Akhirnya Tamat Module Bahasa Pengacaraan dan Masuk Module Programming!

Alhamdulillah, selepas dua tahun lebih belajar bahasa pengaturcaraan Python dan HTML, akhirnya Khadeeja memasuki fasa baru pulak iaitu pengaturcaraan (programming)! 👏🏻👏🏻👏🏻


Masuk fasa membangunkan aplikasi pulak 💪🏻

Tak senang jugak module HTML tu rupa-rupanya. Banyak kali jugak dia frust nak siapkan tasks. Sebab tu ambik masa lebih dari setahun nak siapkan. Task terakhir kena buat webpage siap ada login page, search function dan sebagainya. Aku yang duduk kat sebelah pantau dia buat task terakhir ni rasa terhibur jugak dengar dia membebel dan bercakap dengan diri-sendiri, "Tak, tak... kita kena buat macamni, Khadeeja..." Sambil dia menaip coding. Tapi dalam 2 jam dah siap la webpage tu. Mak kau ni 2 hari belum tentu siap, Khadeeja 🤪🤪.

Harapnya module ni tak ambik masa lama sangat. Tinggal satu je lagi module selepas mobile app development ni iaitu electronics programming. Lepas tu dia dah boleh 'grad' sebagai seorang programmer ikut jejak langkah bapaknya.

Caiyok, caiyok Khadeeja! 💪🏻💪🏻

Post a Comment

30 Comments

  1. Bukan mudah untuk belajar pengaturcaraan tok...zaman kmk dolok belajar Pascal dan alhamdulillah dapat lulus juak...ada juak belajar bahasa C++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmk tauk HTML jak, nok lain sadaqallah jak la hehe

      Delete
  2. Kereeeeenn... mantap betul khadija, bisa menguasai programming basic.
    Saya umur 30an je, tak bisa lah programming barang setetes pun. Untuk perbaiki blog pun, tak jadinya mengandalkan wordpress sahaja. Tanpa ada ilmu koding sedikitpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak bisa. Anak2 zaman skrg beda dgn zaman kita, mereka tu udah terbiasa dgn teknologi jadi cepat menguasai. Nanti hantar aja Putri belajar programming biar dapat bantu Fajar perbaiki blog hihi

      Delete
  3. Haha ye bkn mudah nak jd programmer kan hehe tahniah khadeeja semoga bole ikut jejak bapak ye lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ye... tgk dia kadang2 stress jugak bila coding tak jalan / error. Terpaksa la mayday dgn bapak dia hehe. Boleh je zoom call dgn tutor tapi dia lebih suka mintak tolong Jun 😆

      Delete
  4. Replies
    1. Mmg kena make sure dia siapkan satu lesson setiap minggu (satu lesson ni ada beberapa task kena complete). Kalau tak motivasi kelaut hehe

      Delete
  5. Tahniah Khadeeja 👏🏽
    Bagus dia pandai naikkan semangat sendiri. InsyaAllah moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg suka bagi pep talk dekat diri-sendiri Kak Ujie hehe.

      Delete
  6. alhamdulillah
    tahniah khadeeja!
    chaiyok2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tinggal 2 module je lagi nak habiskan program ni 😮‍💨

      Delete
  7. Congrats Khadeeja! Belum habis sekolah dah ada skill gini. You go girl 💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga skill ni membantu dia bila dah besar kelak 🤲🏻

      Delete
  8. Replies
    1. Kan. Dia ni mmg ikut pepatah 'bapak borek, anak rintik'.

      Delete
  9. wah khadeeja kecik2 dh blajar programming...akak dlu subject programming la paling tk suka sbb pening blajar coding.... nasibaik keje tk jd programmer haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amy dulu degree Sains Komputer / ICT ke? Hebat 👏🏻👏🏻 saya dulu setakat belajar HTML je hihi

      Delete
    2. akak dlu study IT...dlu berangan jd programme ror system analyst ...nasibaik tk jd...mau pening haha....masa keje ada la buat simple coding web portal...lps tu IT dept kena out source kena masuk dept lain yg bkn bidang IT

      Delete
    3. Nasib baik akak tak jadi programmer atau system analyst 😅 tgk husband saya kerja fuhhhh... boleh koyak mental 🙃 pastu orang IT ni kerja graveyard shift, lepas pukul 12 malam baru boleh buat system maintenance. Siang kena masuk ofis lagi huhu.

      Delete
  10. Pening juga belajar programming ni. Hebat la kecik2 je dah belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening bila programming tak boleh run / error. Kena cari kat mana silap hehe

      Delete
  11. wahhh terbaek la!! ni mcm ala2 student uni dh ni..sbb i nmpk my zharfan buat jugak projek2 buat website/homepage etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, I dulu pun masuk universiti baru belajar buat website dan coding HTML 😅. IT ni kira future skill, hopefully membantu dia bila dah habis belajar nanti.

      Delete
  12. Omg, bab ini saya pun menyerah. Blog saja saya minta teman utk urusan teknikal, pembuatan, maintenance error dan lainnya 🤣🤣🤣. Tp anak skr memang lebih cepat belajar hal2 digital begini 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya anak2 gen Alpha ni cepat tangkap mungkin kerana dari bayi sudah didedahkan dengan teknologi 😅

      Delete
  13. Tahniah Khadeeja!Bukan senang budak-budak nak konsisten belajar coding/programming ni. Siap buat webpage lengkap ada login & search function lagi, mmg hebat! Semoga terus maju jaya untuk module mobile app dan electronics programming lepas ni..Chaiyokkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang motivasi dia ada tenggelam timbul jugak la SA. Kena pantau dan letak KPI siapkan satu lesson setiap minggu. Kalau tengok budak2 lain lagi dahsyat ada yg dalam setahun dah siap semua module sebab dieorg buat setiap hari 😅

      Delete
  14. Pengaturcaraan ni kalau student computer science kena belajar la. Bagus juga start awal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya nak jadi scientist engineer sis Ezna 😅 kena banyak bermain dgn teknologi dan engineer pun kena tau programming jugak hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .