Kekku Yang Bantat!

Alkisahnya kan... semalam aku nak menghabiskan oren dalam peti sejuk. Oren tu agak masam jadi nak buat jus pun macam tak laku je 😅. Jadi apa kata buat kek je. Aku pun Google resipi yang guna oren dalam bahan asas kek dan terjumpa resipi kek chiffon oren. Bahan-bahan nak buat kek mostly ada dalam pantry kecuali cream of tartar, tapi ada orang share tips kalau takde bendalah ni boleh ganti dengan cuka / jus lemon. OK jus lemon ada, apa lagi projek menghabiskan oren pun onz. 


orange chiffon cake
Bahan-bahan yang diperlukan - telur, gula halus, jus lemon, tepung naik sendiri, perahan jus oren, parutan kulit oren dan secubit garam. Simple je bahan-bahannya, nak membuatnya yang payah hihi...

Bahan A: 6 biji putih telur, 3/4 cawan gula halus, 2 sudu teh jus lemon / 1 sudu teh cream of tartar. 

Cara: Buat meringue dulu - pukul putih telur sampai berbuih lepas tu masukkan gula dan jus lemon (pastikan bekas betul-betul kering tau, takde setitis air pun dalam tu!). Pukul sampai kental putih berkilat dan bertanduk. Bila terbalikkan bekas, meringue takkan jatuh dan melekat je dalam tu.


meringue
Aku guna food processor memang ada mode untuk buat meringue. Tekan je satu butang dan tunggu sampai siap. Sementara tu boleh buat bahan B pulak.

Bahan B: 1 3/4 tepung naik sendiri, secubit garam, 1/2 cawan gula halus, 1/2 cawan jus oren, sedikit parutan kulit oren, 6 biji kuning telur, 1/4 cawan minyak jagung.

Cara: Pukul kuning telur dengan gula sampai sebati, masukkan minyak jagung, garam dan jus oren. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun perlahan sampai sebati. Selepas tu, ambil setengah bahan A dan gaul rata ke dalam bahan B. Setengah lagi kaupkan ke dalam bahan B sampai sebati.


orange chiffon cake
OK aku rasa dekat sini la berlaku sedikit kesilapan sebab aku tak baca betul-betul resipinya. Sepatutnya gaul guna spatula (gaul dan kaup meringue tadi dalam bahan B) tapi aku pulak putar dalam food processor.

Masukkan ke dalam loyang. Hentak loyang 2-3 kali untuk mengeluarkan lebihan angin dalam adunan kek.


orange chiffon cake
Ada lagi lebihan oren aku potong nipis letak sebagai hiasan atas kek. Kunun nak berseni kan hihi!

Bakar pada suhu 170℃ selama 60 minit dengan api atas bawah. Pastu baru aku sedar aku telah buat kesilapan - patutnya oren tu letak la kat dasar loyang dulu baru tuang kek atas tu hihi. Tak memasal kek berlekuk bila dah masak 😜.


orange chiffon cake
Kek akan merekah di permukaan

Lepas dah masak, terbalikkan acuan tadi dan biarkan selama 45 minit (atau betul-betul sejuk). Lepas tu ambik pisau dan sisipkan keliling kek dan keluarkan kek dari loyang.


orange chiffon cake
Kejadian kek ni bantat sikit, tekstur tak macam kek chiffon. Hmm... Takpe la janji sedap 🥲

Yang penting berjaya jugak menghabiskan buah oren dalam peti sejuk. Tapi tu la, nak kasi jiran pun segan. Kalau cantik elok gebu-gebas, barulah bangga sikit nak bagitau jiran aku bakar kek tadi 🤣. Buat minum petang untuk diri-sendiri boleh la. Harap-harap lain kali berjaya la aku buat kek chiffon oren yang naik elok dan tekstur macam span toing-toing. Tapi lain kali tu bila ye? 6 biji telur untuk buat kek dalam ekonomi sekarang agak kurang praktikal 😜. Baik buat jus oren je lain kali!

Post a Comment

39 Comments

  1. Terbaik la buat kek..
    Takpe, esok lusa buat lagi, boleh bagi jiran²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah Linda. Lain kali buat jus je tambah air gula sikit 🤪 nak buat lagi kena pakai telur banyak tu yg lemah sikit hehe

      Delete
  2. Percubaan yang baik. Belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Shai, tu yg letak kat blog supaya senang nak rujuk balik kesilapan kali pertama tu hihi

      Delete
  3. Rajinnya buat kek.. saya sekarang ni sanggup beli jer sebab kalau buat kena makan banyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe niatnya alang2 nak habiskan buah oren dalam peti sejuk ni boleh jugak hantar kat jejirans kuih tu jugak. Tapi dah kejadiannya kurang estetik ni terus tak jadi bagi kat jirans hihi 🤭

      Delete
  4. Hari tu baca komen sis dekat my blog, pasal kek pisang tu. Alhamdulillah menjadi juga kek orennya, wpun tak perfect. But it's okay, janji jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jadi la bentuk kek walaupun tak sempurna sis hehe. Yang penting sedap 😅

      Delete
  5. Adoi kelakar pulak, tapi resepi upside-down orange cake ni comel sangat! Janji rasanya tetap mantap & fresh! Walau bentuk berlekuk sikit, homemade orange cake tetap terbaik buat tea time. Dapur wangi tak Sis masa bakar? Mesti wangi kan uwuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam kuih bahulu SR 🤭. Rasa oren tu sipi-sipi je. Tak wangi sangat sebab resipi kek ni takde letak esen vanila.

      Delete
  6. Bantat sikit aje tu, keknya masak elok, sedap tu buat minum petang, bancuh teh o panas lagi lah kalau teh o yg ada flavour mangga ke, peach ke.. ehhhh.. terbayang pulak. Rasanya punca bantat dari buah oren atas tu la Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK, hidang dengan teh Earl Grey panas2 tak letak gula sebab keknya dah manis 😅

      Saya pulak rasa kek bantat sebab saya pergi adun meringue dengan bahan B tu guna mixer. Resipi tu suruh gaul kaup dalam adunan tu je, mungkin dah terlebih pukul (overmix).

      Delete
  7. Tapi nampak kejadian chiffon tu...kalo bantat benyek terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantat sis, tengah2 dia berlubang macam ada underground tunnel pulak! 🤣

      Delete
  8. Hahaha tahniah berjaya juga tu buatbsebiji kek... pasni bole prektis lagi buat kek lain pastu htr kt jiran jauh ni sket 🤪🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, kita suruh jiran yg jauh sket tu datang minum petang kat rumah je la camtu hahaha!

      Delete
  9. janji sedap. tak jadi seperti yang sepatutnya pun takpe. boleh je makan kan..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, keknya masih boleh dimakan dan lembut cuma tak segebu yg diharapkan hihi

      Delete
  10. saya suka kek oren!! tapi memang tak reti baking2 ni..zmn2 dulu pernah try baking, byk kali bantat so terus serik dah hahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. I takde la reti sangat pun baking ni tapi tu la, demi nak menghabiskan buah oren kononnya hehe.

      Delete
  11. Hehe asal sedap. Alahai bantat. Saya tidak suka resipi asing putih ke kuning telur yang pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang renyah sikit tapi biasanya kek akan jadi ringan dan gebu-gebas kalau dibandingkan dengan kek biasa hehe

      Delete
  12. xpe, asal boleh makan. saya pulak dh lama tak baking.. anak minta buat soft cookies, tak buat2 lagi..huhu.. nak cari semangat tu alahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa la gigih menghabiskan keknya. Ingatkan nak makan sikit je selebihnya bagi kat jiran2 😅

      Delete
  13. Kalau Cie tu cicah asamboi jela atau buat jus letak gula. Takdela rajin nak buat kek bagai. Siap buat meringue tu memang rajin sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat meringue tak susah sbb food processor ni mmg ada mode tekan butang pastu tinggal je sementara pukul bahan B 🤭 tu la lain kali buat jus letak gula je la. Jimat sikit telur & tenaga hihi

      Delete
  14. Janji hasilnya okay boleh makan. Takpe, belajar dari pengalaman. Lepas ni kalau buat lagi mesti much better dari sebelumnya. Kita ni kalau bab kek selalu jadi penggagal. Tak ada bakat bakar membakar ni. Masak lauk campak-campak okay lagi boleh jadi. hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis. Maklumlah first time buat hihi. Takpe lain kali buat jus je letak gula. Jimat telur & tenaga hihi

      Delete
  15. Mesti jiran jiran dah bau dah tu kek oren. Aiyokkk 🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuat sangat baunya sbb resipi ni tak letak esen vanila. Aroma oren tu pun subtle je. Kalau buat kek letak esen vanila / serbuk kayu manis / mentega mungkin semerbak wangi laaaa

      Delete
  16. Teringat zaman mula2 suka
    Mencuba resepi
    Gagal jga
    Next cuba lg
    Ciknur lama
    X buat chiffon kalau buat skrg
    Dah malas
    Tak
    Mcm
    Dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan, tak boleh putus asa bila nak belajar baking ni. Kalau setakat resipi simple2 ok la buat trial banyak2 kali ni. Tapi kalau bahan2nya mahal ermm... hahaha!

      Delete
  17. Hahahahaha tak apalah Karni , yg penting sedap 😄😄. Dan Oren akhirnya habis. Sukaaaa kek Oren begini, tp memang tunggu lebaran kuda pun tak akan saya buat sendiri kek nih 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting masih boleh dimakan tak gitu kan? 🤭 Aduh, tak dapat la saya merasa air tangan Fanny macam ni 🤣

      Delete
  18. Janji kek menjadi, rasa oren dan oren tak bazir kecut dalam esbox hehehehe
    Lamanya tak membaking, oven kemain beso (kata Laki)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mcm tu la pujuk hati sendiri bila tengok hasil kek yang bantat tu hahaha!

      Delete
  19. kira menjadi juga laa tu daripada terus tak jadi...
    byk juga ya telur diperlukan...
    sy sangka dlm 2-3 biji je

    ReplyDelete
  20. tapi di mata saya nampak okay je kek ni. dulu saya pernah buat kek jugak, memang bantat yg betul2 bantat tu. tekstur kek mmng tak cantik langsung la. terus merajuk tak pernah bakar kek sejak tu

    ReplyDelete
  21. Betul janji sedap, kadang tak kisah texture nya. Lama tak buat chiffon cake ni. Suspen je time nak buat.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .