Jalan-jalan di Street Cafe @ Medan MARA

Hari tu masa aku pergi melawat adik sepupu yang bertugas di booth Sarawak Showcase, aku sempat la jalan-jalan dekat Street Cafe dekat sebelah Medan MARA ni.

Terus rambang mata sis tengok pelbagai makanan viral dan menarik yang dijual di sini! Nasib baik dah kenyang makan mee kampua Sibu, kalau tak mau melayang RM memborong makanan kat sini 😜. Tapi lain kali kalau rajin nak menapak ke Medan MARA lagi boleh la aku singgah ke sini tapau makanan kat sini sebab semuanya nampak menarik!

Jom tengok gerai-gerai yang ada dekat sini:


Medan Mara
Keropok Gemok Pasar Payang ni dah pernah cuba masa dekat KT dulu. Boleh beli kat sini kalau teringin lagi. Ada gerai menjual popia bolognese/carbonara dan big Mac jugak dari Abe Western.


MAD Street Cafe
Yang ni buat aku teringin... nasi kerabu dengan lemak bakar 🤤 Macam tak cukup lagi kolesterol dalam badan tu, nak tambah lagi dengan lemak bakar tu ye Carneyz. Bila nak insaf??

MAD Street Cafe
Bukan makanan lokal je, makanan antarabangsa pun ada.

MAD Street Cafe
Smash burger dengan hot mozzarella stick ni pun menarik jugak. Terliur tengok cheese yang ditarik tu 🤤

MAD Street Cafe
Yang ni mesti kak Nohas suka (jelly viral). Kalau rasa bersalah makan jajan, boleh beli buah potong jugak dari gerai yang sama

MAD Street Cafe
Goreng-gorengan dan apam mini premium. Dua-dua sesuai untuk minum petang

MAD Street Cafe
Baru ku tau meatball pun boleh buat menu gepuk jugak 🤭 First time jumpa kunafa pelbagai perisa

MAD Street Cafe
Kalau Allah bagi sedap tu, Insha Allah sedap. Lain kali boleh cuba. Ada jugak gerai briyani di sini

MAD Street Cafe
Kalau teringin nak mee kolok dan mee kampua, boleh singgah dekat sini sebab rupa-rupanya dieorang memang bukak booth di Street Cafe ni. Tauhu bergedil dan tauhu crispy ni pun menggoda sungguh!

MAD Street Cafe
Makanan Thai dan makanan Indonesia memeriahkan pilihan di sini. Ada jugak gerai kopi dan gerai jus avokado di sini

Sebenarnya ada banyak lagi gerai-gerai menarik di sini. Kalau korang nak tau kena la pergi jalan-jalan di Street Cafe ni jugak 😄. Lokasinya sebelah Medan MARA bertentangan dengan Pertama Complex. Best tau, macam-macam ada kat sini.

24 comments:

  1. Ramai juga kedai jualan makanan kat situ. Banyak pilihan untuk menjamu selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wak, rambang mata dibuatnya. Nasib baik masih kenyang kalau tak mau memborong bawak balik 😅

      Delete
  2. dh lama tak singgah area ni..byk betul pilihan mknn tu..rambang mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang banyak pilihan makanan kat sini MZ. Nasib baik dah makan sebelum singgah sini hihi

      Delete
  3. Aiiiiih kalah saya di sana, nasi kerabu lemak bakar itu rasanya ga akan saya skip 🤣🤣🤣. Memang niat lama teringin nak coba lah Carneyz, tp kemarin tuh mana sempat cari hahahahahha.

    Nash kerabu saya sukaaa, tp pakai lemak bakar ini yg belum coba 🤭😅.kalau ke tempat makan yg ramai begini, sebaiknya memang di saat perut kenyang, biar tak Macam2 yg dibeli 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK next KL trip saya bawak fanny jalan2 ke sini dan chow kit 😄. Masalahnya perut kenyang tak rasa nak membeli pulak hehe

      Delete
  4. Meriah betul, ada segala jenis makanan... Food hunters suka la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang buat untuk tarik food hunters kot sis. Tapi strategik betul tempat ni, dekat dgn stesen LRT Bandaraya.

      Delete
  5. Aik? Ini kat outdoor tepi building tu ke? Hari tu lalu macam tak perasan pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu Uncle. Betul2 tepi Medan MARA. Uncle tak perasan kot?

      Delete
  6. Wahh macam-macam pilihan makanan ada, rambang mata dibuatnya. Bertambah lemarks klo mcm ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dah makan sebelum singgah sini, jadi selamat tak menambah lemak yg sedia ada hihi

      Delete
  7. kalo ada event food mcm ni..rambang mata tgk..mcm2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni tapak gerai kekal rasanya kak. Weekend nanti boleh singgah kalau nak cari makanan viral 😄

      Delete
  8. food fest ni memang boleh buat rambang mata...tp kalau bawa RM50 mmg laa tak cukuppppp kalau datang lebih dari 2 org ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, rega makanan skrg dah mahal. RM50 tu beli air dgn 1-2 makanan je cukup kot huhu

      Delete
  9. saya bab makan ni xleh bawak bincang... nak2 kalau ada pesta makanan lagi la, rambang mata nak beli mana satu alih2 banyak damage hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Food hunter la ni ye hehe. Boleh la singgah tepi medan MARA je tempat ni.

      Delete
  10. KL kalau ada food fest pasti ramai kan...boleh berlaga bahu kalau jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni tapak gerai kekal rasanya SA, hari tu pergi ramai jugak orang tapi takde la sesak berlanggar bahu.

      Delete
  11. Memang sepanjang masa ke ada kat situ? Pernah pergi beberapa bulan lepas mcm tak perasan pulak

    ReplyDelete
  12. Meriah. Lepas itu banyak gerai jual pelbagai jenis makanan.

    ReplyDelete
  13. Puas membeli makanan enak ni sini..

    ReplyDelete
  14. Masa pergi haritu belum beroperasi...menarik nih..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .