannya, nak membuatnya yang payah hihi... |
Bahan A: 6 biji putih telur, 3/4 cawan gula halus, 2 sudu teh jus lemon / 1 sudu teh cream of tartar.
Cara: Buat meringue dulu - pukul putih telur sampai berbuih lepas tu masukkan gula dan jus lemon (pastikan bekas betul-betul kering tau, takde setitis air pun dalam tu!). Pukul sampai kental putih berkilat dan bertanduk. Bila terbalikkan bekas, meringue takkan jatuh dan melekat je dalam tu.
![]() |
| Aku guna food processor memang ada mode untuk buat meringue. Tekan je satu butang dan tunggu sampai siap. Sementara tu boleh buat bahan B pulak. |
Bahan B: 1 3/4 tepung naik sendiri, secubit garam, 1/2 cawan gula halus, 1/2 cawan jus oren, sedikit parutan kulit oren, 6 biji kuning telur, 1/4 cawan minyak jagung.
Cara: Pukul kuning telur dengan gula sampai sebati, masukkan minyak jagung, garam dan jus oren. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun perlahan sampai sebati. Selepas tu, ambil setengah bahan A dan gaul rata ke dalam bahan B. Setengah lagi kaupkan ke dalam bahan B sampai sebati.
Masukkan ke dalam loyang. Hentak loyang 2-3 kali untuk mengeluarkan lebihan angin dalam adunan kek.
![]() |
| Ada lagi lebihan oren aku potong nipis letak sebagai hiasan atas kek. Kunun nak berseni kan hihi! |
Bakar pada suhu 170℃ selama 60 minit dengan api atas bawah. Pastu baru aku sedar aku telah buat kesilapan - patutnya oren tu letak la kat dasar loyang dulu baru tuang kek atas tu hihi. Tak memasal kek berlekuk bila dah masak 😜.
![]() |
| Kek akan merekah di permukaan |
Lepas dah masak, terbalikkan acuan tadi dan biarkan selama 45 minit (atau betul-betul sejuk). Lepas tu ambik pisau dan sisipkan keliling kek dan keluarkan kek dari loyang.
![]() |
| Kejadian kek ni bantat sikit, tekstur tak macam kek chiffon. Hmm... Takpe la janji sedap 🥲 |
Yang penting berjaya jugak menghabiskan buah oren dalam peti sejuk. Tapi tu la, nak kasi jiran pun segan. Kalau cantik elok gebu-gebas, barulah bangga sikit nak bagitau jiran aku bakar kek tadi 🤣. Buat minum petang untuk diri-sendiri boleh la. Harap-harap lain kali berjaya la aku buat kek chiffon oren yang naik elok dan tekstur macam span toing-toing. Tapi lain kali tu bila ye? 6 biji telur untuk buat kek dalam ekonomi sekarang agak kurang praktikal 😜. Baik buat jus oren je lain kali!






39 Comments
Terbaik la buat kek..
ReplyDeleteTakpe, esok lusa buat lagi, boleh bagi jiran²
Takpelah Linda. Lain kali buat jus je tambah air gula sikit 🤪 nak buat lagi kena pakai telur banyak tu yg lemah sikit hehe
DeletePercubaan yang baik. Belajar dari kesilapan.
ReplyDeleteIye Shai, tu yg letak kat blog supaya senang nak rujuk balik kesilapan kali pertama tu hihi
DeleteRajinnya buat kek.. saya sekarang ni sanggup beli jer sebab kalau buat kena makan banyak :)
ReplyDeleteHehe niatnya alang2 nak habiskan buah oren dalam peti sejuk ni boleh jugak hantar kat jejirans kuih tu jugak. Tapi dah kejadiannya kurang estetik ni terus tak jadi bagi kat jirans hihi 🤭
DeleteHari tu baca komen sis dekat my blog, pasal kek pisang tu. Alhamdulillah menjadi juga kek orennya, wpun tak perfect. But it's okay, janji jadi.
ReplyDeleteAlhamdulillah jadi la bentuk kek walaupun tak sempurna sis hehe. Yang penting sedap 😅
DeleteAdoi kelakar pulak, tapi resepi upside-down orange cake ni comel sangat! Janji rasanya tetap mantap & fresh! Walau bentuk berlekuk sikit, homemade orange cake tetap terbaik buat tea time. Dapur wangi tak Sis masa bakar? Mesti wangi kan uwuuuu
ReplyDeleteRasanya macam kuih bahulu SR 🤭. Rasa oren tu sipi-sipi je. Tak wangi sangat sebab resipi kek ni takde letak esen vanila.
DeleteBantat sikit aje tu, keknya masak elok, sedap tu buat minum petang, bancuh teh o panas lagi lah kalau teh o yg ada flavour mangga ke, peach ke.. ehhhh.. terbayang pulak. Rasanya punca bantat dari buah oren atas tu la Carneyz.
ReplyDeleteYe SK, hidang dengan teh Earl Grey panas2 tak letak gula sebab keknya dah manis 😅
DeleteSaya pulak rasa kek bantat sebab saya pergi adun meringue dengan bahan B tu guna mixer. Resipi tu suruh gaul kaup dalam adunan tu je, mungkin dah terlebih pukul (overmix).
Tapi nampak kejadian chiffon tu...kalo bantat benyek terus...
ReplyDeleteBantat sis, tengah2 dia berlubang macam ada underground tunnel pulak! 🤣
DeleteHahaha tahniah berjaya juga tu buatbsebiji kek... pasni bole prektis lagi buat kek lain pastu htr kt jiran jauh ni sket 🤪🤣🤣
ReplyDeleteAdoi, kita suruh jiran yg jauh sket tu datang minum petang kat rumah je la camtu hahaha!
Deletejanji sedap. tak jadi seperti yang sepatutnya pun takpe. boleh je makan kan..alhamdulillah
ReplyDeleteItulah, keknya masih boleh dimakan dan lembut cuma tak segebu yg diharapkan hihi
Deletesaya suka kek oren!! tapi memang tak reti baking2 ni..zmn2 dulu pernah try baking, byk kali bantat so terus serik dah hahhah
ReplyDeleteI takde la reti sangat pun baking ni tapi tu la, demi nak menghabiskan buah oren kononnya hehe.
DeleteHehe asal sedap. Alahai bantat. Saya tidak suka resipi asing putih ke kuning telur yang pakai.
ReplyDeleteMemang renyah sikit tapi biasanya kek akan jadi ringan dan gebu-gebas kalau dibandingkan dengan kek biasa hehe
Deletexpe, asal boleh makan. saya pulak dh lama tak baking.. anak minta buat soft cookies, tak buat2 lagi..huhu.. nak cari semangat tu alahai..
ReplyDeleteTerpaksa la gigih menghabiskan keknya. Ingatkan nak makan sikit je selebihnya bagi kat jiran2 😅
DeleteKalau Cie tu cicah asamboi jela atau buat jus letak gula. Takdela rajin nak buat kek bagai. Siap buat meringue tu memang rajin sangat ni.
ReplyDeleteNak buat meringue tak susah sbb food processor ni mmg ada mode tekan butang pastu tinggal je sementara pukul bahan B 🤭 tu la lain kali buat jus letak gula je la. Jimat sikit telur & tenaga hihi
DeleteJanji hasilnya okay boleh makan. Takpe, belajar dari pengalaman. Lepas ni kalau buat lagi mesti much better dari sebelumnya. Kita ni kalau bab kek selalu jadi penggagal. Tak ada bakat bakar membakar ni. Masak lauk campak-campak okay lagi boleh jadi. hihihi....
ReplyDeleteIye sis. Maklumlah first time buat hihi. Takpe lain kali buat jus je letak gula. Jimat telur & tenaga hihi
DeleteMesti jiran jiran dah bau dah tu kek oren. Aiyokkk 🤭🤭
ReplyDeleteTak kuat sangat baunya sbb resipi ni tak letak esen vanila. Aroma oren tu pun subtle je. Kalau buat kek letak esen vanila / serbuk kayu manis / mentega mungkin semerbak wangi laaaa
DeleteTeringat zaman mula2 suka
ReplyDeleteMencuba resepi
Gagal jga
Next cuba lg
Ciknur lama
X buat chiffon kalau buat skrg
Dah malas
Tak
Mcm
Dulu
Aah kan, tak boleh putus asa bila nak belajar baking ni. Kalau setakat resipi simple2 ok la buat trial banyak2 kali ni. Tapi kalau bahan2nya mahal ermm... hahaha!
DeleteHahahahaha tak apalah Karni , yg penting sedap 😄😄. Dan Oren akhirnya habis. Sukaaaa kek Oren begini, tp memang tunggu lebaran kuda pun tak akan saya buat sendiri kek nih 😂.
ReplyDeleteYang penting masih boleh dimakan tak gitu kan? 🤭 Aduh, tak dapat la saya merasa air tangan Fanny macam ni 🤣
DeleteJanji kek menjadi, rasa oren dan oren tak bazir kecut dalam esbox hehehehe
ReplyDeleteLamanya tak membaking, oven kemain beso (kata Laki)
Ye, mcm tu la pujuk hati sendiri bila tengok hasil kek yang bantat tu hahaha!
Deletekira menjadi juga laa tu daripada terus tak jadi...
ReplyDeletebyk juga ya telur diperlukan...
sy sangka dlm 2-3 biji je
tapi di mata saya nampak okay je kek ni. dulu saya pernah buat kek jugak, memang bantat yg betul2 bantat tu. tekstur kek mmng tak cantik langsung la. terus merajuk tak pernah bakar kek sejak tu
ReplyDeleteBetul janji sedap, kadang tak kisah texture nya. Lama tak buat chiffon cake ni. Suspen je time nak buat.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .