Hari tu masa aku pergi melawat adik sepupu yang bertugas di booth Sarawak Showcase, aku sempat la jalan-jalan dekat MAD Street Cafe dekat sebelah Medan MARA ni.
Terus rambang mata sis tengok pelbagai makanan viral dan menarik yang dijual di sini! Nasib baik dah kenyang makan mee kampua Sibu, kalau tak mau melayang RM memborong makanan kat sini 😜. Tapi lain kali kalau rajin nak menapak ke Medan MARA lagi boleh la aku singgah ke sini tapau makanan kat sini sebab semuanya nampak menarik!
Jom tengok gerai-gerai yang ada dekat sini:
 |
| Keropok Gemok Pasar Payang ni dah pernah cuba masa dekat KT dulu. Boleh beli kat sini kalau teringin lagi. Ada gerai menjual popia bolognese/carbonara dan big Mac jugak dari Abe Western. |
 |
| Yang ni buat aku teringin... nasi kerabu dengan lemak bakar 🤤 Macam tak cukup lagi kolesterol dalam badan tu, nak tambah lagi dengan lemak bakar tu ye Carneyz. Bila nak insaf?? |
 |
| Bukan makanan lokal je, makanan antarabangsa pun ada. |
 |
| Smash burger dengan hot mozzarella stick ni pun menarik jugak. Terliur tengok cheese yang ditarik tu 🤤 |
 |
| Yang ni mesti kak Nohas suka (jelly viral). Kalau rasa bersalah makan jajan, boleh beli buah potong jugak dari gerai yang sama |
 |
| Goreng-gorengan dan apam mini premium. Dua-dua sesuai untuk minum petang |
 |
| Baru ku tau meatball pun boleh buat menu gepuk jugak 🤠First time jumpa kunafa pelbagai perisa |
 |
Kalau Allah bagi sedap tu, Insha Allah sedap. Lain kali boleh cuba. Ada jugak gerai briyani di sini
|
 |
| Kalau teringin nak mee kolok dan mee kampua, boleh singgah dekat sini sebab rupa-rupanya dieorang memang bukak booth di Mad Street Cafe ni. Tauhu bergedil dan tauhu crispy ni pun menggoda sungguh! |
 |
| Makanan Thai dan makanan Indonesia memeriahkan pilihan di sini. Ada jugak gerai kopi dan gerai jus avokado di sini |
Sebenarnya ada banyak lagi gerai-gerai menarik di sini. Kalau korang nak tau kena la pergi jalan-jalan di Mad Street Cafe ni jugak 😄. Lokasinya sebelah Medan MARA bertentangan dengan Pertama Complex. Best tau, macam-macam ada kat sini.
Ramai juga kedai jualan makanan kat situ. Banyak pilihan untuk menjamu selera.
ReplyDeleteBetul tu Wak, rambang mata dibuatnya. Nasib baik masih kenyang kalau tak mau memborong bawak balik 😅
Delete