Sardine Omelette Wrap

Salam Jumaat kawan-kawan,

Semalam takde mood nak blogging gara-gara terhiris jari masa potong ayam di dapur untuk makan malam. Masa tu menyesal pulak tak mencarum SOCSO untuk suri rumahtangga (sempat ye terfikir pasal ni, ahaks!). Alhamdulillah darah berhenti sendiri selepas 10 minit walaupun agak dalam lukanya. Kalau tak, satu hal pulak kena dapatkan rawatan di klinik. 

Anyway, jadi takde mood tu sebab aku asyik typo je bila tak dapat guna jari yang cedera tu nak taip kat keyboard 🥲. Bertabahlah Carneyz huhu... Kalau ada typo tu korang buat-buat tak nampak je la ye!

Ni dah ada mood nak cerita aktiviti semalam. Pagi semalam Suami Terchenta mintak aku yang hantar Khayla ke sekolah sebab dia nak sambung rehat lepas kerja lewat tengah malam. Alang-alang keluar hantar Khayla, aku pun sarung seluar trek dengan kasut sukan dan terus lajak ke Taman Tasik Titiwangsa lepas tu.


pedometer
Jumlah langkah semalam setakat jam 8.30 malam

Setel dapat cukupkan 10 ribu langkah, aku pun balik. Ingatkan nak pergi sarapan di restoran mamak dengan Suami Terchenta, tapi dia dah pergi ofis pulak. Maka aku pun buat sarapan kat rumah. Tengok bahan-bahan dalam peti sejuk, ada lebihan sambal sardin, daun salad dan telur. Whole grain wrap pun ada lagi ni. Jadi tercetuslah idea nak buat sardine omelette wrap:


sardine omelette wrap
Langkah 1: Pukul 3 biji telur, panaskan kuali dan letak sedikit minyak zaitun. Goreng omelette dalam kuali

sardine omelette wrap
Langkah 2: Letakkan wrap atas omelette


sardine omelette wrap
Langkah 3: Terbalikkan omelette dan wrap tadi. Kecilkan api. Letakkan sardin atas omelette

sardine omelette wrap
Langkah 4: Letak daun salad atas sardin

sardine omelette wrap
Langkah 5: Lipat kedua-dua belah wrap ke tengah. Terbalikkan wrap


sardine omelette wrap
Langkah 6: OK, siap untuk dimakan!

Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang sebab wrap ni tinggi protein. 

Post a Comment

38 Comments

  1. sedapnya kalau letak cheese sauce atau mayo ni bertambah sedap & bertambah kalori. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mmg kurang gemar makan apa2 dgn sos, mayonis atau sos keju 😅 selamatttt hehe

      Delete
  2. dapnyaaaa...okey nak buat...tapi x leh letak sardine, kena la letak dada sayam ataupun benda2 lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je SA. Saya letak sardin sebab nak perabihkan sambal sardin dalam peti sejuk hehe

      Delete
  3. Kita pulak yang ngilu baca. Ada ambil juga SOCSO sebelum ni tapi berhenti mencarum. huhu...
    Lama juga tu 10 minit darah tak berhenti. Risau juga kalau luka agak dalam. Semoga cepat baik lukanya tu.
    Sarapan mudah yang mengenyangkan. Tinggi protein pulak tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terjerit saya masa kena tu. Cepat2 lalukan jari bawah air paip sambil panggil anak sulung mintak dia ambikkan tuala bersih dalam almari. Dialah yang tolong tekapkan luka tu sampai darah berhenti. Yang penting jangan panik takut makin banyak darah keluar.

      Delete
  4. Makan scramble, telur goreng, telo rebus je pun dh bole kenyang 😉 ok ni tgh lapar ni, masuk² sini makin lapar kita haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kitonyo peminat telur. Apa2 jenis masakan telur confirm ngap semuanya 😜

      Delete
  5. Sedap betul nampak tuuu scramble egg. Ditambah dengan sayur dan beberapa tambahan menarik. Saya rasa lapar betul ni dibuatnya, hihihi

    Kalau saya yang masak, tak pernah semewah ini. Mentok-mentok paling hanya telur ayam diorak-arik, lalu ditambah garam. Sudah, itu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini omelette Fajar hehe. Sarapan ringkas aja balik dari senaman di taman 😄

      Delete
  6. Saya suka stock wrap, dan rice pepper utk buat macam ini juga 😄😍. Simple, sedap, kenyang dan cepat dibuat. Sesuai utk saya yg tak suka masak hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat terakhir tu, memang itu tujuannya saya beli wrap di rumah hehe. Kalau anak2 di sekolah saya suka makan yg simple2 dan tinggi protein macam ni je.

      Delete
  7. Hari ni Ai pun makan lebihan sardin dalam fridge. Buat nasi goreng makan panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish. Nasi goreng sardin pun sedap jugak 🤤 tapi rumah ni jarang2 ada lebihan nasi. Memang tiap2 malam masak cukup2 je utk kami berempat hehe

      Delete
  8. Allahuakbar semoga tak da yg serius ye terhiris jari sakittt ooo
    Sukaa sgt wrap gini tp ciknur letak telur utk sarapan kan
    Oneday boleh la briswalk kat TT dgn carnezy he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah surut bengkaknya dan tak lama lagi akan meninggalkan parut je la huhu. Buat peringatan kepada diri-sendiri supaya lebih berhati-hati di dapur.

      Delete
  9. Yummy. Moga jari dah baik, take care tau.

    ReplyDelete
  10. Moga cepat baik luka tu sis.
    Sedap ni, masuk list utk bekal en suami. Boleh kan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis 🤗 sila2, suami saya jenis malas bawak bekal hehe

      Delete
  11. Aduhai , sakit tu ..sama ja ujian , dahi luka terhantuk bucu kayu..sembuh dah..kesan parut ok ja..tapi ya Allah berlekuk lah dahi saya sekarang..harap akan normal balik..Lesung pipit di pipi tak apa juga ini lesung pipit kat dahi..hehehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ujian yg amat sedikit ni cikgu kalau dibandingkan dengan anak2 kecil di Gaza 🥲

      Delete
  12. Senang dan simple makas telur..makanan seimbang..selamat jari2 manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye hehe. Taknak potong wrap tu makan macam makan shawarma pun boleh 🤭

      Delete
  13. huiiishhhh sedapnyaaaa kalau dpt mkn panas2
    kalau sy ni buh sos cili dgn mayonis byk2 baru nikmat hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya tak suka buh sos atau mayonis. Cepat muak dibuatnya hehe

      Delete
  14. sy tak konpiden betul nak letak wrap atas telur tu,
    nak tunggu telur tu sampai kering ke? atau, agak2 ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak masa telur kat atas tu masih cair lagi baru senang nak melekat. Bila dah terbalikkan, yg melekap kat wrap tu akan masak jugak masa kita tengah buh inti atas tu

      Delete
  15. sedapnya buat wrap...kalau kids punya..jenuh la asingkan.. yang ni tak nk sos, yang ni takde mayonis.. adehhh... pening ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur la kat rumah ni semua jenis tak suka makan dgn sos dan mayonis hehe

      Delete
  16. sedap dan cepat gitu. memang boleh diet jugak guna menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah menu mesra diet sebab low carb high protein 👍🏻

      Delete
  17. Hebatnya capai 10 ribu langkah! Menu sardine omelette wrap guna whole grain wrap ni memang healthy dan kreatif. Rajinnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu nak mengosongkan peti sejuk ni SR hehe. Healthy tu bonus 😜

      Delete
  18. Replies
    1. Kat rumah ni memang simpan stok sardin in case aku malas nak masak lauk complicated hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .