Alhamdulillah, selepas dua tahun lebih belajar bahasa pengaturcaraan Python dan HTML, akhirnya Khadeeja memasuki fasa baru pulak iaitu pengaturcaraan (programming)! 👏🏻👏🏻👏🏻
![]() |
| Masuk fasa membangunkan aplikasi pulak 💪🏻 |
Tak senang jugak module HTML tu rupa-rupanya. Banyak kali jugak dia frust nak siapkan tasks. Sebab tu ambik masa lebih dari setahun nak siapkan. Task terakhir kena buat webpage siap ada login page, search function dan sebagainya. Aku yang duduk kat sebelah pantau dia buat task terakhir ni rasa terhibur jugak dengar dia membebel dan bercakap dengan diri-sendiri, "Tak, tak... kita kena buat macamni, Khadeeja..." Sambil dia menaip coding. Tapi dalam 2 jam dah siap la webpage tu. Mak kau ni 2 hari belum tentu siap, Khadeeja 🤪🤪.
Harapnya module ni tak ambik masa lama sangat. Tinggal satu je lagi module selepas mobile app development ni iaitu electronics programming. Lepas tu dia dah boleh 'grad' sebagai seorang programmer ikut jejak langkah bapaknya.
Caiyok, caiyok Khadeeja! 💪🏻💪🏻

30 Comments
Bukan mudah untuk belajar pengaturcaraan tok...zaman kmk dolok belajar Pascal dan alhamdulillah dapat lulus juak...ada juak belajar bahasa C++
ReplyDeleteKmk tauk HTML jak, nok lain sadaqallah jak la hehe
DeleteKereeeeenn... mantap betul khadija, bisa menguasai programming basic.
ReplyDeleteSaya umur 30an je, tak bisa lah programming barang setetes pun. Untuk perbaiki blog pun, tak jadinya mengandalkan wordpress sahaja. Tanpa ada ilmu koding sedikitpun.
Saya pun tak bisa. Anak2 zaman skrg beda dgn zaman kita, mereka tu udah terbiasa dgn teknologi jadi cepat menguasai. Nanti hantar aja Putri belajar programming biar dapat bantu Fajar perbaiki blog hihi
DeleteHaha ye bkn mudah nak jd programmer kan hehe tahniah khadeeja semoga bole ikut jejak bapak ye lepas ni
ReplyDeleteHaha ye... tgk dia kadang2 stress jugak bila coding tak jalan / error. Terpaksa la mayday dgn bapak dia hehe. Boleh je zoom call dgn tutor tapi dia lebih suka mintak tolong Jun 😆
DeleteKeep going sweetie..!!
ReplyDeleteMmg kena make sure dia siapkan satu lesson setiap minggu (satu lesson ni ada beberapa task kena complete). Kalau tak motivasi kelaut hehe
DeleteTahniah Khadeeja 👏🏽
ReplyDeleteBagus dia pandai naikkan semangat sendiri. InsyaAllah moga terus maju jaya!
Dia mmg suka bagi pep talk dekat diri-sendiri Kak Ujie hehe.
Deletealhamdulillah
ReplyDeletetahniah khadeeja!
chaiyok2!
Alhamdulillah. Tinggal 2 module je lagi nak habiskan program ni 😮💨
DeleteCongrats Khadeeja! Belum habis sekolah dah ada skill gini. You go girl 💪🏻
ReplyDeleteSemoga skill ni membantu dia bila dah besar kelak 🤲🏻
DeleteTahniah!!! 'anak bapak'.
ReplyDeleteKan. Dia ni mmg ikut pepatah 'bapak borek, anak rintik'.
Deletewah khadeeja kecik2 dh blajar programming...akak dlu subject programming la paling tk suka sbb pening blajar coding.... nasibaik keje tk jd programmer haha
ReplyDeleteKak Amy dulu degree Sains Komputer / ICT ke? Hebat 👏🏻👏🏻 saya dulu setakat belajar HTML je hihi
Deleteakak dlu study IT...dlu berangan jd programme ror system analyst ...nasibaik tk jd...mau pening haha....masa keje ada la buat simple coding web portal...lps tu IT dept kena out source kena masuk dept lain yg bkn bidang IT
DeleteNasib baik akak tak jadi programmer atau system analyst 😅 tgk husband saya kerja fuhhhh... boleh koyak mental 🙃 pastu orang IT ni kerja graveyard shift, lepas pukul 12 malam baru boleh buat system maintenance. Siang kena masuk ofis lagi huhu.
DeletePening juga belajar programming ni. Hebat la kecik2 je dah belajar.
ReplyDeletePening bila programming tak boleh run / error. Kena cari kat mana silap hehe
Deletewahhh terbaek la!! ni mcm ala2 student uni dh ni..sbb i nmpk my zharfan buat jugak projek2 buat website/homepage etc
ReplyDeleteItulah, I dulu pun masuk universiti baru belajar buat website dan coding HTML 😅. IT ni kira future skill, hopefully membantu dia bila dah habis belajar nanti.
DeleteOmg, bab ini saya pun menyerah. Blog saja saya minta teman utk urusan teknikal, pembuatan, maintenance error dan lainnya 🤣🤣🤣. Tp anak skr memang lebih cepat belajar hal2 digital begini 👍👍👍
ReplyDeleteIya anak2 gen Alpha ni cepat tangkap mungkin kerana dari bayi sudah didedahkan dengan teknologi 😅
DeleteTahniah Khadeeja!Bukan senang budak-budak nak konsisten belajar coding/programming ni. Siap buat webpage lengkap ada login & search function lagi, mmg hebat! Semoga terus maju jaya untuk module mobile app dan electronics programming lepas ni..Chaiyokkk....
ReplyDeleteMemang motivasi dia ada tenggelam timbul jugak la SA. Kena pantau dan letak KPI siapkan satu lesson setiap minggu. Kalau tengok budak2 lain lagi dahsyat ada yg dalam setahun dah siap semua module sebab dieorg buat setiap hari 😅
DeletePengaturcaraan ni kalau student computer science kena belajar la. Bagus juga start awal kan.
ReplyDeleteKatanya nak jadi scientist engineer sis Ezna 😅 kena banyak bermain dgn teknologi dan engineer pun kena tau programming jugak hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .