Salam Isnin kawan-kawan,
Minggu lepas masa aku brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa, cuaca sangatlah cantik - cerah tapi redup. Yang penting tak berjerebu sebab malam sebelumnya hujan.
Aku menghabiskan 30 minit brisk walk sebelum aku decide untuk berhenti dan ambik gambar di beberapa spot with my favourite views:
 |
| Subhanallah! As always, ini pemandangan yang paling cantik di Taman Tasik Titiwangsa 😍 |
Taman Tasik Titiwangsa ni kalau pergi weekend memang wassalam je la... penuh dengan umat manusia! Aku akan rasa serabut bila pergi ke sini pada hujung minggu jadi aku akan elak pergi on weekend. Tapi kalau hari biasa, suasananya lebih aman dan tenang. Ditambah lagi dengan cuaca yang elok, certain spots tu nampak macam seolah-olah berada di luar negara:
 |
| Seolah-olah berjalan di tepi tasik di Eropah dengan daun pokok weeping willows yang berjuntai di atas permukaan tasik dan tumbuhan reeds yang tumbuh dalam air. Pantulan cahaya langit dan pokok atas permukaan air yang jernih menjadikan suasana di sini kelihatan charming |
 |
| Autumn in my heart, anyone? |
 |
| Forest roof |
 |
| The path to nowhere and everywhere |
 |
| The umbrella trees / Madagascar Almond trees (pokok ketapang) |
Satu benda yang aku suka pasal Taman Tasik Titiwangsa ni, pemandangan dia tak bosan. Kalau taman lain, jalan-jalan nampak pokok je. Tapi kat sini lain sikit - bila jalan, kejap-kejap jumpa arca, lepas tu nampak tasik, kawasan berpokok, siap ada maze dan pergola lagi. Bagi orang yang jenis cepat bosan macam aku ni, perubahan suasana macam ni memang ngam sangat. Otak pun sentiasa rasa fresh bila pusing-pusing kat sini.
 |
| Salah satu arca yang dibina di Taman Tasik Titiwangsa |
 |
| View air pancut dari platform merah |
 |
| Gambar artistik la kononnya di laluan wind chime yang berwarna-warni |
 |
| Dulu laluan ni digantung dengan fabrik berwarna-warni tapi agaknya fabrik cepat pudar jadi ditukar dengan wind chime besi yang bergantungan |
 |
| Ni kalau angin kuat macamana la bunyinya bila berlaga sesama-sendiri? |
Kalau korang pulak, suka brisk walk dekat mana?
Nota kaki: Semua gambar ni aku dah edit guna Google Photo.
32 Comments
Untung tau g situ time xde orang hehehe.... kita hanya berkesempatan weekend je la tp kalau x dpt parking mmg drive thru je la 🤪🤪
ReplyDeleteAah, klu weekend serabut betul. Nak parking satu hal, nak berjalan kat dalam tu pun sesak dgn org jugak hehe.
Deletebest briskwalk xde orang..kat rumah SA..hujung simpang tu pemaju dah tolak tanah,..katanya nak buat tempat riadah..tasik yang ada tu plak macam loji tapi bukan loji..kita tunggu la kejadiannya nanti...
ReplyDeleteSemoga elok la kejadiannya nanti hehe
Deletegambar semua lawa giler!! i paling suka the 1st two pictures tu!
ReplyDeleteYes, dua2 tu my fave view hehe
Deletecantik view titiwangsa..sambil brisk walk sambil snap gmbr view cantik...aritu husband ajak ke titiwangsa lps tu tk jd...so briskwalk sekitar area umah je
ReplyDeleteMemang cantik, sebab tu suka pergi sini pagi2. Lagipun tak jauh dari rumah kiteorg jugak
DeleteUwaaaaaah cantiiiiiiik 😍😍😍😍😍. Kalau sepi begini barulah saya suka utk briskwalk . Kalau ramai sangat memang tak nyaman. Apalagi di sini banyak spot2 estetik. Sayapun bosan kalau view-nya samaaaa semua. Harus ada yg bermacam2 begini baru semangat nak eksplor
ReplyDeleteIya, kalau weekdays memang selalunya sepi dan tenang je. Yang ada pun biasanya muka2 yang biasa ada di sana pagi2. Kadang2 sampai bertegur-sapa sebab selalu jumpa hehe
Deleteyang tempat angin berlaga2 tu, linda tak pernah teroka lagi.. tapi, memang betul Taman Tasik Titiwangsa ni memang tak jemu la.. waktu weekend memang ramai manusia
ReplyDeleteNi dekat tepi mini stadium tu Linda. Betul, Taman Tasik Titiwangsa mmg menarik sbb view dia bertukar2 tak statik je hehe
DeleteDah lama tak pergi Taman Tasik Titiwangsa. Tasik yang dekat Kelana Jaya pun x tersinggah juga. Ha ha ha
ReplyDeleteRajin2 la keluarkan peluh dekat taman tu Shai hehe.
DeleteCantikk ar view.. Sis selalu di Bukit Layang-Layang tapi jarang bawa HP sebab tangan bawa air tumbler hahahaha.. dapat 3 round duk sat pastu blah.. nanti laa nak bawa HP nak amik gambar juga hahahaha
ReplyDeleteOh, air tumbler biasa tinggal kat motor je hehe. Biasa pakai jaket Uniqlo yg ringan tu, jadi masa brisk walk phone letak dlm poket je.
DeleteWeekend memang wassalam la he hee penah pegi last2 duk dlm kereta pusing2 parkingg xdakkk
ReplyDeleteAnginn satu badan
Last pegi Lupaaa dah itupun nasib la parking punyaaa jauhhh
Iye Cik Nur, weekend jgn dihampiri tasik titiwangsa ni, mmg penuh yakmat hehe
Deletecantikkk...nice shots...dah lama x ke sini..haáh kalau gi weekend, mmg ramai umat manusia...hari biasa, tenang2 je suasana..
ReplyDeleteklu nak gi weekdays hello2 je saya hehe. Tapi biasanya saya pergi lepas teman husband breakfast kat mamak 🤭
DeleteCantik suasana kat sini. Gambar pun cantik! Seronok lah dapat brisk walk kat taman yang cantik macam ni. Tenang je bila weekdays, weekend tu memang tak dapatlah nak ambil gambar macam ni kan.
ReplyDeleteAah Pizzah. Kalau weekdays nampak belakang kepala orang je kot hehe.
DeleteSubhanallah cantiknya view
ReplyDeleteCantik sangat taman tasik ni, kak Mulan. Tapi syaratnya kena datang hari biasa hehe. Kalau tak serabut betul 😅
DeleteCantik gambar boleh jadi photog dah ni 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya edit jugak dgn Google Photos. Tapi hari saya ambik gambar ni mmg cantik cuaca cerah dan lighting on point je.
DeleteLast week memang cantik lah cuaca... kalau hari ni... berjerebu!
ReplyDeleteIye Uncle. Minggu ni mmg tak pergi brisk walk langsung. Tekak pun dah mula rasa gatal2 je hidu asap jerebu ni.
DeleteWhat a beautiful place. Thanks for sharing
ReplyDeleteThank you. This place is called Taman Tasik Titiwangsa (Titiwangsa Lake Park) in Kuala Lumpur.
DeleteDulu masa zaman belajar kat ukmkl, selalu juga jogging dan main badminton kat Tasik Titiwangsa tu, kolej kami sangat dekat dgn tasik tu.. skg dah makin cantik tempat tu..
ReplyDeletekalau free suka jg briskwalk kat sini
ReplyDeletesuka tgk tasik ni
dah jd lbh baik keadaannya berbanding sblm ni
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .