What Are You Thankful For Today?

Semalam agaknya kebetulan ramai kawan-kawan yang post berkaitan rasa syukur. Mama Zharfan menulis tentang konsep rezeki yang bukan tertakluk pada wang gaji je ('A Thankful Heart is a Happy Heart'). Cikgu Etuza menulis tentang rasa syukur atas semua nikmat yang dikurniakan dalam hidupnya ('Syukur Alhamdulillah For Everything'). Cik Nur menzahirkan rasa terima kasih atas ujian dari Allah sebagai tanda cinta Allah pada hamba-Nya ('Terimakasih Allah').

Bila membaca semua entry ni, dalam hati aku terdetik pulak - what am I thankful for today?

Selepas Subuh, aku tengah bermalas-malasan atas katil sambil melayan IG. Tiba-tiba lalu satu reel ni - seorang fitness influencer mat salleh yang menderita penyakit Charcot-Marie-Tooth (CMT). Penyakit ni membuatkan ototnya semakin lemah dan lama-lama akan kehilangan otot because it's a degenerative disease (penyakit distrofi otot).

Mamat ni bagitau dia rindu nak berlari macam dulu tapi tak dapat disebabkan penyakit ni. Jadi dia pun membuat pesanan dekat semua yang menonton IG reel dia: 

'So the next time you go for a run, I want you to do something for me. I want you to enjoy it. I want you to enjoy the feeling of going throughout this world of your own steam, no battery, no car, no bike...'

Sumber: IG @walsh.fit

Ayat dia tu membuatkan aku rasa sedar yang aku patut bersyukur sebab aku masih boleh berjalan. Masih mampu berlari. Alhamdulillah.

Lepas tengok reel dia ni, aku pun bangun dan tukar pakaian. Pergi sarapan dengan Suami Terchenta macam biasa. Lepas tu aku singgah ke Taman Tasik Titiwangsa, jugak macam biasa. Cuma kali ni dalam hati aku tak rasa 'terpaksa' pergi bersenam. 'Terpaksa' brisk walk. 'Terpaksa' lari. Dalam hati aku berubah jadi rasa 'syukur'. Syukur aku boleh bersenam. Boleh brisk walk. Boleh jogging sikit-sikit walaupun lutut masih belum pulih sepenuhnya.

Thank you, Mr. Walsh. I enjoyed my run yesterday. I enjoyed the weather. I enjoyed being out in the open air. I enjoyed looking at the lake's reflections. I enjoyed the greeneries surrounding me. I enjoyed choosing my path. I enjoyed the fresh air. I enjoyed the blue sky. I enjoyed stopping to take beautiful photos. I enjoyed every single things during my walk / run!


Taman Tasik Titiwangsa
Alhamdulillah untuk cuaca elok, kasut sukan baru dan kaki yang masih kuat melangkah!

Post a Comment

17 Comments

  1. always count our blessings! memang kena bersyukur for every lil things jugak..alhamdulillah. have a blissful friday!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsiannya. Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  3. Nikmat mensyukuri itu mmg besar kan sebenarnya.. kdg2 kita yg lambat nak feel dan hanya sedar bila dah tak boleh atau tiada.. Salam Jumaat..

    ReplyDelete
  4. betul laa kata nabi SAW:

    "sihat sebelum sakit"

    nikmat sihat tu mahal harganya dan ia perlu hadir dengan rasa syukur...

    ReplyDelete
  5. Kadang2 memang ada something yang menyedarkan kita untuk sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  6. cantik view..apa2pun sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada

    ReplyDelete
  7. Kita selalu lupa/tak perasan nikmat yang kita ada sebab benda tu sentiasa ada, bila tengok orang hilang nikmat yang kita ada, barulah kita tersedar.

    Akak masih bersedih atas pemergian si anak bulu, tapi tetap ucap syukur sebab Allah bagi rasa nikmat seronok bahagia Allah pinjamkan dia 🥹

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada..

    ReplyDelete
  9. rare jugak penyakit dia dapat tu, semoga dia kuat tempuh ujian hidup. terima kasih atas peringatannya, minggu ni malas nak briskwalk sebab rasa terpaksa buat.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, indah sangat perubahan mindset ni. Enjoying the run memang terasa nikmat tubuh badan.

    ReplyDelete
  11. We should be thankful for everything in our life. Besar, kecil, banyak, sikit semuanya adalah rezeki utk disyukuri.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...Setiap hari setiap masa kita perlu bersyukur.

    ReplyDelete
  13. Thank you so much for sharing such inspiring stories.. and have a great weekend ahead

    ReplyDelete
  14. rasa terpukul baca entry ni. over the past few weeks saya berada dalam mental state yg sangat2 tak okay. saya terlalu risau dgn hidup saya sampaikan lupa Allah yg maha memberi rezeki. cuba nak fikir positif jugak sometimes, tapi kadang tu selalu gagal.
    alhamdulillah harini Allah jawab doa2 saya tu...

    ReplyDelete
  15. deep sangat entry ni. u know sista, masa 1st time dpt berita buat hati terbang hari tu, my bestie advice me the same word... "1st of all sya, awak kena bersyukur".masa tu kan rasa sakit sangat, tapi kena juga kuat utk cari hikmah dan ibrahnya. alhamdulillah, kita kena bersyukur dgn sekecil-kecil perkara.

    ReplyDelete
  16. sekecil² perkara pun, reda dan syukur kunci nya.. tapi, kita manusia biasa.. bila lari dari rancangan kita, kecewa tu mesti ada... Semoga Linda dan semua sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur..aamin

    ReplyDelete
  17. Terkadang kita suka melupakan nikmat hidup yg kita anggab sepele. Kita pikir itu memang sudah seharusnya ada. Padahal nikmat 'kecil' begitu, sekali ditarik oleh Allah, langsung panik, sedih , menyesal kemudian.

    Harus banyak bersyukur dan menikmati apa yg kita ada. Kenapa saya suka juga melihat video / konten dari orang2 yang kekurangan, sebab dari situ saya bisa makin bersyukur dengan yg saya punya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .